Jika anda diminta memperkenalkan diri, lakukan begini


MAKLUMAT TERKINI:

yakinberucap

Ketahui teknik memperkenalkan diri, meningkatkan keyakinan diri semasa berhadapan dengan audien. Sesuai untuk mereka yang sering mengikuti sesi temuduga, pembentang, trainer, motivator, guru, penceramah dan pelajar. Klik link ini.  Klik Sini  7 peserta sahaja untuk setiap sesi.

Daftar sesi coaching terbaru pada Jun, 2014 (Sabtu)

Klik: [Ketahui Cara Praktikal disini!]

Alhamdulillah. Saya Muhammad Suhaily akan berkongsi dari pengalaman melalui pembelajaran 15 tahun yang lalu bersama latihan pelancongan dan penerbangan (Cabin Crew) melalui kursus ‘Merawat Kegugupan’.

In Shaa Allah akan dikongsikan teknik keyakinan diri melalui penampilan, memperkenalkan diri semasa sesi interview dan kemahiran komunikasi yang memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan harian. 

Apa yang dipelajari melalui kursus ini juga akan diselitkan bagaimana rendah hati itu lebih sesuai diamalkan berbanding dengan rendah diri.

Muhammad Suhaily George

 

Bagaimana teknik menjawab sekiranya diminta untuk memperkenalkan diri dikhlayak ramai? atau semasa sisi interview? …dengan soalan ‘tell us about yourself?’ selalunya jawapan akan tertumpuh kepada

1. Nama anda

2. Kerjaya

3. Pengalaman

4. Kelayakan dll

Untuk memudahkan anda untuk memperkenalkann diri ada beberapa perkara yang mungkin boleh membantu anda, teknik ini selalu saya gunakan semasa dalam sesi latihan sama untuk memerperkenalkan diri atau dalam sesi ICE BREAKER. Dengan teknik ini memudahkan anda mengenali siapa diri anda yang sebenar, kekuatan, kemahiran dan teknik seperti ini juga anda lebih mengenali siapa rakan disebelah anda yang baru ataupun yang telah lama anda kenali tetapi hanya setakat kenal dot dot sahaja.

Teknik ini juga menjadikan anda lebih yakin apabila berucap dihadapan ramai, kawan-kawan atau semasa sesi interview. Ini juga akan membantu anda supaya lebih lantang berbicara atau berucap tetapi perlu dan harus dipraktikkan selalu. Practice make perfect…kan🙂 Bicara anda juga nampak jelas, tersusun mengikut kronologi tidak seperti sebelum ini yang kadang-kadang tersasar dan bila tersasar jadi berterabu kemudian penyampaian dan kefahaman yang mendengar menjadi tidak menarik dan hambar disebabkan pengisian yang tidak tersusun

Apabila diminta untuk memperkenalkan diri, pastikan setiap isi kandungan tajuk yang disebut sentiasa berkaitan yang mana anda sedang bercerita dari mana anda bermula, siapa anda, bagaimana anda anda melakukkannya, apa kelebihan dalam diri anda sehinggalah anda berjaya mencapai kejayaan tersebut yang menjadikan siapa anda hari ini dan dimana anda berdiri sekarang ini. Ini adalah beberapa pengisian yang ingin didengar oleh pendengar, penemuduga, penonton semasa anda sedang memperkenalkan diri.

1. Q: Sila perkenalkan diri anda/Tell me/us about yourself.

Dalam konteks mengenali diri, analisi mengenai siapa anda, nampak mudah tetapi jika dilakukan kajian ia nampak agak susah untuk dibentang tetapi belajar dan terus belajar serta praktikkan selalu untuk mencari pengisian siapa diri anda yang sebenar kemudian ia akan menjadi lebih mudah dari yang disangka.

