KELAS PRAKTIKAL ASAS POWER POINT KREATIF DAN VISUAL IMEJ & 3D


KELAS PRAKTIKAL ASAS POWER POINT KREATIF DAN VISUAL IMEJ & 3D

Yuran kursus termasuk nota dan CD Tutorial Teknik Kreatif Power point.

Yuran: RM150.00 sahaja.

Trainer: Muhammad Suhaily George bin Abdullah.

Penyertaan: 10 penyertaan setiap sesi kursus.

Lokasi: Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.

Tarikh: 27hb April, 2013 (Sabtu)

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

PENGENALAN:

Tuan dan Cikpuan yang dirahmati Allah. Mungkin ramai yang sedia maklum mengapa perlu mempelajari teknik asas kreatif, 3D dan Visual. Apa yang akan dipelajari melalui kelas ini nanti adalah kaedah, teknik dan skil ‘Touch-up’ yang jarang digunakan oleh penyedia slaid Power point. 

Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan bengkel dan juga kursus sejak beberapa tahun yang lalu.

Setiap teknik menghasilkan imej yang diedit, 3D dan sebagainya perlu melalui asas yang betul, jika tidak hasilnya juga tidak cukup memuaskan. Sebagai contoh, tools yang sesuai mengedit gambar, teknik menghasilkan 3D, teknik memotong imej, teknik membuang latar imej atau warna, teknik menukar warna pada imej dan banyak lagi yang akan dipelajari. Ini semua memerlukan skil dan teknik-teknik asas dan paling penting perlu tahu dimana letaknya tools tersebut, bagaimana menggunakannya dan kaedah untuk menjadikan hasil yang menarik, cantik, unik dan kreatif.

Apabila tuan dan cikpuan mengetahui tools yang digunakan, satu lagi tools yang akan wujud dengan sendirinya adalah tools ‘Kreativiti’. 

Kreativiti memainkan peranan penting untuk menghasilkan setiap bentuk yang diinginkan, ia sebenarnya akan wujud sendiri setelah mengetahui tools dan teknik yang dipelajari dan secara tidak langsung idea-idea unik akan wujud bagi menghasilkan banyak lagi elemen-elemen kandungan slaid yang disunting sendiri tanpa memerlukan perisian grafik yang mahal seperti Photoshop.

Dengan Power point juga, teknik e-cover juga boleh dihasilkan. Mungkin selepas ini tidak perlu lagi menggunakan Photoshop kerana dengan Power point e-cover dan CD boleh dihasilkan kurang dari 10 minit. Hasilkan tetap berkualiti. Banyak imej akan dimuat naik melalui event ini agar tuan dan cikpuan melihat sendiri hasil imej hanya dari Power point.

Dengan Power point juga, apabila siap kelak slaid yang dihasilkan, tidak perlu menggunakan perisian lain untuk ‘Convert’ kepada video. Dari Power point telah tersedia untuk jadikan slaid kepada video ataupun slaid dimuatkan dalam CD. Kerja menjadi mudah dan bawalah kemana-mana sebagai backup slaid persembahan.

Apakah misi penganjuran kursus dari Akademi Power point. Lihat sedikit maklumat mengenai tenaga pengajar. http://akademipowerpoint.com/aboutme/

Daftar online. http://form.jotform.com/form/13111325066

Keperluan yang perlu dibawa bersama:-

1. Laptop + perisian Power point 2007 / 10

2. Nota

Cara bayaran, untuk tidak membebankan tuan dan cikpuan boleh melakukan pembayaran semasa kursus nanti. In Shaa Allah.

Sekian,

Muhammad Suhaily

http://akademipowerpoint.com/pakarpowerpoint/

Advertisements

Powerpoint dan anda, ketahui teknik persembahan.


MAKLUMAN TERBARU:

Kursus terkini dijangka akan dijayakan pada 27hb Mei, 2013. Layari  http://akademipowerpoint.com/pakarpowerpoint/ untuk maklumat lanjut mengenai kursus ini.

Peluang tuan dan cikpuan untuk menyertainya dimana, tuan dan cikpuan akan mempelajari kaedah penyediaan slaid yang kreatif, unik dan menarik. BERITA BAIKNYA, Tuan dan cikpuan akan dibekalkan dengan 40 teknik CD tutorial langkah demi langkah kreativiti Power point agar selepas kursus seg0ala teknik dan skil yang0 dipelajari tidak akan terhenti begitu sahaja. Daftar pantas secara online melalui. http://form.jotform.com/form/13111325066

Setiap kali apabila melakukan persembahan, bagi menjadikan pembukaan anda BER IMPAK! Ice Breaking! dilupa jangan…Ianya adalah 1st impression tahap 2 utk meleburkan minda peserta. Connecting with your audience and ‘getting together’. Share & Show…dlm persembahan/berucap/ceramah ada 3 rule yg utama. Ice Breaker adala…

Kaum Hawa, anda memiliki 5 tone suara berbanding dgn kaum Adam yg cuma 3 tone suara. Tidak hairan wanita mempunyai ‘expressive voices’ Dalam persembahan wanita adakala terlupa menggunakannya. Next time..use it wisely.

