Super Trik menghasilkan ‘Bayang’ pada Imej


Assalammualaikum,

Ini adalah trik biasa yang jarang diketahui untuk menghasilkan bayang pada imej yang dimasukkan ke slaid Power point.

Biasanya kita menggunakan tool standard shadow yang terdapat pada perisian Power point tetapi tidak pada kali ini.

Standard tool yang dimaksudkan adalah imej disebelah kanan anda. Apabila kita banyak berfikir cara kreatif maka kadang-kadang ia mewujudkan sesuatu diluar jangkaan.

Teknik yang mudah cuma kadang-kadang sukar untuk melakukannya apabila ketandusan idea. Hari ini anda cuba lakukan langkah demi langkah, ikuti kaedah dan teknik yang dipaparkan.

1. Masukkan imej ke dalam slaid Power point.
2. Buat dua salinan pada imej tersebut.
3. Klik butang kanan tetikus pada imej yang ingin dihitamkan. (Poin pada ‘Format Picture’)
3. Cara untuk hitamkan imej. Poin pada ‘Picture’- Contrast (-100%) Power point 2007.
4. Tindankan pada imej asal dan letakkan imej yang dihitamkan tadi keposisi bahagian belakang seperti imej disebelah kiri yang bertanda A. (Send to Back)
5. Tarik imej yang digelapkan tadi secara perlahan ke bawah selari dengan perspektif kaki langit imej asal.

Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sebelum ini.

Apakah perbezaan sebelum dan selepas mengikuti tutorial ini? Lontarkan pertanyaan atau pandangan anda dibawah. Mudah-mudahan kesulitan diselesaikan dengan mudah kali ini. Insya-Allah.

Nota: Kongsikan pada rakan-rakan menggunakan sosial media facebook. 🙂

Advertisements

Rujukan E-Book percuma – English!


Assalammualaikum,

Hanya sedikit maklumat mengenai sumber rujukan e-book. Saya juga menggunakan laman ini sebagai rujukan mencari idea-idea baru. Tidak dinafikan banyak lagi sumber yang boleh diperolehi dan mungkin ramai yang telah mengetahuinya namun sedikit pencerahan ini mungkin boleh membantu mereka yang sedang mencarinya untuk muatturun secara percuma.

1. Free-ebooks.net | Download free Fiction, Health, Romance and many …Read and Download eBooks for Free – Anytime! Find the help you seek, the information you need or simply fun reading to enjoy. Fiction – Search – Educational – Romance. http://www.free-ebooks.net/

2. Download Free Ebooks. Getfreeebooks.com is a free ebooks site where you can download free books totally free. The ebooks which you find within this site are collected from all …www.getfreeebooks.com/

3. Free Ebook Download Library | Download Free e-Books Instantly!
Free Ebooks can be downloaded straight from our online ebook library we have heaps of computer ebooks an more all free no email and no sign up. www.witguides.com/

4. Free e-books. Removals Sydney The name tells it all for this company, which offers “An Introductory Guide to Stress Free Removals” as a free e-book in PDF format.http://ebookterra.com/

Soroton bersama IIUM Gombak, Advance Power point 2010


Assalammualaikum,

Sedikit pengisian untuk sorotan mengendalikan kursus advance Power point 2010 yang dijalankan di IIUM Kampus Gombak. Setinggi penghargaan kepada Tuan Muhaideen Abdul Kader yang memberi kepercayaan untuk siri ke II selepas Power point 2007 tahun 2011 yang lalu. Kursus Power point 2007

Kursus dijalankan di tempat yang sama iaitu di Research Management Centre (RMC). Seramai 32 peserta telah mengikuti kursus kali ini. Secara keseluruhannya, peserta didedahkan dengan kaedah penggunaan tool, teknik dan juga skil yang perlu ada bagi seorang pembentang Power point.

Bermula sorotan hari pertama apabila saya suka hati meletakkan kereta khas untuk professor sahaja, esoknya sudah ada sepanduk ‘Professor’. 🙂 Saya sudah tersipu malu. Maaflah, semalam nombor khas pekerja tidak ada, saya juga tidak tahu, makanya saya pun suka hati letak mana-mana tempat. Lain kali perlu berhati-hati kerana tidak mahu disaman kali kedua. 🙂

Hari kedua, peserta didedahkan dengan teknik kreativiti Power point, manipulasi dan juga 3D khusus untuk kandungan slaid yang berkaitan dan hari terakhir (ketiga) sesi pembentangan antara kumpulan. Dari hasil pembelajaran selama tiga hari, peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari, dapat menggunakan elemen-elemen penting serta tool yang terdapat pada perisian Power point.

