Jemputan Penceramah/Trainer Power point


Assalammualaikum, Tuan dan Cikpuan yan dirahmati Allah.

Membimbing seorang bakal trainer/penceramah/peserta khususnya yang memfokuskan pada aplikasi Power point. Kursus yang dikendalikan oleh beliau memberi tunjukajar apakah tools yang sesuai digunakan untuk melakukan pengeditan pada imej, 3D dan banyak lagi. Kadangkala apabila memasukkan ime atau isi kandungan pada slaid ia memerlukan penyedia slaid berfikir cara kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik. Inilah terjemahaan yang akan dilakukan apabila tuan dan cikpuan mengikuti kursus ini. In Shaa Allah.

Ingin menjemput beliau sebagai trainer dalam organisasi tuan/puan? Mohon hubungi beliau melalui email silaturraim@akademipowerpoint.com atau telefon mudah alih 017-6599-572

Layari sedikit maklumat mengenai beliau. http://www.akademipowerpoint.com/aboutme/

Advertisements

KELAS PRAKTIKAL ASAS POWER POINT KREATIF DAN VISUAL IMEJ & 3D


KELAS PRAKTIKAL ASAS POWER POINT KREATIF DAN VISUAL IMEJ & 3D

Yuran kursus termasuk nota dan CD Tutorial Teknik Kreatif Power point.

Yuran: RM150.00 sahaja.

Trainer: Muhammad Suhaily George bin Abdullah.

Penyertaan: 10 penyertaan setiap sesi kursus.

Lokasi: Wangsa Melawati. Kuala Lumpur.

Tarikh: 27hb April, 2013 (Sabtu)

Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

PENGENALAN:

Tuan dan Cikpuan yang dirahmati Allah. Mungkin ramai yang sedia maklum mengapa perlu mempelajari teknik asas kreatif, 3D dan Visual. Apa yang akan dipelajari melalui kelas ini nanti adalah kaedah, teknik dan skil ‘Touch-up’ yang jarang digunakan oleh penyedia slaid Power point. 

Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan bengkel dan juga kursus sejak beberapa tahun yang lalu.

Setiap teknik menghasilkan imej yang diedit, 3D dan sebagainya perlu melalui asas yang betul, jika tidak hasilnya juga tidak cukup memuaskan. Sebagai contoh, tools yang sesuai mengedit gambar, teknik menghasilkan 3D, teknik memotong imej, teknik membuang latar imej atau warna, teknik menukar warna pada imej dan banyak lagi yang akan dipelajari. Ini semua memerlukan skil dan teknik-teknik asas dan paling penting perlu tahu dimana letaknya tools tersebut, bagaimana menggunakannya dan kaedah untuk menjadikan hasil yang menarik, cantik, unik dan kreatif.

Apabila tuan dan cikpuan mengetahui tools yang digunakan, satu lagi tools yang akan wujud dengan sendirinya adalah tools ‘Kreativiti’. 

Kreativiti memainkan peranan penting untuk menghasilkan setiap bentuk yang diinginkan, ia sebenarnya akan wujud sendiri setelah mengetahui tools dan teknik yang dipelajari dan secara tidak langsung idea-idea unik akan wujud bagi menghasilkan banyak lagi elemen-elemen kandungan slaid yang disunting sendiri tanpa memerlukan perisian grafik yang mahal seperti Photoshop.

Dengan Power point juga, teknik e-cover juga boleh dihasilkan. Mungkin selepas ini tidak perlu lagi menggunakan Photoshop kerana dengan Power point e-cover dan CD boleh dihasilkan kurang dari 10 minit. Hasilkan tetap berkualiti. Banyak imej akan dimuat naik melalui event ini agar tuan dan cikpuan melihat sendiri hasil imej hanya dari Power point.

Dengan Power point juga, apabila siap kelak slaid yang dihasilkan, tidak perlu menggunakan perisian lain untuk ‘Convert’ kepada video. Dari Power point telah tersedia untuk jadikan slaid kepada video ataupun slaid dimuatkan dalam CD. Kerja menjadi mudah dan bawalah kemana-mana sebagai backup slaid persembahan.

Apakah misi penganjuran kursus dari Akademi Power point. Lihat sedikit maklumat mengenai tenaga pengajar. http://akademipowerpoint.com/aboutme/

Daftar online. http://form.jotform.com/form/13111325066

Keperluan yang perlu dibawa bersama:-

1. Laptop + perisian Power point 2007 / 10

2. Nota

Cara bayaran, untuk tidak membebankan tuan dan cikpuan boleh melakukan pembayaran semasa kursus nanti. In Shaa Allah.