Apa yg anda lakukan sekiranya mendgr peserta barisan belakang mengatakan suara anda x jelas? jika x bersuara pun cukup dgn melihat raut wajah mereka yg tidak selesa dgn penyampaian anda. Utk lebih yakin & jelas, 3 komponen utama perlu diambil berat. PERSONALITI, KEMAHUAN & KEJELASAN INTONASI. http://www.speakconfidently.wordpress.com/

Bila berdepan dgn audience ataupun berucap dlm dewan jarak anda dgn peserta memainkan peranan penting utk kesinambungan penyampaian yang berkesan. Jarak lebih dari 12 kaki ianya dikategorikan sebagai ‘public space’ 10 – 12 kaki adalah sosial space dan 4 kali jarak adalah secara pesonal face 2 face. Kurang dari 4 kaki ia adalah peribadi.

KURSUS TERBARU:

Kursus terbaru.

1. Persembahan Power point 2007/2010
2. Teknik belajar Power point.
3. Teknik kreatif Power point.
4. Teknik Manipulasi Power point.
5. Mahir Power point.
6. Pakar Power point.
7. Kursus Power point.
8. Bengkel Power point.

Kursus Hujung Minggu

Power Presentation – Simple but Effective


Salam ceria untuk pembaca budiman, jika anda sering menggunakan visual powerpoint sebagai platform berinteraktif, berberapa perkara perlu dititikberatkan. Jika anda baru ataupun telah lama dan sering membuat persembahan melalui powerpoint, masanya telah tiba untuk anda mengetahuinya. Biarpun sedikit yang dipaparkan tetapi sangat efektif jika dilakukan dengan betul. Ini berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai seorang presenter untuk mana-mana program yang membabitkan ‘public speaking’

Perlu diingat , dalam mempersembahkan slide presentation tiga perkara dititikberatkan yang mana saya namakan 3P iaitu PERMULAAN, PERTENGAHAN DAN PENGAKHIRAN.

Dengan 3P tadi, anda mampu membuatkan penonton/pendengar/peserta berkata WOW! Teknik penceritaan sangat memainkan peranan penting bagi memulakan persembahan anda, ceritalah apa yang anda tahu, beritahu perkara yang perlu peserta anda tahu dan sampaikan sehingga kehati apa yang harus mereka tahu dan olahkan apa hasilnya bagi setiap program yang anda anjurkan dan pecahkan potensi diri peserta sehingga mereka tahu apa kemahiran dan bantulah sehingga bakat setiap peserta dapat digilap semasa sesi program anda.

Apa juga jenis program yang anda jalankan, jangan sesekali lupa melakukan aktiviti ‘ICE BREAKING’ Ingat ye, ICE BREAKER bukan dibuat saja-saja, ia adalah teknik permulaan untuk mengurangkan perasaan gemuruh peserta dan teknik untuk mengenali peserta anda supaya lebih mesra dan ceria dalam komunikasi one to many. ICE BREAKER menjadikan peserta anda mengenali antara satu sama lain yang mana walaupun ada diantara peserta yang telah lama mengenali tetapi dengan adanya ICE BREAKER ini ia menjadikan rakan lain lebih mengenali, memahami dan tidak segan antara sama lain.

Simple but Effective ini akan membantu anda dari segi:
1. Audience’s attention
2. Lebih yakin dalam persembahan
3. Anda menjadikan diri seperti ‘remote control’

3 perkara perlu diambil berat, iaitu personaliti, slide dan penceritaan. Bagaimana 1st impression anda menarik minat peserta untuk memberikan tumpuan, slide yang tidak terlalu crowd dan penceritaan yang kronologi. Anda juga boleh menggunakan audio dan video sebagai pengantara antara anda dengan penonton. Audio dan video mampu memberi makna atau menyampaikan message mengenai sesuatu perkara yang ingin disampaikan manakala pembayang secara visual juga akan sampai ke minda dan terbenam terus kelubuk hati pendengar atau penonton dengan penggunaan ilustrasi yang lebih kreatif dan berinovatif.

Gunakan grafik seperti chart dan autoshape bagi menerangkan objektif dan pengisian anda. Animasi sederhana juga membantu peserta kembali segar selepas beberapa ketika anda mempersembahkan tugasan. Tetapi ingat, elakkan terlalu banyak menggunakan bunyi bunyian dan animasi yang berbeza-beza bagi setiap slide anda. Anda bukan sahaja mampu menyampaikan maklumat dengan slide yang tidak menyakitkan mata tetapi slide yang cantik sangat memainkan peranan untuk menyampaikan message jika tidak terlalu semak, banyak benda merapu dan text yang tidak tersusun atau berterabu.