Jemputan Penceramah/Trainer Power point


Assalammualaikum, Tuan dan Cikpuan yan dirahmati Allah.

Membimbing seorang bakal trainer/penceramah/peserta khususnya yang memfokuskan pada aplikasi Power point. Kursus yang dikendalikan oleh beliau memberi tunjukajar apakah tools yang sesuai digunakan untuk melakukan pengeditan pada imej, 3D dan banyak lagi. Kadangkala apabila memasukkan ime atau isi kandungan pada slaid ia memerlukan penyedia slaid berfikir cara kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik. Inilah terjemahaan yang akan dilakukan apabila tuan dan cikpuan mengikuti kursus ini. In Shaa Allah.

Ingin menjemput beliau sebagai trainer dalam organisasi tuan/puan? Mohon hubungi beliau melalui email silaturraim@akademipowerpoint.com atau telefon mudah alih 017-6599-572

Layari sedikit maklumat mengenai beliau. http://www.akademipowerpoint.com/aboutme/

Super Trik menghasilkan ‘Bayang’ pada Imej


Assalammualaikum,

Ini adalah trik biasa yang jarang diketahui untuk menghasilkan bayang pada imej yang dimasukkan ke slaid Power point.

Biasanya kita menggunakan tool standard shadow yang terdapat pada perisian Power point tetapi tidak pada kali ini.

Standard tool yang dimaksudkan adalah imej disebelah kanan anda. Apabila kita banyak berfikir cara kreatif maka kadang-kadang ia mewujudkan sesuatu diluar jangkaan.

Teknik yang mudah cuma kadang-kadang sukar untuk melakukannya apabila ketandusan idea. Hari ini anda cuba lakukan langkah demi langkah, ikuti kaedah dan teknik yang dipaparkan.

1. Masukkan imej ke dalam slaid Power point.
2. Buat dua salinan pada imej tersebut.
3. Klik butang kanan tetikus pada imej yang ingin dihitamkan. (Poin pada ‘Format Picture’)
3. Cara untuk hitamkan imej. Poin pada ‘Picture’- Contrast (-100%) Power point 2007.
4. Tindankan pada imej asal dan letakkan imej yang dihitamkan tadi keposisi bahagian belakang seperti imej disebelah kiri yang bertanda A. (Send to Back)
5. Tarik imej yang digelapkan tadi secara perlahan ke bawah selari dengan perspektif kaki langit imej asal.

Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sebelum ini.

Apakah perbezaan sebelum dan selepas mengikuti tutorial ini? Lontarkan pertanyaan atau pandangan anda dibawah. Mudah-mudahan kesulitan diselesaikan dengan mudah kali ini. Insya-Allah.

Nota: Kongsikan pada rakan-rakan menggunakan sosial media facebook. 🙂

Mengapa perlu ‘Slide Recovery & SWOT’


Assalammualaikum,

Satu pendedahan baru untuk mengambil inisiatif khusus untuk pembentang Power point di setiap organisasi dengan kaedah ‘Slide Recovery & SWAT SWOT Analysis.

Dalam banyak kursus yang dijalankan sebelum ini, inisiatif dan sokongan perlu dilakukan memandangkan ramai peserta akan lupa dengan teknik juga skil yang dipelajari sebelum ini. Dengan kaedah ini sudah tentu peserta akan dapat memahami cara menghasilkan slaid yang lebih profesional.

Antara teknikal yang sering dihadapi oleh pembentang Power point ialah:

1. Menyediakan graf dan carta.
2. Penyusunan text dan imej.
3. Tool mudah tetapi sering lupa untuk memulakannya.
4. Jenis font, saiz dan warna.
5. Warna latar slaid.
6. Teknik user friendly.

Untuk menyelesaikan situasi ini maka Slide Recovery dan SWOT diperkenalkan dan didedahkan kepada setiap pembentang.

Kelebihan kursus ini:

1. Peserta diminta membawa slaid sedia ada atau pun slaid yang selalu digunakan semasa pembentangan.
2. Peserta diminta untuk membentangkan slaid sedia ada.
3. Trainer akan memberi pendedahan cara, teknik dan kaedah slaid untuk menambahbaik slaid sedia ada.
4. Peserta melakukan analisis, mencari kekurangan setiap slaid, memperbaiki slaid sedia ada kemudian membentangkan slaid yang baru serta membandingkan slaid sebelum ini. (Secara individu atau berkumpulan)

Dengan kaedah ini juga, peserta akan dapat menilai setiap slaid atau pun isi kandungan slaid sebelum ini yang mana perlu diperbaiki dan ditekankan samada dari aspek desain, konten dan juga mutu persembahan. Diakhir kursus nanti peserta akan benar-benar tahu slaid yang lebih berkualiti dan berimpak kepada setiap audien yang melihat.

Dengan kata lain, selesai sahaja kursus peserta akan dapat menghasilkan slaid persembahan secara keseluruhan dan sekiranya ada pembentangan kelak, peserta hanya melakukan sedikit ubahsuai (editing) terhadap isi kandungan. Slide recovery dan SWOT adalah kursus terbaru untuk tahun 2013, kursus yang lebih menekankan kepada rombakan pada slaid, analisisi kepada yang lebih baik dan benar-benar berkualiti.

Kursus ini khusus untuk organisasi korporat, individu, IT, R&D, Pemasaran. Kursus akan dijalankan selama 3 hari.