Apa kata peserta ini…

En. Suhaily, terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi… topik yg paling saya suka adalah tentang “My self”… sgt menarik sbb sblum ini pemikiran saya ttg “myself” ni amat singkat… hanya beritahu nama, umur, tmpat tinggal, dan taraf pendidikan shja.. tp sbnarnya ia lebih dari itu…. br saya tahu… terima kasih sekali lagi.. pada pandangan saya, kesan drpada cara En. Suhaily handle kelas ini, menjadikan suasana kelas agak menarik. pelajar tidak segan silu bersoal jawap, berkomunikasi, dan menghappykan kelas…Syeera (she_syeera@yahoo.com)

1. Langkah pertama: Terangkan siapa diri anda (summary)

2. Langkah kedua: Who do you want to be. Untuk menjelaskan mengenai perkara ini, dua perkara perlu ada pengisian iaitu, ‘Tindakan dan Hasil’ Bagaimana anda perlu melakukan serta apakah strategi anda untuk mencapainya. Apa pula hasilnya setelah usaha anda berjaya. Dalam langkah kedua ini ‘tindakan dan hasil’ perlu dihuraikan satu persatu agar ia menampakkan kekuatan anda untuk berbicara dan keyakinan anda untuk mengaplikasikan sejauh mana kemahiran anda untuk mencapainya.

3. Langkah ketiga:Ia lebih kepada misi anda untuk mencari sesuatu yang anda inginkan. Dengan kata lain ia adalah kereta anda, cara anda memandu untuk sampai ke destinasi yang dituju. Perlu berwaspada, be careful jika tidak ia akan mengundang bahaya. Langkah ketiga memerlukan anda supaya berhati-hati tentukan perjalanan yang anda pilih, kiri dan kanan atau jalan terus untuk maju kehadapan. Kebijaksanaan anda sangat memainkan peranan yang penting jika tidak impian tidak mungkin dapat dicapai. Faham?

4. Langkah keempat: Apa yang ada dalam beg anda? saya bukan maksudkan beg yang anda selalu bawa kemana-mana tetapi ia sebagai perumpamaan untuk tempat menyimpan segala SENJATA seperti bakat, kemahiran, kemahuan, keinginan, usaha. Makanya beg sangat penting untuk anda bawa bersama sebagai bekalan untuk misi dan visi anda. Apa akan jadi jika beg tersebut kosong? Ingin sampai ke sesuatu tempat tetapi tidak memiliki senjata. Tentu sia-sia bukan? Himpunkan segala kekuatan, cari dan belajar setiap ilmu yang anda, tidak kiralah apa jenis ilmu pun yang anda pelajari ia tetap berbaloi untuk anda mencari siapa diri anda yang sebenar.

5. Langkah kelima:Inilah peringkat penentuan anda untu kejayaan tersebut. Setiap perjalanan anda untuk sampai ke tempat yang dituju bukan mudah dan bukan senang. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu anda tempuhi, sama seperti rancangan TV realiti IMAM MUDA, menjadi dalam kelompok kesepuluh bukan senang dan mencapai matlamat untuk menjadi yang PERTAMA banyak yang perlu diterokai. Terpulang dengan kemahuan dan usaha anda untuk mencapainya. Anda perlu ada misi, visi dan tujuan serta matlamat untuk sampai keperingkat ini dan tidak ketinggalan anda perlu tahu dimana anda sedang berdiri dan apa yang anda cari untuk berjaya dalam bidang yang anda minati.

Maka, apabila berbicara dihadapan penonton dan penemuduga dan anda diminta memperkenalkan diri sebutlah ‘lima perkara’ huraikan dan terangkan secara terperinci INSYALLAH anda akan dipandang seorang yang berwawasan berkeyakinan tinggi. Bukan teori tetapi saya sendiri telah aplikasikan pada setiap perkara, bukan itu sahaja…ramai peserta yang mengikuti bengkel yang saya jalankan juga melakukan teknik ini dan hasilnya, mereka tahu apa yang diinginkan, siapa diri mereka dan lebih mengenali siapa rakan walaupun sudah beberapa tahun sebagai jiran mahupun teman rapat. Semoga perkongsian untuk kebaikan bersama….Jadikan lima perkara ini sebagai satu cerita secara kronologi/mengikut urutan semasa membentangkan hujah anda…ya.🙂 So tidaklah sia-sia tukul otak sampai pecah!!🙂

4 responses to “Jika anda diminta memperkenalkan diri, lakukan begini

  1. agak kurang minat dengan teknik merendah diri yang pernah di ajar kat sesi motivasi suatu ketika dulu… tapi kalau jenis santai memang seronok, tanpa perlu ada protokol.. sekadar pandangan

  2. Memang bagus juga tu..cuma yg kt atas tu perlu diterangkan secara santai juga, yg penting faham cara penyampaian dan objektif sebenar serta isi isi yang perlu diolah dan dihujah dalam teknik memperkenalkan diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s