Rujukan E-Book percuma – English!


Assalammualaikum,

Hanya sedikit maklumat mengenai sumber rujukan e-book. Saya juga menggunakan laman ini sebagai rujukan mencari idea-idea baru. Tidak dinafikan banyak lagi sumber yang boleh diperolehi dan mungkin ramai yang telah mengetahuinya namun sedikit pencerahan ini mungkin boleh membantu mereka yang sedang mencarinya untuk muatturun secara percuma.

1. Free-ebooks.net | Download free Fiction, Health, Romance and many …Read and Download eBooks for Free – Anytime! Find the help you seek, the information you need or simply fun reading to enjoy. Fiction – Search – Educational – Romance. http://www.free-ebooks.net/

2. Download Free Ebooks. Getfreeebooks.com is a free ebooks site where you can download free books totally free. The ebooks which you find within this site are collected from all …www.getfreeebooks.com/

3. Free Ebook Download Library | Download Free e-Books Instantly!
Free Ebooks can be downloaded straight from our online ebook library we have heaps of computer ebooks an more all free no email and no sign up. www.witguides.com/

4. Free e-books. Removals Sydney The name tells it all for this company, which offers “An Introductory Guide to Stress Free Removals” as a free e-book in PDF format.http://ebookterra.com/

Advertisements

Teknik Motivasi kreatif skil Power point


Assalammualaikum,

Menjadi pakar dalam persembahan Power point perlu melalui beberapa peringkat, begitulah juga yang saya praktikkan sebelum diundang sebagai trainer oleh mana-mana agensi untuk mengendalikan bengkel juga kursus anjuran organisasi tersebut.

Cukup mudah tetapi bukan senang untuk mencapainya jika tidak memiliki ilmu yang cukup. Ilmu Power point dan teknik-teknik persembahan yang berkesan dan memukau. Inilah juga yang akan didedahkan pada sesi skil latihan pada 15hb Julai, 2012. Kursus terakhir sebelum ramadan dan juga promosi terakhir sebelum yuran dinaikkan kepada RM200.

Layari, IDEA Kreatif 100% Power point

YAKIN berucap!


KEYAKINAN adalah satu hadiah yang perlu dicungkil,diasah dan diolah. Kita harus selami ketakutan dan perlu menghadapi realiti bahawa ianya adalah satu kebiasaan dalam kehidupan…

40% akan GAGAL bila mula memperkenalkan diri dan ini belum termasuk pengolahan isi kandungan,gaya penyampaian,keyakinan dan idea yang dibawah masuk dalam sesi perbincangan,interview,persembahan atau secara bersemuka. How lucky you are to be given the opportunity to stand out in your workplace..

Memiliki keyakinan diri seperti ada sesuatu kelainan setiap kali melakukan pembentangan:

1. KEYAKINAN seperti anda mempunyai satu kuasa luar biasa.
2. KEYAKINAN membuka ruang minda anda tanpa ganguan.
3. KEYAKINAN membuatkan kita sentiasa diperhatikan.
4. KEYAKINAN mewujudkan daya tarikan seperti magnet.
5. KEYAKINAN mengubah gaya hidup anda.
6. KEYAKINAN bukan satu lakonan separa sedar.
7. KEYAKINAN bukan satu presepsi yang kita adalah hebat dari orang lain.
8. KEYAKINAN menghindarkan anda dari rasa bersalah.
9. KEYAKINAN bukan bertujuan mengambil kesempatan dalam kesempitan.
10. KEYAKINAN bukan bertujuan menimbulkan ‘EGO’ dalam diri anda.

Jangan lari atau merasa kecil mengenai situasi ini, anda perlu harungi dan perlu berkawan dengan setiap situasi tersebut.

1. Mengelakkan pandangan apabila mula disoal atau bercakap
2. Berpeluh,seram sejuk,denyutan nadi semakin kuat apabila disoal
3. Tidak yakin bila bercakap dikhalayak ramai
4. Tidak mampu berdiri diatas pentas
5. Malu + segan bila berhadapan orang ramai/malu tidak bertempat
6. Merasa terpinggir dengan rakan-rakan anda
7. Selalu berperasaan rendah diri
8. Merasakan seakan-akan ada kekurangan dalam diri
9. Tidak tahu apa topik yang perlu dimulakan
10. Suara hilang,bergetar dan tidak jelas bila bercakap

PERCAYA ATAU TIDAK!
(Dengan hanya berkata-kata, anda sebenarnya boleh menjadi seorang yang hebat) And how much more confident and self-assured you’re going to look just by showing up! MAKA, untuk lebih yakin berucap dihadapan audien capailah setiap matlamat dan binalah setiap impian yang anda inginkan.

Sertai kursus praktikal Yakin Berucap, Suara Jelas! pada bulan Feb 2013. Layari http://akademipowerpoint.com/yakinberucap/

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Create your own stage!


Tips: Become a speaker, trainer, motivator, writer or whatsoever.. If there is no stage, create your own stage.

