Motivasi diri


Lihatlah kelebihan orang lain sebagai pembakar semangat untuk mencipta kejayaan demi kejayaan yang pastinya tidak ada ruginya berbanding dengan hanya melihat kejayaan itu tanpa bertindak keluar dari kotak dan lebih suka duduk dibawah tempurung.

Penampilan diri tidak hanya dilakukan apabila mata lain melihat tetapi perlu dilakukan walau mata sendiri yang melihat.

Kekuatan diri bukan hanya mengikuti rentak orang lain tetapi perlu mencungkil potensi, bakat dan skil yang serasi dengan minat dan impian.

Advertisements

Misi penting dalam kehidupan


Dari imej yang terpapar diatas, apakah bentuk gambaran anda mengenainya? Setiap manusia mempunyai misi dalam kehidupan masing-masing dan setiap kita juga memiliki cara untuk memotivasikan diri untuk mencapai sesuatu yang sangat dan amat penting dalam hidup bagi membantu diri sampai ke puncak kejayaan. Apa sahaja bentuk usaha anda untuk mencapai sesuatu yang berharga pasti ada cacatnya seperti yang anda lihat pada imej A. Usaha yang tidak kesampaian berbanding dengan imej B yang terus sampai kepada kejayaan yang ingin dimiliki.

Dari gambaran diatas, bagaimana dan cara anda untuk mencantumkan bulatan terpisah sehingga menjadi satu bulatan yang membantu anda mengenali dan mengenalpasti perkara penting dalam urusan kehidupan harian. Lemparkan idea-idea anda, cara serta anda mengaplikasikan setiap bentuk sehingga tercantumnya bulatan terpisah menjadi satu bulatan yang ideal. Terpulang dengan gerak hati, minda dan kreativiti anda berfikir untuk menrealisasikan setiap detik penting untuk setiap saat dalam menjalani kehidupan yang sangat penting dan tidak ada lagi back to the future.