Bengkel Microsoft Powerpoint 2010 & 2007


Seorang presenter yang bergiat secara profesional dan sering mendapat undangan sebagai speaker untuk agensi kerajaan.
Membimbing sesiapa sahaja bagaimana menjadi seorang jurucakap/presenter yang mampu memiliki ilmu yang mujarab dan berpengaruh. Workshop yang sering dijalankan oleh beliau adalah bagaimana menjadi seorang presenter yang hebat dan berkaliber, tidak gentar berhadapan dengan penonton, memiliki teknik dan strategi hebat bagaimana mengawal perasaan gagap, gemuruh bila berhadapan dengan penonton tidak kira peringkat apa level pun.

Beliau memberi jaminan, apabila anda mengikuti bengkel yang dijalankan olehnya, persembahan anda tidak akan sama seperti sebelum ini. Pastinya persembahan anda penuh dengan pelbagai teknik dan mampu memukau penonton yang pastinya juga akan berkata WOW! WOW!
Antara program terkini adalah:
1. Bengkel Powerpoint 2007 & Penyampai berkaliber
2. Bengkel Powerpoint 2010 & Penyampai berkaliber
3. Effective Presenter with visual interactive
4. Presentation Skills Technique & Self-Confidence
5. Pembangunan Laman Web Korporat
6. Motivasi pembangunan & Keyakinan diri
Ingin mengundang Muhd Suhaily sebagai presenter dalam organisasi anda? Hubungi beliau di, speakerpresenter@gmail.com.
Layari web untuk maklumat lebih lanjut di, PAKAR POWER POINT

Talk percuma bukan sia-sia


Hari ini saya akan kongsikan beberapa idea bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan dengan hanya bercakap dihadapan ramai. Apa jenis produk anda pun, ia sememangnya boleh buat duit yang penting ‘perlu mahir mengenai produk dan tahu kepentingan dan faedah yang perlu dimiliki oleh pelanggan tentang produk yang anda tawarkan, maknanya apa yang anda tawarkan adalah ’solution’ kepada mereka.

Pendapatan melalui ‘ free talk’ atau free seminar mengenai produk anda bukan sia-sia sekiranya anda tahu bagaimana strategi yang betul, tidak perlu saya cakap panjang lebar sebab sedar atau tidak kita sebenarnya sentiasa menjual setiap hari.

So listen carefully, Jika anda ingin mencuba atau beralih bidang kepada training,coaching,motivasi,ICT dan sebagainya, memang tepat anda membaca artikel ini. Bagaimana jika saya bermula dengan sebuah sekolah untuk memasarkan produk untuk pelajar? boleh ke? bagaimana caranya? sebenarnya banyak lagi organisasi yang boleh anda jadikan sebagai sasaran tetapi disiplin dan step by step sangat penting dalam apa juga projek yang anda jalankan. Jadi lebih baik bermula dengan angka satu(1) atau lebih jelas bagaimana menjadikan angka RM1 kepada RM1000 dengan no 1.

Apa yang perlu anda sediakan?

1. of course yang pertama adalah surat permohonan – mana boleh main masuk saja kan.. Ada dua pilihan anda -hantar surat rasmi kepada kaunselor dan cc kepada pengetua sekolah atau hantarkan profil serta proposal anda terus kepada pengetua sekolah dan pastikan apa yang ingin ditawarkan semestinya ‘FREE’.

2. Iklan/flyer – buatkan dua iklan satu untuk main produk for school dan satu lagi produk sampingan. sebab apa? kita tidak pernah terlepas apabila orang bertanya, ini saja ke? bila ditanya ini saja ke then baru keluarkan produk sampingan anda. Ini adalah antara anda dengan sekolah! bukannya sekolah datang ke organisasi anda seperti ‘open day’ dan membuatkan anda mengeluarkan setiap produk dari peti anda.

3. Sediakan slide presentation mengenai program yang ingin anda berikan pada pelajar ketika itu. Terpulang dengan tajuk program yang anda persembahkan. Saya bagi contoh: STRATEGI BELAJAR UNTUK LULUS DALAM PEPERIKSAAN. Saya perlu jelaskan walaupun produk anda berlainan dari saya tetapi konsep yang saya ketengahkan tetap sama, so jangan risau sekiranya produk anda dan saya berlainan.

