Bengkel Power Point 2007 bersama Agensi Nuklear Malaysia


Follow me on Twitter: Click Here

ppt 2007

Assalammualaikum/Salam sejatera,
Baru-baru ini, program/bengkel Power Point untuk tahun 2009 telah dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia Bangi. Terimakasih dengan semua yang telah menjayakan program ini. Terimakasih juga kepada semua yang terlibat dalam program ini serta semua peserta Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sewaktu bengkel ini dijalankan walaupun program ini dijalankan selama 3(tiga) hari.

Syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan disiplin yang tinggi. Saya berharap kepada semua peserta supaya mengaplikasikan apa yang telah anda belajar dan pastikan anda terus belajar dan terus belajar sehingga ianya menjadi satu keterampilah yang sahih dalam diri anda semua. Jadikan kemahiran anda sebagai PITCH dan TALENT dalam menangani apa sahaja tugasan yang berkaitan dalam kehidupan seharian anda. Sekali lagi terimkasih dan semoga kita akan berjumpa lagi…dilain tempat dilain masa atau secara tidak di sangka…wassalam

Nota:
Jika anda memerlukan khidmat saya untuk menjalankan program ‘Bengkel Powerpoint 2010 & 2007 dab Teknik Persembahan’, boleh hubungi saya.
Muhd Suhaily George Bin Abdullah
Freelance Coaching Trainer
Copyright © 2009 http://effectivepresenter.wordpress.com/
Develop your skills – Jadikan kredibiliti anda sebagai PITCH & TALENT

Corporate Training Session 1


Follow me on Twitter: Click Here

Post kali ini adalah tentang latihan bengkel yang akan diadakan 16 – 17hb Jun 2009. Bengkel kali ini adalah mengenai tugas sebagai khidmat pelanggan atau Customer Service yang mana peserta akan diajar apakah tugas sebagai seorang khidmat pelanggan serta Do’s dan Don’t. Program ini dijalankan selama dua hari yang mana ianya akan tertumpu dari segi teori dan praktikal. Selain daripada itu, teknik persembahan akan diajar kepada peserta secara berkumpulan dan yang penting peserta akan melakukan setiap tugasan yang diberikan seperti dalam situasi yang sebenar dalam erti kata lain, tugasan dalam suasana perkerjaan yang sebenar (roleplay).

Rasanya dengan setiap tugasan yang diberikan peserta akan teruja dengan setiap teknik yang akan dipelajari nanti. Semoga apabila peserta berjaya menamatkan sesi bengkel ini, harap mereka semua akan dapat mengaplikasikan segala pengalaman semasa sesi menjalani bengkel tersebut.

Insyallah, jika tidak ada halangan saya akan postkan gambar-gambar aktiviti apabila selesai bengkel itu dijalankan. Jangan lupa layari blog lagi ini nanti bagi mengikuti perkembangan artikel dan aktiviti harian.

Bengkel/Workshop Powerpoint 2007


Mungkin ada yang mengatakan untuk belajar powerpoint versi 2007 tidak perlu diadakan bengkel atau workshop sebab ianya amat senang dan mudah, tetapi bagaimana pula bagi mereka yang kurang mahir? dan kurang pendedahan tentang powerpoint 2007 serta subjek aplikasi office yang lain, tentu ini amat menyukarkan mereka untuk melakukan sesuatu tugasan bukan? Versi PPT 2003 dan 2007 banyak perbezaannya terutama dari segi interface yang menarik, cantik ditambah lagi dengan penggunaan grafik dan multimedia yang mana sekiranya anda berjaya membina slide tersebut ia sebenarnya boleh memukau kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti bengkel powerpoint 2007, pendaftaran dibuka sekarang. Maklumat lanjut. Klik sini Untuk pengetahuan anda baru-baru ini bengkel telah dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia Bangidi bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi selama 3 hari. Semua peserta telah diberikan pendedahan tentang penggunaan aplikasi powerpoint 2007.