Insaf & Kesedaran


Sayangilah kedua ibubapa anda,saya juga menyeru kepada diri sendiri supaya tidak lupa kepada jasa orang tua,dari kecil kita dididik sehinggalah kita mengenali dunia. Dari kecil kita hanya merangka yang memerlukan kasih sayang dari mereka, mereka tidak pernah mengenal erti kepenatan,tidak mengenal erti kesusahan demi membesarkan kita,Walaupun mungkin ada sedikit kekurangan cara mereka mendidik kita tetapi semua itu adalah sebagai pengajaran untuk generasi turun temurun kita semua. Sayangilah mereka,kasihilah mereka selagi mampu. Klik Video dan selami jiwa anda

Advertisements

Adakah anda gementar/gemuruh?


Bagaimana rasanya bila berhadapan dengan orang ramai?Apakah reaksi anda bila diminta untuk memberikan ucapan dihadapan puluhan manusia yang mengharapkan anda boleh memberikan yang terbaik dengan isi kandungan,pengetahuan,buah fikiran dan perkongsian yang mampu diterima oleh penonton anda. Sudah tentu anda sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka bukan? namun jika sebaliknya…tentu banyak persoalan yang akan menyusul dalam minda anda.
Bagaimana agaknya untuk menghilangkan rasa gemuruh?Saya pun sama seperti anda waktu mula-mula menjejakkan kaki dalam dunia yang sering berhadapan dengan pelbagai golongan dan kelompok manusia yang mempunyai pelbagai karena dan kemahuan.

Sudah tentu ramai diluar sana yang mempunyai pengalaman dan pernah menghadapi situasi seperti ini. Apa yang perlu anda lakukan? bagaimana memulakan komunikasi dengan penonton anda? Tidak kira samada anda sedang berhadapan secara individu,bilik seminar bersaiz sederhana,secara kumpulan atau dengan penonton yang tidak terkira ramainya tentu perasan gementar akan menyelubungi diri anda menyebabkan kelemahan dalaman anda akan sentiasa terpancar. Tentu sebelum memulakan talk,perkara pertama yang bermain dalam minda ialah ‘ tarikh nafas panjang panjang lepas tu lepas….relak, tenang arghh…lepas itu hembus nafas anda…tetapi adakah dengan cara seperti itu boleh menenangkan jiwa dan perasaan anda? Jika anda baru dalam bidang ini,tentu cara ini kurang berkesan bukan? Apa sahaja yang anda ingin lakukan, be prepare….

Untuk menjadi hebat bila berucap dihadapan pelbagai golongan masyarakat, tiga perkara harus diambil perhatian. LatihBerlatihMelatih. Lakukan sehingga anda benar benar yakin. Anda mungkin sentiasa gemuruh sekiranya tidak diwujudkan keyakinan diri terlebih dahulu. Kesempurnaan adalah lebih baik dari mengharap, maknanya kebanyakan manusia gagal disebabkan kita sendiri tidak berani untuk gagal! (The brain has an inherent ability to store any emotions, be it negative or positive)
Jangan ketingalan seminar terkini: Klik-Jangan terkejut!

Pendidikan Kanak-Kanak dari ‘Tom Tom Bak’


Segmen pendidikan ‘EJA’ yang diselitkan dalam rancangan ‘Tom Tom Bak’ saya rasa adalah satu idea yang amat baik yang telah diketengahkan oleh Paknil dan Astro amnya. Wah!…selain dari segmen Jom borak,ada bakat ke dan lain-lain segmen tidak lupa juga dalam rancangan Macam-macam Aznil yang secara tidak langsung ini telah menunjukan kredibiliti dan kekuatan Paknil mendidik anak-anak malaysia yang memerlukan bimbingan, tunjuk ajar serta telah mewujudkan suasana kerharmonian dan kekeluargaan bersama puluhan ibubapa di malaysia lebih-lebih lagi apabila kewujudan ‘Anmun Essential Eja’ yang akan menguji minda dan daya pemikiran yang pantas dalam dunia pendidikan khasnya untuk kanak-kanak.

Wujudnya Tom-Tom Bak dalam siaran 611 Astro Ceria sebenarnya telah mengabungkan dunia pendidikan dan hiburan khasnya untuk kanak-kanak seiring dengan konsep yang diketengahkan oleh Astro namun setiap perkara yang diketengahkan pasti ada kekurangan dan kelebihannya.

