Asas merawat perasaan gugup dalam sesi awal memulakan pembentangan.


BISMILLAH.

Assalammualaikum Tuan dan Cikpuan yang dirahmati Allah. Didoakan sentiasa dibawah lindungan-Nya dalam kehidupan memperbaiki diri, mencari ilmu dan memberi manfaat kepada orang lain.

In Shaa Allah jika Tuan dan Cikpuan sering terlibat dalam sesi pembentangan, adakalanya beberapa situasi yang sering dihadapi khususnya dalam menangani dan kaedah merawat kebimbangan, kerisauan dan seterusnya kegugupan dalam pembentangan samada sesi yang kecil mahupun yang besar.

Satu perkara yang perlu manusia ketahui ialah, situasi ini adalah ‘Semua sedia maklum’, maknanya sesiapa sahaja akan mengalaminya dalam beberapa minit yang pertama atau lebih dari itu. Jika kita lihat sesiapa sahaja yang sering melakukan pembentangan ataupun biasa berucap dengan yakin tidak lain tidak bukan hanya kekuatan dan keyakinan hasil dari
pengalaman selama mana seseorang itu terlibat dalam sesi bersemuka dengan audien melalui pembentangan atau apa juga keadaan.

Sebenarnya pengalaman itu tidak menjadikan manusia sempurna (Perfect) tetapi lebih kepada yang lebih baik dan manusia yang inginkan yang terbaik dalam diri maka itu manusia akan berusaha memperbaiki mana yang kurang sebagai ilmu dunia dan akhirat, In Shaa Allah.

MERAWAT KEGUGUPAN BILA BERUCAP DIKHALAYAK RAMAI.

Manusia akan berkata ‘Saya terlalu risau, bimbang dan gemuruh bila memulakan sesi pembentangan, sesi berucap, sesimemperkenalkan diri dalam tempoh yang panjang atau dalam beberapa minit’. Segan dan merasa tidak yakin mula menguasai diri, kawalan emosi kurang sempurna mengakibatkan minda tidak jelas menerima isyarat akibat dari tekanan kecil dari luaran(audien, sangkaan/tindakbalas terhadap manusia yang melihat). Hasilnya tekanan degupan jantung meningkat, aliran darah mengepam ke jantung bertambah dan akhirnya kawalan emosi menjadi tidak terkawal.

Majoriti yang mengatakan ia adalah darah G namun ia sebenarnya kawalan yang tidak sempurna melalui penghantaran isyarat melalui urat saraf yang seakan-akan tidak ada perhentian, samada bebanan berat, ringan dengan kenderaan yang kecil dipenuhi bebanan atau kenderaan berat kurang bebanan akan tidak dapat mengimbangi aliran penghantaran
isyarat ke minda.

Bagi menangani situasi ini, manusia tidak perlu memaksa, memaksa ertinya memberi tekanan pada minda dan diri dari tindakbalas luaran, tidak perlu memikirkan 100% mengenai situasi yang sedang dialaminya. Biarkan situasi itu berlalu, kawalan sambil menarik nafas kiraan 5 mampu mengimbangi aliran isyarat semasa dalam pembentangan, In Shaa Allah. Lakukan apabila keadaan emosi tidak terkawal dalam beberapa kerap yang termampu.

ADAKAH KESILAPAN AKIBAT DARI TEKANAN AKAN MENGGANGU AUDIEN?

70% sebenarnya audien tidak memikirkannya, selebihnya kadangkala sahaja audien akan ‘perasan’ berkenaan situasi yang dialami oleh pembentang namun hakikatnya mereka tidak memikirkan sangat perkara tersebut kerana keadaan itu adalah satu kebiasaan pada pembentang, yakin dengan diri dan kebergantungan dengan Allah SWT, In Shaa Allah semuanya dipermudahkan. Audien juga manusia yang akan ada sifat memahami pada manusia lain. Mungkin POWER itu manusia ingin lihat tetapi yang lebih utama adalah bagaimana dan apa POINT yang mereka perolehi semasa sesi pembentangan dijalankan, maka tidak salah untuk saya katakan mempelajari kaedah dan teknik perisian POWERPOINT banyak membantu pembentang untuk lebih yakin dalam perkongsian manfaat secara visual.

