Ubah cara berfikir! Kejayaan itu semakin hampir.


Bagaimana anda spt memiliki kuasa (segalanya dtg drinya) menjadikan penonton anda berdiri sambil bertepuk tangan, tersenyum lebar & dlm hati mereka..wow! wah! uhh! Anda dpt melihat penonton spt diawang-awangan (sweet dream). Dedahkan kelainan anda, produk, kecanggihan, keseronokan & keperihatinan n your style…

Memperbaiki diri memerlukan pengorbanan & kesabaran. Lakukan dgn kesungguhan, minta petunjuk darinya. Sentiasa belajar utk memaafkan diri anda dan org lain. Org memberi dgn hati kotor balaslah dgn hati bersih. Biarkan diri anda menjadi siapa diri anda yg sebenar, org akan kenal dan tahu kebenarannya. Kritikan adalah pembina semangat, mental, fizikal, rohani & spritual. Ada sesuatu dlm diri anda yg anda tidak nampak.

Setiap kita telah dibekalkan kunci maka bawalah ia kemana sahaja anda pergi,jika tidak anda hanya mampu melihat dan berangan. Sama lah spt kita tidak dpt memasuki rumah yg dihias indah, cantik lagi menawan, hanya terpaku melihat dan mencium baunya dri luar. Gunalah akal & fikiran utk lebih kreatif dan berinovasi.

KEJAYAAN itu mempunyai beberapa mata kail dan setiap m/kail tergantung. MOTIVATION, MENTOR, WACANA, VISI, TEAM, BELAJAR & MENGAJAR, INSPIRASI, COACH! Tips berulang: Teori dan Praktikal perlu seimbang, 80% praktikal dan 20% teori tidak lagi berkesan…

Benci sebenci bencinya…


Setiap orang pernah mengalaminya, iaitu apabila melihat mukanya dia akan terus membenci sehingga darahnya seakan mendidih…diikutkan hati ingin sahaja menghentam mukanya dengan apa sahaja supaya hati berasa puas! Mungkin setengah orang membencinya oleh sikapnya atau karena yang sukar diterima sehingga timbul rasa kebencian yang teramat sangat. Rasanya semakin dekat kita pada orang itu semakin benci apabila melihat mukanya. Apa tindakan anda dalam situasi seperti ini? Perlukah kita membiarkan hati kita yang bersih menjadi kotor dan busuk? Apakah sebabnya sifat ini ada dalam diri kita? Apakah benteng pertahanan anda?

Keluarga kucar kacir – adakah ia menghalang kejayaan anda?


Samada kita dari keluarga yang besar atau sederhana pasti tidak akan terlepas menghadapi situasi seperti ini. Adakah kita akan menyalahkan perbuatan mereka atau menyalahkan takdir semata-mata?Mengapa? kenapa? Argh… saya geram,tidak suka dan menyampah! Bagi yang pernah mengalami keadaan seperti ini, emosi anda sangat hampir dengan perasaan yang saya alami namun jika anda tidak mampu untuk menanganinya ini bukanlah kuasa anda untuk memperbetulkan apa yang sedang terjadi.

Daya ketahanan minda perlu dipertingkatkan supaya kita tidak tenggelam dengan arus persekitaran yang sedang menghancurkan kita lalu hanyut dan tenggelam dimakan lautan dan ombak yang ganas. Harus diingat, sebagai manusia biasa kita tidak akan lari dari kelalaian,kesilapan yang mungkin berkaitan dengan masa masa lampau sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan keluarga yang sedang mencari kesederhanaan dalam liku-liku hidup. Dalam keadaan seperti ini, garisan kritikal sering tidak dipeduli dan hanya bertindak mengikut perasaan semata-mata mengakibatkan kita akan terperangkap ditengah-tengah menjadikan diri sendiri akan merasa panik dan akan menjurus kepada situasi untuk melepaskan diri dari kepungan peperangan tersebut. Kuatkan kuasa minda anda dan jangan sekali-kali menyimbah api dengan minyak tanah.

Apabila situasi ini sering berlaku, maka ada segelintir kita atau remaja akan bertindak diluar batasan iaitu ‘keluar dari situasi sebegini’ dengan cara meninggalkan keluarga mengikut hati dan perasaan yang kotor. Lari dari masalah tidak akan meyelesaikan masalah ini dan adalah lebih baik jika anda keluar untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yang boleh membantu dan memberikan nasihat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jangan membenci mereka,jangan menghina mereka. Mungkin ada kekurangan cara didikan namun anda sebagai generasi akan datang perlulah belajar dan jangan sampai apa yang anda lihat sekarang dijadikan sebagai azimat untuk anak-anak anda sebagai bekalan didikan suatu hari nanti. Ingatlah mereka tetap ibubapa yang melahirkan anda dan yang menjadikan siapa diri kita sekarang.