Hanya ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki iaitu penggunaan warna latar, huruf dan kontras imej. Telah dimaklumkan dengan peserta mengenai perkara ini diakhir kursus. Kursus berkaitan secara spesifik khusus untuk pembentang korporat Power point. Slide Recover & SWOT

Beberapa aktiviti yang sempat diambil semasa kursus dijalankan.

Beberapa maklumbalas peserta selepas kursus dijalankan. Lihat paparan berikutnya..

CD PERCUMA!


Assalammualaikum,

Buah tangan! Buah tangan! PERCUMA!

Pakej istimewa PERCUMA! Sebelum ini belum pernah dibekalkan untuk peserta! Selepas berkursus boleh dipraktiskan sehingga mahir!

CD memuatkan setiap teknik kreatif Power point dalam format PDF. Bagi mereka atau organisasi jabatan/kementerian yang ingin menjemput bagi mengendalikan kursus kreativiti Power point bagi peringkat asas ataupun pertengahan, CD akan diberikan secara PERCUMA!

Kali ini ada kelainan sedikit, yang mana sebelum ini CD belum pernah dibekalkan kepada setiap peserta khususnya langkah demi langkah teknik kreativiti Power point. Siap-siaplah dengan buah tangan ini.. 🙂

CD ini adalah 100% teknik Power point! Lihat contoh dibawah..

Kotak dengan refleksinya dan e-cover adalah antara teknik kreatif yang akan dimuatkan dalam CD dan dalam masa yang sama peserta akan mempelajarinya dari pereka asli.

Tidak ada di kedai buku ataupun carian sumber internet. Hanya boleh didapati semasa sesi berkursus nanti. Insya-Allah tetuan akan mempelajarinya dengan lebih efektif!

Jabatan Perkhidmatan Pembentungan [JPP]


Assalammualaikum,

Sedikit sorotan mengendalikan kursus anjuran Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Tidak terhingga juga buat USMART RESOURCES yang menjemput saya sebagai penceramah. Alhamdulillah, selesai sudah kursus selama 3 hari bermula dari 18hb – 20h Sept, 2012 bertempat di Aras 4, bilik latihan komputer, KETTHA PARCEL E Putrajaya.

Tidak dilupa puan Dasyarini Saridah Daud, atas kepercayaan yang diamanahkan, memberi peluang untuk kami menjayakan kursus ini. Didoakan agar puan sentiasa diberkati, dirahmati dan disayangi oleh-Nya.

Insya-Allah, jika ada peluang kelak, peringkat seterusnya untuk yang lebih tinggi 🙂 Advance Power point

Gambar diambil setelah selesai berkursus.. 🙂

Sedikit paparan testimoni.. 🙂 Setiap kekurangan dan kelemahan semasa berkursus akan sentiasa diperbaiki.

Lokasi Kursus Dewan Ainon Mohd.


Teknik cara cepat, short cut untuk menghasilkan templates juga trik yang selalu dikongsikan melalui worksyop IDEA kreatif Pakar Power point.

1. Skil dan teknik short cut.
2. Tools penuh dengan SENI.
3. Teknik modifikasi efektif.

Skil pantas, buat sampai jadi baru puas hati! Ini adalah teknik menghasilkan templates, konten, desain, manipulasi imej dan 3D yang kreatif dan unik.

Apa kata peserta pada siri ke II (15hb Julai, 2012), sewaktu mengendalikan bengkel bersama TDR.

Anjuran bersama Techno Dynamic Resource(TDR) diasaskan oleh Puan Saidah Shahid juga seorang penulis buku khususnya teknologi maklumat ICT.

Cikgu Nora Liza ~ Tidak rugi sesen pun, sangat berbaloi, teruja, menakjubkan dan sangat berpuas hati.

Norhana Aziani (Pensyarah) ~ Penerangan langkah demi langkah, pelbagai maklumat baru untuk penambahbaikan kemahiran sediada.

Suhaili Ikhsan (Trainer in ECE) ~ He is really expert in the Subject! Value added

Mohd Redzuan Jalinus (Sistem IT) ~ Terbaik dan sangat berguna untuk saya!

