40 Teknik CD Tutorial percuma untuk promosi terakhir sepanjang tahun 2012


Assalammualaikum,

Tuan/puan yang dirahmati dan diberkati Allah.

Sekali lagi saya berbesar hati untuk membuka peluang kedua pada tuan/puan mengikuti kursus khususnya bagi yang tidak berkesempatan mengikuti kursus pada 29hb Dis, 2012 tempoh hari.

Berita baiknya, peluang kedua ini saya akan kekalkan dengan yuran RM150. Apabila tuan/puan melayari laman ini, Akademi Power point harganya telah pun dinaikkan kepada RM250.

Disamping itu, saya juga akan bekalkan kompilasi CD teknik langkah demi langkah bagi tujuan supaya skil dan teknik tidak akan terhenti begitu sahaja selepas berkursus. CD tutorial ini adalah percuma bagi yang menghadiri kursus pada bulan Januari nanti. In Shaa Allah.

Tarikh kursus: 19hb Jan, 2013 (Sabtu)
Tempat: Bilik Dewan Ainon Mohd
Alamat: 11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati KL.

Untuk kursus promosi terakhir ini, hanya 6 – 7 penyertaan sahaja. Jika tuan/puan terlibat dalam penyediaan slaid Power point, peluang terakhir ditangan tuan/puan untuk tindakan selanjutnya.

Hasilkan Slaid yang kreatif!


Assalammualaikum,

Jika ingin menghasilkan slaid persembahan (slide show) yang pantas, kreatif, unik, menarik. Akademi Power point menawarkan kursus secara public, in-house dan hujung minggu khusus untuk trainer, penceramah, motivator, guru, korporat, rakan IT, bisnes, pelajar dan juga sesiapa sahaja yang kerjanya sebagai pembentang dan selalu bercakap-cakap depan audien. Layari, Akademi Power point

Dibuka! Kursus persembahan video dan animasi.


Kursus tiga hari memberikan pengisian untuk menghasilkan video dan animasi dalam persembahan yang tidak melibatkan pembelian perisian yang lain dan mahal. Peserta memaksimakan penggunaan percuma untuk menghasilkan produk yang setanding dengan perisian berbayar. Walaupun menggunakan perisian percuma yang boleh dimuat turun melalu sumber internet tetapi hasilnya juga sangat berkualiti.

Apa yang ditekankan hanyalah kreativiti, teknik dan skil menggunakan perisian tersebut sehingga boleh menghasilkan produk diluar jangkaan. Seperti sebelum ini, ramai yang biasa menggunakan Power point tetapi tidak ramai yang betul-betul boleh menggunakan perisian ini dengan cara kreatif, unik lain dari yang lain.

Hari pertama.

Peserta diajar menghasilkan video dengan hanya menggunakan perisian Window Movie maker, Window DVD dan sebagainya. Bukan penghasilan yang biasa biasa tetapi video yang memberi impak dalam persembahan sebagai alternatif perkongsian maklumat samada dalam persembahan slaid ataupun secara online.

Peserta juga diajar menghasilkan templat yang berkualiti dengan menggunakan elemen-elemen tambahan yang terdapat pada perisian tersebut dan setiap slaid yang siap akan dimuatkan dalam bentuk CD yang mana kelebihan CD tersebut boleh dimainkan pada mana-mana komputer walaupun tanpa perisian Power point. Persembahan menjadi mudah, perkongsian juga menjimatkan masa.

Presepsi peserta perlu diubah! Majoriti mengatakan perisian percuma hanya boleh menghasilkan sesuatu yang biasa-biasa tetapi untuk kursus ini, jawapannya tidak sama sekali! Perisian percuma, jika berfikir cara kreatif, mahu melakukan sesuatu yang baru maka dalam masa yang sama banyak keunikan yang akan diperolehi untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Hari kedua.

Peserta didedahkan bagaimana menghasilkan video animasi seperti montaj dan animasi storyline. Kelebihan untuk hari kedua ini, teknik yang digunakan hanya 100% animasi Power point. Sesuai untuk menghasilkan animasi kreatif, montaj persembahan dan storyline beranimasi.

Hari ketiga.

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap peserta mempunyai peranan masing-masing dalam pernghasilan video dan animasi. Bermakna, kemahiran peserta tidak akan berhenti selama dua hari tersebut tetapi masing-masing akan mengaplikasikan apa yang dipelajari selama dua hari dan dapat diteruskan secara praktikal selepas kursus nanti.

Di akhir kursus peserta akan dapat membina slide pembentangan dengan menggunakan pelbagai elemen multimedia yang disunting dengan sendiri. Disamping itu, peserta kursus juga akan dapat membina slide yang lebih kemas, video dan animasi yang lebih profesional.

Dapatkan sebutharga tetuan hari ini dengan menghubungi ditalian 017-6599572 atau isikan ruang pertanyaan dibawah atau daftar pantas melalui online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE

P/S: Maklumat tambahan.

1. Nota tutorial
2. CD Tutorial
3. CD kosong
Disediakan oleh trainer. Kursus berkaitan Klik SWOT Slide Presentation