Kerja sendiri dan Makan Gaji


Semenjak berhenti dari kolej, kini masa untuk keluarga dan anak lebih banyak saya luangkan. Berbanding dengan kerja sendiri dan makan gaji kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kebaikan cuma jika kita mengambil peluang untuk berkerja sendiri pastikan diri kita betul-betul bersedia untuk menghadap sebarang risiko terutama dari segi kewangan. Jika baru dalam bidang biz ini besar kemungkinan pendapatan bulaan ataupun harian tidak stabil lebih-lebih lagi jika kita baru dalam perniagaan yang masih terlalu mentah dan perlu banyak belajar samada dari orang lain atau mana-mana sumber yang boleh membantu meningkatkan kredibiliti,semangat,kesabaran,pengetahuan dalam bidang yang kita ambil.

Berhenti dari perkerjaan tetap dan menceburi perniagaan sendiri dari rumah memang mempunyai risiko yang tinggi namun apa yang saya lakukan adalah: Saya telah mulakan dengan IMPIAN – TEKAD -BELAJAR – SEMANGAT – SABAR – dan kena sentiasa KONSISTEN. Jika kunci ini tidak ada dalam diri anda maka, kejayaan susah untuk dikecapi walaupun hanya berbekalkan semangat dan ingin cuba! Ingat! semangat tidak akan cukup untuk menrealisasikan impian anda. Banyak cara untuk berniaga, banyak cara untuk untung,banyak cara untuk menjual, banyak produk untuk dijual! Gunakan kemahiran! gunakan kebolehan!selidik diri anda! tanya diri anda!apa yang anda boleh buat? apa yang anda suka?apa yang disukai oleh orang lain tentang diri anda? semuanya berada dalam lubuk hati anda! Percaya atau tidak, lakukan sekarang…If you say just try! you won’t be success! Do it and see for yourself! anda tidak akan menyesal..

Anda kini sudah tentu mempunyai semangat yang membara bukan? Namun secara tiba-tiba keinginan dan semangat tersentak, berhenti sejenak! KENAPA? sudah tentu terbatas apabila anda terfikirkan tentang kewangan bukan! Selalu bila ingin memulakan perniagaan, mentaliti yang ada dalam fikiran kita adalah DUIT! DUIT! DUIT! nak beli itu, nak beli ini, nak sewa ini dan sebagainya. Memang perlukan wang! TETAPI fikirkan wang yang kecil dahulu dari memikirkan wang BESAR sebab sudah tentu ini akan membebankan anda. Biar bermula dari bawah sekecil semut pun itu adalah yang terbaik sebab sengatannya boleh mengakibatkan Gajah dalam kesakitan.

Dulu bila nak mulakan perniagaan, saya sering bertanya dalam diri, apa yang boleh saya buat dalam perniagaan? hmmm…Apa-apa jelah…ADA APA yang saya maksudkan disini adalah tentang sesuatu perkara samada yang digunakan untuk benda,orang,jenama,maklumat dan pengetahuan. Jika soalan diajukan kepada anda, Ada apa pada nama? Orang mati meninggalkan nama! Harimau mati meninggalkan belang!dan jika benda lupus meninggalkan apa? Adakah ianya akan meninggalkan kesinambungan kepada yang baru? Sudah tentu!Setiap yang lama akan berganti kepada yang baru biarpun yang lama tidak seperti yang sebelumnya namun adanya perkara baru disitulah idea baru akan menjelma dan lahirlah satu era baru yang dinamik, runtuhnya satu kerajaan sebab tidak mempunyai asas, bangunnya sebuah kerajaan sebab adanya asas yang menyokong supaya ianya dapat berdiri teguh sehingga ke hari ini. Lahirnya satu nama sebab adanya asas dan wujudnya satu produk sebab lahirnya kehendak dan permintaan individu yang melahirkan satu jenama yang tidak boleh disangkal dan menjadikan populariti zaman berzaman. Kesimpulannya pentingnya ASAS untuk melahirkan individu,produk,jenama dan pengetahuan yang berkualiti serta boleh diguna pakai sehingga kehari ini.

Advertisements

Faedah membantu orang baru


1. Rasa puas dalam menaikan perniagaan internet promoter yang baru. Sekiranya mereka baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan internet, sekarang mereka berada pada tahap yang dipanggil sebagai internet promoter. Inilah peluang anda menaikkan nama dan produk anda kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

2. Anda mudah dikenali dan ada kemungkinan mereka akan menjadi teman rapat anda dalam perniagaan online dan boleh mejalankan JV dengan rakan baru anda.

3. Testimonial dari pembeli anda. Salah satu bukti yang diperlukan oleh semua IM dalam penjualan produk masing-masing dan secara tidak langsung ini akan meningkatkan kredibiliti penjualan produk anda.

4. Bantuan dari mereka untuk mempromosikan produk anda melalui sistem affiliate.

5. Pertukaran link dan Ad dengan rakan kongsi baru anda.

6. Peluang untuk mencipta produk baru hasil dari JV, idea akan timbul sekiranya sekiranya anda berkerjasama dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dalam perniagaan internet online.

7. Kemungkinan rakan anda adalah orang pertama yang akan membeli produk anda, siapa tahu kan?