Kejayaan anda adalah dari ibubapa, kemenangan anda adalah didikan mereka. Ampunilah dan belajarlah untuk memaafkan diri serta orang lain. Mungkin suasana sekarang amat sukar namun kita sebagai anak dari zuriat ibubapa jangan sekali-kali menyimpan dendam dan durhaka kepada kedua ibubapa anda. Biarpun banyak kelemahan namun kita sebagai anak harus sentiasa berterimakasih sehingga kita boleh melihat dunia yang mungkin tidak pernah terfikir betapa indahnya dunia ini walaupun ianya hanya sementara. Mungkin setiap apa yang berlaku mempunyai sebabnya, cubalah anda selidik dan analisis satu persatu. Cuba fahami erti kehidupan anda,tanya dan luahkan segala apa yang ada dalam lubuk hati anda. Sebenarnya apabila anda berbuat demikian, anda akan lebih bijak berfikir dan menjadi matang serta mempunyai nilai moral yang tinggi biarpun dengan usia muda tetapi sudah mampu membawa dan mengharungi ombak yang sering menganas di tepian pantai. Jadilah kuat,jadilah benteng umpama batu ditepian pantai yang menghalang ombak dari menghanyutkan tebing-tebing kecil.

Sebagai anak, sentiasa fikirkan masa depan anda, apakah dengan situasi sebegini akan menghancurkan kejayaan anda? atau anda harus biarkan situasi tersebut melenyapkan segala impian sedangkan anda mampu untuk mengharunginya. Apa yang berlaku pasti ada hikmanya dan pengajaran yang perlu anda cungkil dan olahkan sebagai kekuatan dalaman anda. Mungkin dengan apa yang berlaku ianya telah membentuk siapa diri anda yang sebenar dan ingatlah ALLAH tidak akan memberi kita percubaan sekiranya kita tidak mampu untuk mengharunginya. Pengalaman mematangkan pemikiran anda. Sekian.

Insaf & Kesedaran


Sayangilah kedua ibubapa anda,saya juga menyeru kepada diri sendiri supaya tidak lupa kepada jasa orang tua,dari kecil kita dididik sehinggalah kita mengenali dunia. Dari kecil kita hanya merangka yang memerlukan kasih sayang dari mereka, mereka tidak pernah mengenal erti kepenatan,tidak mengenal erti kesusahan demi membesarkan kita,Walaupun mungkin ada sedikit kekurangan cara mereka mendidik kita tetapi semua itu adalah sebagai pengajaran untuk generasi turun temurun kita semua. Sayangilah mereka,kasihilah mereka selagi mampu. Klik Video dan selami jiwa anda

Duduk, berdiri lalu bercakap


Jika duduk mungkin itu lebih baik, jika disuruh berdiri dan bercakap? Adakah itu lebih baik dari duduk? Jika telefon berdering, Bos meminta anda supaya berucap atau menyediakan laporan lalu membentangkan dihadapan pegawai berpangkat lebih tinggi? Sekarang apa yang anda fikirkan? benak hati anda tentu berkata ‘tidak’ tetapi minda anda berkata ‘Ya,ok saya boleh lakukan tapi…..’

1. Siapa mereka yang menanti kehadiran anda sepagai speaker? buat kajian..
2. Tanya soalan pada diri anda. Mengapa saya? Kenapa? tentu anda mempunyai kelebihan…buat kajian
3. Kebenaran realiti. Apakah situasi semasa yang berkaitan dengan pembentangan anda…buat kajian
4. Tulis apa yang ingin diperkatakan tetapi jangan membacanya…pemahaman dan kefahaman itu yang penting…
5. Berceritalah apabila berhujah,emosi mereka akan dapat menyelaminya…
6. Ketahui apabila bercakap dan berhenti..ada masanya berehat lebih baik dari teruskan perjalanan yang kita sendiri tahu masih jauh…

p/s: Anda akan lebih dikenali dengan kelebihan dalam diri. Bercakaplah seperti anda tahu segala-galanya..Jangan ketingalan seminar terkini: Jangan terkejut!

Adakah anda gementar/gemuruh?


Bagaimana rasanya bila berhadapan dengan orang ramai?Apakah reaksi anda bila diminta untuk memberikan ucapan dihadapan puluhan manusia yang mengharapkan anda boleh memberikan yang terbaik dengan isi kandungan,pengetahuan,buah fikiran dan perkongsian yang mampu diterima oleh penonton anda. Sudah tentu anda sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka bukan? namun jika sebaliknya…tentu banyak persoalan yang akan menyusul dalam minda anda.
Bagaimana agaknya untuk menghilangkan rasa gemuruh?Saya pun sama seperti anda waktu mula-mula menjejakkan kaki dalam dunia yang sering berhadapan dengan pelbagai golongan dan kelompok manusia yang mempunyai pelbagai karena dan kemahuan.