Bila anda memberikan secara percuma dengan pihak sekolah mereka akan menyambutnya dengan tangan terbuka lebih-lebih lagi apa program yang anda tawarkan memberikan kebaikan antara pelajar serta guru dan ianya percuma. So, bukan kah ini menarik minat pihak sekolah? Anda boleh berikan satu program jangka pendek FREE kepada pihak guru, contohnya:

1. Training mengenai soft skills
2. Training mengenai ICT
3. Perniagaan dalam pendidikan
4. Perniagaan dalam latihan
5. Pendapatan tambahan melalui tuisyen
6. Perniagaan internet – kelebihan dan kekurangan

…berikan satu skill pada organisasi tersebut berpandukan kemahiran anda!
Apabila anda membentangkan persembahan kepada pelajar, elakkan menjual tetapi promosikan kelebihan, kredibiliti, kemahiran dan kemampuan serta berikan solution atau penyelesaian kepada setiap situasi yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Anda akan dilihat seorang yang mantap dan pakar dengan bidang yang anda cuba ketengahkan.

Jika sudah berjaya, bagaimana pendapatan boleh tercipta?
1. Bila saya dilihat seorang yang pakar, adakah pelajar mencari saya kembali bertanyakan soalan? ya sudah pasti! so saya telah mencadangkan pada pelajar agar menyertai khidmat kaunseling secara online dengan yuran ahli RM2.00 sebulan. Jika servis yang saya berikan memang terbaik, adakah pelajar ini akan menjadi ahli untuk bulan berikutnya?

Jika seorang RM2.00, jika satu sekolah menyertai program ini dari form 1 ke form 5 bagaimana? jika ianya percuma saya pasti pihak sekolah tidak akan melepaskan peluang seperti ini untuk semua pelajar. Bagaimana jika satu sekolah mempunyai 3000 pelajar dan seribu pelajar telah menyertai sesi kaunseling saya. RM2.00 X 1000 pelajar = RM2000 sebulan. Adakah talk free saya sia-sia?

2. Selepas tamat persembahan saya telah keluarkan ebook mengenai teknik belajar cara berkesan dan telah menawarkan dengan harga promosi RM5.00. Satu talk yang saya jalankan seramai 100 orang, 40 – 60 orang telah membelinya. Jadi.. RM5.00 x 60 orang = RM300. Jadi saya datang ke sekolah bawa idea, saya balik bawa RM300 duit poket. Adakah talk free saya sia-sia?

3. Ada yang kata saya tidak ada ebook, jangan risau. Cari ebook free dari internet yang mempunyai hak jualan semula. Buat kemaskini dengan lebih kemas dan jual harga promosi. So..adakah talk free anda sia-sia?

4. Masih ada yang kata, saya tak dapat cari ebook lesen PLR atau MRR, apa yang perlu anda buat? Deal dengan IM yang mempunyai produk sama dengan kemahiran anda, anda jadilah offline affiliates. Berapa komisyen yang anda dapat sekiranya dapat menjual satu ebook, paling kurang pun RM10 kan…so kalau ada pelajar membelinya paling kurang pun 20 orang dari seratus, berapa yang anda dapat? RM10 x 20 orang = RM200. So..adakah talk free anda sia-sia?

Semua apa yang saya perolehi belum termasuk pendapatan dari guru yang saya berikan talk free…so adakah talk free saya sia-sia? oklah nanti kita sambung lagi…ye

Mencari Potensi Diri dengan berkarya


Mencari potensi diri bukanlah mudah yang disangka, jika ingin berjaya seseorang perlu mengetahui apakah potensi diri yang perlu diolah setiap masa agar apa yang diinginkan akan dapat dikecapi sebagai satu impian yang diidamkan selama ini. Pernah seseorang bertanyakan soalan, bagaimana mencari potensi diri? dan bagaimana mengetahui potensi diri dapat membantu diri seseorang individu untuk terus maju dalam bidang yang diminatinya? Adakah potensi dalam diri hanya perlu dilihat melalui kemahiran dan bakat? atau apa pula teknik yang digunakan oleh setengah golongan ilmuan atau individu untuk membongkar potensi diri seseorang?

Ada ilmuan menggunakan kaedah sains metafizik yang menggunakan nombor, bunyi, gambar, pembayang dan sebagainya. Namun ramai yang tidak sedar atau sedar tetapi tidak perasan bahawa penulisan adalah salah satu teknik yang digunakan untuk membongkar potensi dalaman anda. Segala penyampaian yang dilakukan berdasarkan naluri hati dan pemikiran, data yang diterima akan diolah hingga boleh dilihat melalui mata kasar dan boleh disentuh melalui gerakan minda serta dapat dirasai oleh sesiapa yang mengetahuinya.