You can start with facebook, articles, video, youtube, CD, slide presentation, forum, blog or dot com etc! upload it online, give it for free and bla bla bla..

People will know, people will remember and people will find you.. Trust me..! 🙂

‎”Not only bad or good person need motivation and inspiration.”

Jika anda sudah memiliki pesanan yang terbuku dihati, lebih afdal jika anda mula menulis. Anda tentu belum mengetahui impak sebenar jika penulisan anda tersebar luas. Baik untuk mereka yang membaca serta yang mendengar.

Mengapa? Terlalu ramai yang mengalami situasi yang sukar diramal, maka jika mereka dapat menyelami dan mengambil iktibar tentang apa yang ditulis, saya pasti itu adalah SAGUHATI untuk mereka yang tidak ternilai.

If there is no stage, create your own stage! Today more than ever, it’s very easy to create a platform or a community of like minded people. As long as you delivering solutions, people with problems will flock unto you. ~ Rene Godefroy

Pesakit tidak bertanya di mana Doktor itu belajar asalkan sentuhan seni dan komunikasi serta ubat dapat mengubati penyakitnya. Asalkan anda memiliki sentuhan mengenai apa yang anda tahu, jangan takut untuk memulakannya. Just do it.. 🙂

Pesanan saya buat anda, tidak perlu berada di atas pentas untuk membina pentas sendiri. Anda boleh menciptanya sendiri pada bila-bila masa dan dimana-mana. Asalkan anda memiliki kemahuan pastinya ada jalan untuk anda.

Perasaan gemuruh?


Jikapun dalam bilik seminar, dewan ataupun audiotorium penonton dalam pelbagai peringkat itu bukannya alasan untuk anda menjadi pengecut, gemuruh, gagap, malu, segan dan tidak tentu arah dalam persembahan anda. Apa pula akan terjadi jika anda diminta untuk memberi ucapan jika dalam keadaan tidak bersedia?

Satu perkara yang perlu anda tahu, gagap atau apa sahaja kelemahan anda ianya bukan penghalang dan ia juga bukan keadaan yang luar biasa tetapi ianya biasa bagi semua orang, even orang yang selalu memberi ucapan pun akan merasainya buat beberapa minit diatas pentas mahupun bersemuka dengan pelbagai peringkat penonton. Inilah yang selalu membataskan anda dengan penonton sehingga ada yang lari dari tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya hanya kerana tidak bersedia dan merasa gagap berhadapan dengan penonton.

Anda sebenarnya tidak perlu lari dari ketakutan itu, tidak perlu risau tetapi anda perlu berkawan dengan kelemahan tersebut sehingga menjadi normal dan mampu anda tangani seperti biasa. Ada yang berkata ianya susah dan kebanyakan dari anda tidak mampu untuk melaluinyanya apa lagi untuk menanganinya. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlukan PERSEDIAAN! persediaan beberapa jam dari sekarang untuk berdepan dengan penonton pelbagai peringkat. Anda hanya perlukan keyakinan diri, perlu percaya apa yang ingin disampaikan, perlu mengetahui dari aspek arahan, cadangan, kata-kata nasihat dan tips-tips yang berkaitan.

Ingatlah, apabila anda berada didepan ianya tiada kaitan bagaimana penonton melihat persembahan anda, anda adalah presenter, anda adalah yang bertanggungjawab menaikkan semangat mereka, anda juga yang memberi tips dan cadangan maka inilah saat saat yang amat dinanti-nantikan oleh penonton anda.

JALAN MATI!


Assalammualaikum/Salam sejatera,

Melawan sesuatu yang tidak kamu takuti memang tidak ada apa-apa.

Duduk diam tanpa melawan sesuatu yang tidak menakutkan memanglah tidak ada apa-apa pun tetapi jika melawan sesuatu yang sangat menakutkan, saya tidak pasti samada boleh menang atau tidak.

Selalunya jika tidak ada jalan, terpaksa melawan dan menyerah untuk menyelamatkan diri tetapi belum tentu selamat jika menyerah ataupun melawan.Kadang-kadang dalam situasi tertentu kita memang tidak ada pilihan. Bayangkan anda dalam kurungan tanpa senjata sedang berhadapan dengan beruang ganas!

Bayangkan..sungguh menakutkan ketika ini..

Tidak ada jalan keluar, hanya lubang cahaya yang membantu untuk anda melihat jika situasi hanya mampu menyerah.

Dalam situasi yang lain…

~ We all have new ideas every day. They come at random times, and they also come reliably when we dream, daydream, or experience the hypnogogic state—the semi-sleep state between walking and sleeping. ~

“The creative is the place where no one else has ever been. You have to leave the city of your comfort and go into the wilderness of your intuition. What you’ll discover will be wonderful.” – Alan Alda

Himpunan penyegar minda!


Jangan disiksa anakmu, jangan dirotan dan ditampar sehingga merah, jangan dicucuk sehingga berdarah! Biarpun kamu memakaikan baju koyak rabak, badannya terkena nasjis dia tetap mencarimu dan memanggilmu… bukannya reban ayam, kandang kuda mahupun longkang tempatnya tetapi ‘pelukan kasih sayang’ menjadikan anak itu menjadi manusia.