Azlina Ahmad ~ Penyampaian yang bagus, penceramah juga sangat sabar mengendalikan kursus ini.

Lokasi kursus:

Lokasi pilihan khususnya trainer profesional termasuklah selebriti TV, pakar motivasi dan para ilmuan. Memuatkan 20 orang peserta. Kemudahan yang disediakan meliputi surau, tandas, LCD Projektor, Wifi dan papan putih. Sentiasa ceria dan gembira menantikan kedatangan tuan dan cikpuan! Hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut.

Lokasi kursus pakar power point

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR ONLINE

MAKLUMAN TERBARU:

Jika tuan dan Cikpuan melayari laman http://akademipowerpoint.com/pakarpowerpoint/ yurannya telah pun berubah. Namun peluang terakhir untuk mengikuti kursus ini pada 19hb JAN, 2013 dengan hanya RM150. Yuran ini adalah promosi sepanjang tahun 2012 dan selepas ini akan ditutup setelah tempoh setahun promosi yang dijalankan.

Peluang tuan dan cikpuan untuk menyertainya dimana, tuan dan cikpuan akan mempelajari kaedah penyediaan slaid yang kreatif, unik dan menarik. BERITA BAIKNYA, Tuan dan cikpuan akan dibekalkan dengan 40 teknik CD tutorial langkah demi langkah kreativiti Power point agar selepas kursus seg0ala teknik dan skil yang0 dipelajari tidak akan terhenti begitu sahaja. Daftar pantas secara online kerana hanya ada dua(2) sahaja lagi kekosongan. http://form.jotform.com/form/13111325066

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR ONLINE

Gambar kredit: Bersama Techno Dynamic Resources.

Power point bersama Techno Dynamic Resources.


Assalammualaikum,

Didoakan tuan/puan dalam keadaan sihat yang penuh bertenaga untuk menjalankan ibadah harian. Insya-Allah, rezeki juga tidak putus-putus atas pemberianNya.

Baru-baru ini saya mengendalikan bengkel praktikal kreativiti Power point yang dianjurkan oleh Puan Saidah Shahid, pengasas Techno Dynamic Resources.

Beliau juga menghasilkan beberapa buah buku berkaitan dengan teknologi maklumat khususnya tentang aplikasi perisian microsoft office dan juga perisian adobe photoshop.

Saya berkerjasama dengan Techno Dynamic Resources untuk menjayakan bengkel praktikal 100% kreativiti Power point. Buat sampai jadi, baru puas hati! Kursus bertempat di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

Antara skil yang dipelajari:

1. Teknikal powerpoint.
2. Mendesain rupa bentuk template.
3. Penyusunan TEXT terlalu banyak dalam slide.
4. Teknik memotong imej.
5. 3D Shapes dan bayang.
6. Teknik asas memulakan lukisan potrait.
7. Teknik labeling.
8. Teknik Cropping.
9. Teknik menghasilkan anak panah berkualiti.
10. Teknik menghasilkan butang kreatif.
11. Teknik tulisan 3D.
12. Teknik menghasil buku eCover.
13. Teknik bingkai.
14. Teknik reflection.
15. Teknik gegaran/blur.
16. Teknik manipulasi imej.


Insya-Allah, jika diizinkan, kursus ‘Teknik Manipulasi Power point’ untuk siri ke empat(4) akan dijalankan pada 3hb Nov, 2012 yang akan mendedahkan banyak lagi skil, teknik dan kreativiti yang jarang digunapakai oleh pengiat perisian Power point.

Powerpoint bukan sekadar perisian biasa ataupun tahu menggunakannya mahupun biasa menggunakannya, tetapi sejauh mana kemahiran dan kreativiti yang boleh anda tonjolkan, kreativiti bukan hanya cakap-cakap, bukan hanya setakat tahu atau biasa dengar mengenainya.

Kursus membimbing bagaimana lebih kreatif, bagaimana mencari penyelesaian, bagaimana menghasilkan sesuatu yang unik dan lebih kreatif, bagaimana menbantu orang lain, bagaimana mengubah presepsi dan pandangan orang terhadap Powerpoint.

Bagi anda yang tidak ingin ketinggalan untuk mengikuti kursus yang dijalankan, ruang masih terbuka dan pastinya tempat yang terhad dengan bengkel yang memfokuskan kreativiti powerpoint akan cepat fully booked dalam masa yang terdekat.