Advance Power point

MAKLUMAN TERBARU:

TAJUK: Teknik dan Tools untuk menghasilkan slaid kreatif, unik, menarik dengan Power point 2007 / 2010

Yuran kursus termasuk nota dan CD Tutorial Teknik Kreatif Power point.
Yuran: RM150.00 sahaja.
Trainer: Muhammad Suhaily George bin Abdullah.
Penyertaan: 6 penyertaan setiap sesi kursus.
Lokasi: Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.
Tarikh: 27hb April, 2013 (Sabtu)
Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

PENGENALAN:

Tuan dan Cikpuan yang dirahmati Allah. Mungkin ramai yang sedia maklum mengapa perlu mempelajari teknik asas kreatif, 3D dan Visual. Apa yang akan dipelajari melalui kelas ini nanti adalah kaedah, teknik dan skil ‘Touch-up’ yang jarang digunakan oleh penyedia slaid Power point. Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan bengkel dan juga kursus sejak beberapa tahun yang lalu.

Setiap teknik menghasilkan imej yang diedit, 3D dan sebagainya perlu melalui asas yang betul, jika tidak hasilnya juga tidak cukup memuaskan. Sebagai contoh, tools yang sesuai mengedit gambar, teknik menghasilkan 3D, teknik memotong imej, teknik membuang latar imej atau warna, teknik menukar warna pada imej dan banyak lagi yang akan dipelajari. Ini semua memerlukan skil dan teknik-teknik asas dan paling penting perlu tahu dimana letaknya tools tersebut, bagaimana menggunakannya dan kaedah untuk menjadikan hasil yang menarik, cantik, unik dan kreatif.

Apabila tuan dan cikpuan mengetahui tools yang digunakan, satu lagi tools yang akan wujud dengan sendirinya adalah tools ‘Kreativiti’. Kreativiti memainkan peranan penting untuk menghasilkan setiap bentuk yang diinginkan, ia sebenarnya akan wujud sendiri setelah mengetahui tools dan teknik yang dipelajari dan secara tidak langsung idea-idea unik akan wujud bagi menghasilkan banyak lagi elemen-elemen kandungan slaid yang disunting sendiri tanpa memerlukan perisian grafik yang mahal seperti Photoshop.

Dengan Power point juga, teknik e-cover juga boleh dihasilkan. Mungkin selepas ini tidak perlu lagi menggunakan Photoshop kerana dengan Power point e-cover dan CD boleh dihasilkan kurang dari 10 minit. Hasilkan tetap berkualiti. Banyak imej akan dimuat naik melalui event ini agar tuan dan cikpuan melihat sendiri hasil imej hanya dari Power point.

Dengan Power point juga, apabila siap kelak slaid yang dihasilkan, tidak perlu menggunakan perisian lain untuk ‘Convert’ kepada video. Dari Power point telah tersedia untuk jadikan slaid kepada video ataupun slaid dimuatkan dalam CD. Kerja menjadi mudah dan bawalah kemana-mana sebagai backup slaid persembahan.

Daftar online. http://form.jotform.com/form/13111325066

Keperluan yang perlu dibawa bersama:-

1. Laptop + perisian Power point 2007 / 10
2. Nota

Cara bayaran, untuk tidak membebankan tuan dan cikpuan boleh melakukan pembayaran semasa kursus nanti. In Shaa Allah.

Sekian,

Muhammad Suhaily
http://akademipowerpoint.com/pakarpowerpoint/
http://akademipowerpoint.com/aboutme/

Skil Powerpoint menjadikan slaid lebih bernilai, anda boleh mengemparkan seluruh dewan, menjadikan mereka senyap kerana terpegun dengan kreativiti yang anda tonjolkan.

Peringkat seterusnya untuk yang lebih tinggi ialah ‘Advance Power point’. Kursus ini layak diikuti oleh peserta setelah mengikuti kursus peringkat fasa pertama selama 3 hari iaitu Kreativiti elemen multimedia Power point. Fasa 1 Kursus Elemen Multimedia Power point

Kursus memberikan bukan yang biasa-biasa tetapi diluar jangkaan dan anda tentu tidak percaya hasilnya lain dari yang lain. Rugi jika hanya tahu menyebut ‘Powerpoint’ tetapi slaid tidak menampakkan POWER oleh sebab pengguna kurang fokus dimana titik POINTnya.

Tiada istilah, Saya tahu apa itu Powerpoint, Saya biasa dengar Powerpoint, Saya tersenyum apabila orang berkata Powerpoint tetapi ia jadi benar bila anda tidak memiliki skil dan teknik kreatif Powerpoint. Anda tidak sedar selagi belum menyertai kursus ini dan anda akan sentiasa di dalam kotak selagi tidak cuba melompat keluar dari kotak tersebut.

Biarkan mereka terkedu tanpa berkata apa-apa, biarkan mereka melihat dan merasainya sendiri keunikan perisian Powerpoint. Maka, hari ini segala persoalan akan terjawab, akan dirungkai dan didedahkan.

Asas membawa anda kepada kreativiti, Advance membawa anda kepada yang lebih hebat, lebih kreatif, inovatif dan berketerampilan. Ini bukannya CD atau E-Book yang boleh anda lihat, dengar dan baca tetapi anda secara live bersama saya, face to face untuk menjadi pakar, buat sampai jadi, baru puas hati!

Advance Powerpoint merangkumi:

Creative Diagram Design
Creative Video & Animation
Creative Slide Tool Kit
Creative Graph
Creative Templates & Design
Creative Strong Visual Images

Tanya soalan untuk diri, adakah anda memahaminya dengan hanya melihat pada perkataan diatas? Jika slaid penuh dengan nota lebih baik berikan pada peserta dan biarkan mereka balik dan membacanya di rumah.

Less is MORE.. Use strong visual, jika visual itu mampu menyampaikan maklumat maka disitu akan ada ‘Relationships’ antara anda, slaid dan imej yang disampaikan kepada penonton. Maka, itulah yang akan anda praktikkan melalui kursus praktikal peringkat tinggi yang akan mengambil masa selama 3 hari berkursus.

Peringkat tinggi akan lebih terperinci, lebih praktikal untuk anda faham dan lihat hasilnya. Hubungi untuk tempahan sebutharga melalui email atau terus hubungi talian 017-6599572.

3 thoughts on “Advance Power point

Add yours

Leave a comment

Up ↑