Setiap kekurangan sudah pasti pihak yang berwajib akan terus mencari penyelesaian, manakala kelebihan akan terus diketengahkan bagi memperkuatkan lagi jati diri,pemahaman,kecekapan dan kecergasan minda untuk anak-anak malaysia. Konsep baru yang diketengahkan ini rasanya boleh saya katakan sebagai ‘teras hiburan kearah pendidikan sivik’. Semuanya harus dimulakan, semuanya harus dipupuk dan disemai dari asas. Berpandukan kebolehan dan kekuatan Paknil kepada anak-anak malaysia, rasanya dia(Paknil) boleh pergi jauh lagi sebagai pendidik diluar sana yang mengantikan ibubapa dan guru yang sedia ada.(pendidik orang ketiga). Dalam mendidik kalau tidak diselitkan unsur hiburan dengan tujuan menghiburkan minda rasanya perjalanan minda kearah pendidikan akan terbatas. Belajar jangan ada boring! berhibur ada tahapnya, biarlah seiring dan sejalan bagi memudahkan pemikiran kanak-kanak sentiasa boleh berfikir. So Paknil, teruskan usaha anda, yang baik selalunya menjadi ikutan….INSYALLAH. Apa pendapat anda??
Mulakan sumbangan anda dari sekarang! Terimakasih.

Bengkel Power Point 2007 bersama Agensi Nuklear Malaysia


Follow me on Twitter: Click Here

ppt 2007

Assalammualaikum/Salam sejatera,
Baru-baru ini, program/bengkel Power Point untuk tahun 2009 telah dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia Bangi. Terimakasih dengan semua yang telah menjayakan program ini. Terimakasih juga kepada semua yang terlibat dalam program ini serta semua peserta Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sewaktu bengkel ini dijalankan walaupun program ini dijalankan selama 3(tiga) hari.

Syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan disiplin yang tinggi. Saya berharap kepada semua peserta supaya mengaplikasikan apa yang telah anda belajar dan pastikan anda terus belajar dan terus belajar sehingga ianya menjadi satu keterampilah yang sahih dalam diri anda semua. Jadikan kemahiran anda sebagai PITCH dan TALENT dalam menangani apa sahaja tugasan yang berkaitan dalam kehidupan seharian anda. Sekali lagi terimkasih dan semoga kita akan berjumpa lagi…dilain tempat dilain masa atau secara tidak di sangka…wassalam

Nota:
Jika anda memerlukan khidmat saya untuk menjalankan program ‘Bengkel Powerpoint 2010 & 2007 dab Teknik Persembahan’, boleh hubungi saya.
Muhd Suhaily George Bin Abdullah
Freelance Coaching Trainer
Copyright © 2009 http://effectivepresenter.wordpress.com/
Develop your skills – Jadikan kredibiliti anda sebagai PITCH & TALENT

Belajar percuma Powerpoint 2007


Mungkin anda diantara anda yang telah mahir bagaimana menggunakan powerpoint 2007 dan mungkin masih ada lagi yang mencari-cari bagaimana teknik dan cara penggunaan powerpoint 2007. Dalam ruang ini saya akan membantu anda dan memberikan tip-tip yang berguna sebagai panduan untuk anda dalam agar tidak lagi tercari-cari sumber latihan yang mudah dan senang untuk anda ikuti. Kalau ikutkan, banyak sumber yang boleh anda perolehi melalui internet dan anda boleh mempelajarinya tetapi lagi mudah sekiranya ada yang membimbing anda.

Belajar HTML


Sekiranya anda baru dalam bidang rekabentuk laman web dan ingin mengetahui lebih lanjut cara-cara membina laman web, ruang ini akan membantu anda dalam penyelesaian tersebut. Anda akan diajar bagaimana membina laman web dari asas enggunakan bahasa HTML. Langkah-langkah mudah akan diberikan kepada anda, segala tunjukajar akan dihantar melalui email dan sekiranya anda mempunyai kemuskilan atau menghadapi sebarang masalah berkenaan dengan tugasan yang diberikan, kami akan sentiasa memberi sokongan percuma samada melalui email dan khidmat chatting melalui YM. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan ini sila tinggalkan pesanan diruangan ulasan/comments