Jika kamu telah mengira berapa banyak DOA yang telah kamu lontarkan sejak dulu lagi, andalah GURUKU.. Aku sedang mencarimu…

Lagu ~ Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi, Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit, Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit…

Menghargai setiap kali bangun tidur, ambil masa anda sedikit untuk menjenguk di luar jendela, rumah dan berfikir sejenak anda masih boleh melihat kelas tempat kita menumpang untuk menuntut ilmu. Selamat pagi jumaat, nampaknya KL mendung, negeri lain tak tahu… walau siapa pun anda, hormatilah mereka, tidak semestinya HIGH CLASS maka senyuman itu hilang kerana ia cukup mujarab untuk mereka yang lalu disisi anda…

Bersembang dengan orang miskin yang meminta sedekah di jalanan lebih baik dari bersembang dengan manusia kaya yang berhati busuk…

Perlihatkan betapa anda mengambil berat terhadapnya, bukan betapa anda ingin mengetahui beratnya ataupun sebaliknya..Walaupun banyak yang anda tahu, mereka akan berkata.. ADA KU KISAH!!! So, apa yang perlu anda lakukan untuk menawan hatinya? Show them how much you care! how much you give…gunalah ia walau apapun bidang anda, NOT ONLY CINTA…

Hidup yang tidak teratur amat mudah dijangkiti penyakit, tugas anda mengubatinya, mencari penawarnya dan membersihkannya..

Alhamdulillah, Elhamdulillah… All praises to Allah, All praises to Allah.
I wanna thank you for all the things that you’ve done You’ve done for me through all my years I’ve been lost You guided me from all the ways that were wrong And did you give me hope~ MAHER ZAIN – Thank You Allah

Ah saya tahu berapa GAJI si polan tu, saya tahu apa kerja dia tu… suddenly you ask me, ko buat apa ya? hehehe, berapa masyuk tiap bulan ah? so WHY SHOULD I TELL U IF YOU KNOW ABOUT IT?

Pernah melihat lumba kuda? bukan main kuda ya.. bagaimana ia berlumba untuk memenangi perlumbaan hingga kegarisan penamat, walaupun kaki yang berusaha untuk ke garisan itu tetapi kepala yang sampai dahulu akan dikira sebagai pemenang…begitu juga manusia yang berusaha sebaik mungkin untuk menundukan kepala untuk memenanginya, body is your ENGINE! mind is your KEY! touch is your WIN!, you know what I mean?

Egokah kamu jika sanggup melakukan perkara BAHAYA dihadapan anak buah? TIDAK! TIDAK! TIDAK! Anda lakukan kerana ingin memimpin, menjadi pemimpin, membimbing dan layak mengepalai selagi diperlukan..

Apa yang kita nampak, baca, dengar dan lakukan setiap hari akan MEMPENGARUHI = MATA!, MULUT! TELINGA! dan apa yang kita SEBARKAN dari hati dan akal samada yang BENAR atau BETUL sangat-sangat mempengaruhi kepada yang melihat dan yang mendengar..

Imbas balik apa yg anda lakukan dari pagi tadi, jika terlalu fokus.. masa itu terlalu cepat berlalu… tidak sedar sekarang sudah petang, kalau banyak buang masa pun petang pun tidak sedar juga..

Manusia bukan sahaja memiliki kuasa sebagai pembeli tetapi memiliki kuasa untuk menolak jika lelaki atau wanita itu ingin menawarkan dirinya sebagai pasangan seumur hidup. Tidak salah menolak dan tidak salah mengundurkan diri, apa yang penting caranya betul dan tidak menyakitkan orang samada yang nampak, tidak nampak dan yang jelas kelihatan oleh orang sekeliling..

Orang yg BESAR tidak semestinya BESAR KEPALA! Orang yang BLUR tidak semestinya TIADA KEPALA!

The Smarter You! The Richer You! The Healthier You! and the Better You! ~ Now, Today, 2 morow n 4 ever!!!

Tidak perlu marah-marah ya, kerana anda perlu CANTIK DAN KACAK bila bangun esok pagi.. 🙂

Bila hari-hari buat perkara itu mesti JADI!! Semakin lama semakin dekat ia akan jadi HARIJADI! Setiap tahun hari itu pasti jadi, ia akan berulang dan tidak pernah tak jadi ~ slmt harijadi untuk yang lepas dan yang menyusul, jangan fikirkan umur anda semakin tua, fikirkan apa yang boleh anda sumbangkan selagi mampu…

Anda boleh berjaya dan kaya jika tahu siapa diri anda yang sebenar. Jika berbakat! itu tidak cukup! harus seiring dengan kemahiran, minat, kemampuan dan INGIN BUAT! BUAT SAMPAI JADI!! Bukan sekadar cakap, meniru seperti orang mengantuk disorongkan BANTAL!!!