Sekian,

Muhammad Suhaily

http://akademipowerpoint.com/pakarpowerpoint/

A Brand with Values.


Finding shared values means you have to have some values, they can’t just be milquetoast, namby-pamby middle-of-the-road crap.

If you’re in the business of making landmines, you’ve got a big problem. But if you’re making dessert, you’ve got a lot of choices of values that reflect your values.

Muhammad Suhaily George Bin Abdullah
Trainer / Presenter. Slide & Creative Power Point

Berasal dari Tamparuli, Negeri Dibawa Bayu (SABAH). Menjadi tenaga pengajar sejak tahun 2000. IPTS terakhir sebelum mengorak langkah sebagai Penceramah bebas ialah SEGi Kolej yang sekarang ini telah dinaik taraf kepada Kolej Universiti.

Sebagai tenaga pengajar, beliau tidak pernah terlepas dari menggunakan powerpoint dalam persembahan samada untuk tujuan promosi, pemasaran,seminar dan sebagainya.

Tugasan mencabar apabila beliau dipertanggungjawabkan memegang jawatan sebagai Ketua jabatan Vokasional anjuran Kementerian Sumber Manusia, program khas untuk melatih anak-anak bangsa yang berketerampilan yang mana pada ketika itu program dijalankan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) yang kini dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Justeru, beliau banyak mencari kaedah, teknik untuk menghasilkan slaid powerpoint dari yang biasa kepada yang luar biasa. Pada tahun 2008, beliau telah mengambil keputusan untuk bergerak sendiri sebagai penceramah bebas dan memfokuskan Kreativiti Powerpoint sebagai produk utama dalam bidang perniagaannya.

Banyak mendapat jemputan dari agensi kerajaan untuk menjalankan kursus Powerpoint. Beliau mendedahkan pelbagai teknik, kaedah dan keunikan perisian Powerpoint yang mana sebelum ini jarang yang mengetahuinya atau mempelajarinya.

Tip kejayaan beliau: IDEA membuka minda, IDEA mencorakkan ilmu, IDEA membawa kejayaan. Teruskan mengkaji apa yang anda minat.

…Sebagai pembentang yang baik, unik, berkesan dan berkaliber, DUA perkara perlu anda dalami:

1. Teknik, kaedah dan skil penggunaan perisian Power Point.
2. Teknik dan gaya persembahan melalui Power Point.

Agensi yang pernah mendapatkan perkhidmatan beliau:
1. Institut Integriti Malaysia (IIM).
2. Agensi Nuklear Malaysia.
3. Akademi Audit Negara (AAN).
4. Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Melaka.
5. Universiti Islam Antarabangsa Gombak (IIUM).
6. Universiti Teknologi Mara (UITM)
7. Kementerian Pendidikan Malaysia.
8. Krangkraf Malaysia.
9. MARA
10. Kementerian Kesihatan Malaysia.
11. I-Systems Training Centre Kuala Lumpur
…dan banyak lagi.

Market Yourself Like Facebook. Use Slide Powerpoint


Assalammualaikum,

Tuan/puan yang dirahmati Tuhan, mudah-mudahan sentiasa diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki yang tidak putus-putus setiap hari.

Terima kasih kepada yang telah membuat pembayaran dan kepada mereka yang berminat juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini sekiranya mempunyai kelapangan pada hari tersebut.  Bagi mereka yang masih berminat, boleh sahkan kehadiran anda melalui laman rasmi kami di Kreatif Powerpoint dengan mengisi borang Pra-pendaftaran di bahagian bawah.

Tuan/puan juga akan mempelajari pelbagai teknik unik dan kreatif terutama sekali bagaimana memanipulasikan imej dan shapes kepada yang lebih menarik dan interaktif. Kaedah penyampaian dan persembahan dipelbagaikan tetapi hanya 7 teknik desain yang memiliki kuasa tindakan yang perlu anda kuasai.

Ia sangat penting untuk anda sebagai presenter/speaker terutama untuk memasarkan produk, memukau audien, penyampai yang berpengaruh dan berimpak.