Jika melalui situasi seperti ini, lakukan sahaja, teruskan berucap dengan kawalan suara dengan melakukan tarikan nafas dalam kiraan 5 kemudian hembus melalui hidung secara perlahan, In Shaa Allah atas izin-Nya manusia dapat mengawal setiap situasi yang sedang dialaminya. Selain itu,persediaan sebelum dan semasa juga memainkan peranan dalam membantu pembentang lebih yakin dan bertenaga. Persediaan maknanya, mengetahui beserta ilmu mengenai topik yang diperbincangkan disamping melakukan self talk pada perkara positif dalam diri sebelum pembentangan.

SETEGUK AIR

Meminum seteguk air juga dibolehkan bagi mengawal emosi, tidak salah melakukannya semasa sesi berucap. Dalam masa yang sama, lakukan tarikan nafas dalam kiraan 5 tanpa pengetahuan audien. Dengan lafaz Bismillah seteguk air dan niat kebergantungan kerana Allah SWT, In Shaa Allah dipermudahkan.

SEGALA YANG KURANG DATANG DARI KITA MANUSIA.

Tidak salah memulakan ‘Saya kurang berkemahiran dalam sesi pembentangan,mohon maaf atas segala kekurangan dalam pembentangan yang singkat ini, audien juga manusia yang mempunyai sifat rendah hati dan memahami. In Shaa Allah. Tiada sesekali memikirkan audien atau topik adalah bebanan tugas mahupun halangan perbincangan tetapi lebih memikirkan sesuatu topik itu satu perkongsian untuk semua yang In Shaa Allah memberi manfaat kepada
semua.

Sedikit perkongsian dari saya, mohon maaf atas kekurangan, kongsikan jika bermanfaat, tambahkan jika ada yang saya terlepas, In Shaa Allah saya suka perkongsian tuan dan cikpuan diruangan komen.

MUHAMMAD SUHAILY GEORGE BIN ABDULLAH
http://penceramahpowerpoint.blogspot.com/
http://kursusmontaj.blogspot.com/

Advertisements

Kursus Montaj Powerpoint mulai ditawarkan pada bulan Jun 2014


Assalammualaikum Tuan dan Cikpuan yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, kursus terbaru khusus untuk jabatan kerajaan, syarikat korporat , sekolah, pelajar dan individu yang ingin mendalami teknik membangunkan animasi montaj menggunakan 100% teknik Powerpoint.

Kursus menekankan teknik teknikal namun In Shaa Allah lebih mudah dengan langkah demi langkah yang diajar dan didedahkan kepada peserta yang mengikuti kursus ini. Kursus dibangunkan bagi memudahkan peserta menyediakan slaid tayangan video yang dibangunkan 100% teknik Powerpoint, sesuai untuk korporat, tayangan pembukaan(opening ceremony) dan lain-lain yang difikirkan sesuai dengan objektif slaid persembahan, In Shaa Allah peserta yang mengikuti kursus ini dapat membangunkan slaid lebih kreatif, inovatif dengan idea-idea baru dalam penyediaan slaid Powerpoint.

Bagi tuan dan cikpuan yang bercadang untuk menganjurkan kursus ini, mohon untuk mencadangkan pada jabatan sumber manusia, latihan, ICT atau lain-lain jabatan yang bercadang untuk menganjurkan kursus ini, In Shaa Allah tawaran menang-menang antara kedua pihak agar kursus dapat dijayakan bersama.

Antara badan kerajaan yang telah mendapatkan khidmat untuk kursus ini ialah U SMART RESOURCES, Kementerian Luar Bandar dan Willayah(KKLW) dan Institut Tanah dan Ukur Negara di Perak(INSTUN).

Sebarang pertanyaan, mohon membuat pendaftaran online untuk sebutharga atau terus hubungi ditalian yang tertera melalui laman ini. Borang Daftar Online.

Sekian, Silaturrahim.

 

 

 

Tutorial Templat Powerpoint


Bismillah. Tutorial asas menghasilkan templat dengan Powerpoint.

TRAINER INOVASI & IMAGINASI POWER POINT
Muhammad Suhaily George Bin Abdullah
Laman Web: http://speakconfidently.wordpress.com/
http://www.penceramahpowerpoint.blogspot.com/
Email: bisnessilaturrahim@gmail.com
Telefon: +6017-6599572

Mohon hubungi kami jika memerlukan penceramah/trainer jemputan untuk mengendalikan kursus dalaman persembahan Powerpoint di organisasi Tuan dan Cik Puan. Kursus akan dijayakan selama dua ke tiga hari, In Shaa Allah

atu

dua

3

Suntingan Bayang Refleksi pada Powerpoint.