Jika ditanya apakah kaedah yang saya gunakan untuk mencari potensi diri. Saya hanya menggunakan kaedah AUTOGENISIS + PEMBANGUNAN DIRI untuk menyelami hati dan membongkar potensi anda yang tersembungi melalui penulisan, penghayatan, pemikiran dan kemahiran. Tidak ada kaitan tentang ilmu kurafat atau syirik! apabila anda membaca pengisian ini, jauhkan diri anda dari pemikiran yang melanggar akidah islam, Insyallah, semoga kita diberkati selalu. Secara peribadi, kaedah yang saya gunakan mungkin ada kekurangannya tetapi jika dilihat sesiapa sahaja antara anda yang meminati bidang penulisan, anda sendiri boleh menilai keberkesanannya. Semua orang boleh menulis tetapi tidak semua yang kita tulis boleh memberikan getaran, aura dan kesan kepada si pembacanya. Sedar atau tidak anda sebenarnya sedang membongkar potensi dalaman anda hanya melalui penulisan samada dalam bentuk blog, artikel dan dimedia massa amnya.

Apabila anda menulis mengenai sesuatu perkara, ianya datang dari hati dan naluri pemikiran anda dan apa yang disampaikan adalah berdasarkan kepada kekuatan dalaman iaitu minat, keserasian, kemahuan, keinginan, impian, kemahiran dan bakat yang datangnya bukan secara semulajadi tetapi dibentuk hasil dari kemungkinan dan kebarangkalian genetik campuran salasila keturunan anda. Samada anda percaya atau tidak, anda boleh mengkaji dan mula menjalankan analisis terhadap diri bermula dari anda mula mengenali kedua ibubapa ,dunia dan alam sekeliling. Saya tidak mengatakan ia datang sebulat atau sebiji dari kedua ibubapa tetapi kebarangkalian datang dari seseorang yang mempunyai pertalian dengan anda. Tetapi harus diingat, jangan bersandarkan fakta semata-mata tetapi biarlah bersandarkan kepada andaian dan kemungkinan sebab jika anda terikat dengan fakta umpama anda menerima hukuman berat yang tidak pernah anda lakukan lalu tidak dapat berbuat apa-apa hanya menunggu hukuman dijalankan

Satu panduan yang berguna untuk kita kongsikan bersama ialah, jika ingin mengetahui potensi diri dan ingin mengenalinya lebih mendalam maka saya cadangkan anda perlu bermula dengan menulis, tulislah apa sahaja yang ingin anda luahkan, tulislah mengikut minat dan kemampuan, tulislah mengikut kemahiran dan carilah sesuatu yang menyeronokkan tanpa rasa bosan dan berkawanlah dengan idea serta kuasa minda anda agar segalanya dapat dibentuk melalui gambaran dan keluarkan ia dengan penuh keyakinan akhirnya anda sendiri akan melihat sedikit demi sedikit potensi dalaman anda. Apa pun, setiap potensi ada pasang surut sekiranya kita sendiri tidak mengetahui cara yang sesuai untuk mengodamnya dan rasanya ini adalah perkataan yang paling sesuai untuk membongkar potensi dalaman anda. Jika setakat godek dan mencari selalunya jawapannya sukar untuk dilihat tetapi jika anda mengodam pasti jawapannya dapat dibongkar.

Satu cara untuk membongkarnya adalah melalui penulisan blog dengan cara sistematik supaya penularannya lebih efektif. Dari apa yang kita lihat dan nilai, ramai orang sedang mencari potensi diri melalui penulisan artikel dalam blog, ada yang berjaya dan ada pula yang masih terumbang ambing, saya berikan satu contoh. Si A menjual sayur dan si B pun menjual sayur yang sama tetapi mengapa si A sahaja yang berjaya menjual sayurnya? Jika ditanya apa kelebihan A dan B, kedua-dua mungkin sama iaitu arif tentang produk masing-masing, tahu kelebihan dan kebaikan yang diperolehi oleh pembelinya tapi yang pasti salah seorang dari mereka kurang dari segi jualan disebabkan kekurangan dari segi pengodaman yang betul-betul berkesan dan tidak hairanlah sekiranya produk jualan tidak terjual walaupun anda arif tentang kelebihannya, fikir-fikirkanlah…

Up ↑