Jika berminat untuk mengikutinya, sahkan kehadiran anda melalui laman rasmi kami di Kreatif Powerpoint dan sekiranya anda ingin melakukan pembayaran bolehlah berbuat demikian melalui link ini. Daftar Kursus

Tuan/puan dinasihatkan supaya membaca segala peraturan sebelum dan selepas membuat pembayaran.

Oh ya, apakah 7 teknik slaid tersebut? Ia adalah 7 kaedah slaid berbisa yamg perlu dikuasai. Beberapa topik yang dibincangkan adalah:-

1. 7 Kaedah menjadikan Slaid persembahan lebih berbisa dari biasa.
2. Mencipta KILLER TITLE
3. Teknik mudah ‘Market yourself’ hanya melalui Slaid Persembahan.

Tarikh: 17hb Mac, 2012 bermula dari 9 pagi – 5 petang.
Lokasi:
LifeRich Training Centre
No 77 & No 79 Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Core study mengajar anda 7 teknik mudah menjadikan Slaid lebih Power & Genius!

Terima kasih,

Tim Kreatif Powerpoint
http://kreatifpowerpoint.blogspot.com/

P/S: Jika tuan/puan merasakan skil ini perlu dikuasai oleh rakan, mohon uwar-uwarkan pada mereka.

Train the Trainee


KEPAKARAN seorang trainer bukan sahaja bergantung kepada kepakaran secara individual atau spesifik mengikut bidang tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.

Seorang trainer memerlukan beberapa kriteria atau skil yang perlu diolah dan diketengahkan setiap kali berdepan dengan peserta serta perlu mengetahui teknik untuk menceriakan suasana dengan cara bersahaja.

Antara skil yang perlu ada pada seorang trainer adalah:-

1. KEFAHAMAN
2. KONSEP
3. KREATIVITI
4. MENDIDIK DAN MEMBENTUK SERTA MEMBINA

Serba sedikit huraian mengenainya agar lebih mudah untuk kita fahami bersama dan mungkin juga boleh diaplikasikan dalam tugasan harian individu.

Jika ditanya bagaimana menjadi seorang super star trainer yang dikagumi, di sini saya kongsikan sedikit mengenainya.

Saya sering mengaitkan seorang super star trainer dengan pasukan bolasepak yang memenangi perlawanan. Jika ditanya pemain yang layak ke bolasepak antarabangsa, pemain yang berkaliber dan berjaya mencipta nama negara disebabkan beberapa kriteria seperti:

1. Sikap percaya pada diri sendiri – tahap tertinggi
2. Gaya bahasa tubuh yang begitu meyakinkan
3. Enjoy, seronok dalam pertandingan & permainan
4. Tidak memikirkan kekalahan tetapi berusaha untuk bermain sebaik mungkin
5. Mempunyai kawalan diri tinggi/tenang menghadapi permainan
6. Elak sikap EGO – Saya jelah yang boleh menjaringkan Gol, saya saja yang tahu semuanya kemudian merendah-rendahkan audien yang hadir.
7. Tahu tugas sebenar dan posisi masing-masing
8. Tahu kelemahan dan kekuatan diri
9. Perlu mengetahui 4 formula iaitu:
a. STRATEGI BERMAIN & PENYUSUNAN
b. KEMAHIRAN MENGELECEK
c. TEKNIK/TAKTIKAL UNTUK MENJARINGKAN GOL
d. TAHAP MOMENTUM DALAMAN
10. Zone Psikologi
a. MENTAL & FIZIKAL
b. POSITIVE SELF-TALK
c. SECARA VISUAL MELALUI DIMENSI MINDA

Begitu juga seorang trainer yang mengaplikasikan beberapa teknik dan tips ini, maka sudah tentu cara persembahan ada sedikit peningkatannya dari semasa ke semasa dan yang paling jelas setiap trainer itu perlu ada sentuhan dalaman jiwa (personal touch) kepada setiap audien.

Seorang trainer yang berwibawa juga perlu tahu proses pusingan untuk memperkuatkan lagi persembahan, penyampaian, pemahaman dan kefahaman. Proses ini dinamakan 3D, ia adalah seni untuk mudah diikuti oleh audien kelak.

1.Determine (Skil pemahaman dan kefahaman)
2.Design and Development (Skil kreativiti)
3.Deployment (Skil latihan)

Insya-Allah, jika dapat mengaplikasikan dengan sebaik mungkin sudah tentu penyampaian akan ada perubahan dan peningkatan sedikit demi sedikit.