Sudah tentu ramai diluar sana yang mempunyai pengalaman dan pernah menghadapi situasi seperti ini. Apa yang perlu anda lakukan? bagaimana memulakan komunikasi dengan penonton anda? Tidak kira samada anda sedang berhadapan secara individu,bilik seminar bersaiz sederhana,secara kumpulan atau dengan penonton yang tidak terkira ramainya tentu perasan gementar akan menyelubungi diri anda menyebabkan kelemahan dalaman anda akan sentiasa terpancar. Tentu sebelum memulakan talk,perkara pertama yang bermain dalam minda ialah ‘ tarikh nafas panjang panjang lepas tu lepas….relak, tenang arghh…lepas itu hembus nafas anda…tetapi adakah dengan cara seperti itu boleh menenangkan jiwa dan perasaan anda? Jika anda baru dalam bidang ini,tentu cara ini kurang berkesan bukan? Apa sahaja yang anda ingin lakukan, be prepare….

Untuk menjadi hebat bila berucap dihadapan pelbagai golongan masyarakat, tiga perkara harus diambil perhatian. LatihBerlatihMelatih. Lakukan sehingga anda benar benar yakin. Anda mungkin sentiasa gemuruh sekiranya tidak diwujudkan keyakinan diri terlebih dahulu. Kesempurnaan adalah lebih baik dari mengharap, maknanya kebanyakan manusia gagal disebabkan kita sendiri tidak berani untuk gagal! (The brain has an inherent ability to store any emotions, be it negative or positive)
Jangan ketingalan seminar terkini: Klik-Jangan terkejut!

Elak Pesaing anda!


Saya mungkin perlu banyak belajar apabila bercakap tentang ilmu perniagaan internet,perlu mengetahui banyak teknik samada yang berkaitan tentang trafik,jualbeli dan aspek permintaan pelanggan. Kalau ikutkan blog yang saya bangunkan ini pada penghujung bulan mei 2009, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dikemaskini kandungannya. Jika dalam perniagaan internet, mungkin untuk berjaya perlu hasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Pengalaman dalam bidang pendidikan dan ceramah saya gabungkan dalam dunia perniagaan internet dan rasanya keyakinan tetap teguh untuk terus maju kehadapan. My point is, Bagaimana anda ingin menjadi hebat? hebat dari pesaing anda,hebat dari pandangan pelawat anda sehingga menjadikan pelawat menjadi pembeli.

Jika dalam pendidikan, setiap kali saya melakukan taklimat atau ceramah, saya sentiasa ingin menjadi hebat!! ya..hebat seperti anda akan melihat aura bahang panas 100 darjah celcius! dan itu yang saya akan lakukan…itu adalah sasaran utama yang menjadikan saya lain dari yang lain walaupun tak pena masuk TV…hehehe. Bila meyampaikan maklumat kepada sesiapa sahaja, saya tahu mereka akan tumpuhkan perhatian sepenuhnya,tiada orang lain selain diri saya yang berdiri didepan,mereka semua akan pandang kedepan,saya tidak benarkan mereka lelap dalam sesaat pun,saya akan buka minda mereka dengan kelantangan suara dan idea-idea yang berapi…wahh….ini bukan ‘camera! action’ seperti berlakon dalam anak wayang! tetapi ini adalah realiti!

Dalam perniagaan internet sure kita mesti inginkan sesuatu yang hebat! ye ke? Bila saya berdepan dengan peserta untuk sesi taklimat dan ceramah, saya akan pastikan supaya penyampaian saya lebih hebat! saya akan pastikan supaya peserta sentiasa mengingati saya,supaya peserta akan kembali kepada saya,supaya peserta akan war-warkan kepada kawan yang lain,supaya peserta tidak boring,supaya peserta bebuih mulot ketawa sampai muka tembam menjadi merah dan setelah selesai sahaja ceramah mereka akan keluar dengan satu testimoni yang luar biasa.

Mudah saja! untuk elakkan pesaing anda,saya akan sasarkan kepada ‘happy customer’ untuk mencari customer seterusnya. Saya jadikan diri saya hebat dan pakar dalam topik yang mereka hadiri serta sentiasa memberi gambaran terbaik menjadikan peserta tidak tahu dimana ilmu yang harus dicari melainkan dari saya dan yang pasti mereka akan kembali kepada saya untuk menuntut ilmu. Ah itu kalau bidang kepakaran saya, kalau dalam perniagaan internet bagaimana? Apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan pesaing terdekat? atau guna konsep yang saya lakukan tetapi teknik yang berbeza? Ah itulah dia…semuanya tentang isu kepercayaan! Kita berikan yang terbaik dan berkualiti, baru timbul kepercayaan…..dan tiada alasan untuk mereka pergi kepada orang lain.