Bismillah. Teknik Teknikal Suntingan Imej Powerpoint.

Imej diubahsuai atau disunting untuk melakukan pergerakan pada refleksi bayang imej. Imej dipaparkan sebelum dan selepas diubahsuai.

Objek matahari dihasilkan dengan teknik shape dan bayang menggunakan kesan khas soft edges tanpa menyentuh tool glowing. Kelihatan juga objek perahu bergerak perlahan dari sebelah kiri ke arah kanan. Bayangan air juga ada pergerakan seolah-olah kita sedang melihat nikmat alam semulajadi di tepi tasik.

In Shaa Allah, jika tuan dan cik puan berminat untuk menjayakan kursus sehari hujung minggu, kursus dijangka akan dijayakan pada bulan Jun 2014.  Tuan dan Cik puan juga boleh mencadangkan pada bahagian pentadbiran latihan dan ICT sekiranya bercadang untuk menjemput tim kami bagi menjayakan kursus dalaman (in-house) di organisasi tuan dan cik puan.

Mohon membuat pendaftaran melalui borang online ataupun untuk mendapatkan sebutharga program menang-menang. Kursus dalaman dijangkan akan dijalankan selama dua – tiga hari. http://www.jotform.com/form/13111325066
suntingan imej powerpoint

teknikppt2

Jemputan Trainer untuk mengendalikan kursus Persembahan Kreatif Powerpoint – PERCUMA CD Tutorial.


Bismillah. Kami tim Akademi Powerpoint giat memenuhi jemputan trainer/penceramah di organisasi yang memerlukan trainer untuk mengendalikan kursus yang berkaitan dengan Teknik Persembahan Powerpoint.

Kursus dalaman(in-house) dijayakan selama dua – tiga hari, In Shaa Allah. Asas – Lanjutan.

Tuan dan Cik puan boleh mencadangkan kursus kepada pengurusan sumber manusia. Kursus ini sesuai bagi individu yang ingin mempelajari teknik-teknik teknikal penggunaan tool Powerpoint seperti suntingan imej, 3D, Animasi dan pembangunan Video tanpa menggunakan perisian yang lebih mahal seperti Adobe.

In Shaa Allah, melalu kursus ini juga kita akan mengenalpasti kaedah dan cara yang lebih mudah juga menjimatkan masa untuk menghasilkan kandungan slaid yang disunting sendiri tanpa bergantung kepada slaid readymade yang banyak dimuatturun dari internet.

Dengan teknik yang kita pelajari juga akan mewujudkan idea-idea baru dan yang lebih kreatif untuk membangunkan slaid kelak, In Shaa Allah tuan dan cik puan akan menghasilkan slaid atas usaha sendiri dengan idea dan kreativiti tersendiri.

Sebutharga melalui borang online. http://form.jotform.com/form/13111325066

Terbuka kepada individu dan organisasi yang terlibat secara langsung dengan pembangunan slaid Powerpoint.

Silaturrahim.

Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK)


Bismillah. Lokasi, Putrajaya Parcel D.  Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

Segalanya atas izin Allah SWT. Kursus kemahiran Teknik Suntingan Imej, 3D & Multimedia Powerpoint telah menarik minat JPK untuk diketengahkan bagi meningkatkan kemahiran dan keterampilan khusus bagi warga kerja JPK bagi menguasai teknik praktikal seperti ini.

Kursus telah dijayakan  di bilik latihan ICT aras 6  selama 2 hari dari 17hb – 18hb Mac, 2014. Didoakan perkongsian dapat memberikan pendedahan dan seteruskannya dapat dipraktikkan dalam menjalankan tugasan harian.

JPK  adalah sebuah agensi kerajaan yang menyediakan latihan kemahiran keterampilan bagi seluruh malaysia untuk menyediakan modul-modul kemahiran yang mampu berdaya saing dengan negara luar amnya, In Shaa Allah. Banyak pusat bertauliah di Malaysia yang menjalankan kursus kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) bagi persediaan pelatih kepada tugasan sebenar kelak.

Secara peribadi, saya juga pernah berurusan dengan pihak JPK sewaktu berkerja dengan institusi swasta dari tahun 2000 hingga 2007.  Mohon layari http://www.dsd.gov.my/ untuk mengetahui maklumat terperinci berkenaan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

JabatanPembangunanKemahiran_05 JabatanPembangunanKemahiran_06 JabatanPembangunanKemahiran_07

JabatanPembangunanKemahiran_01

JabatanPembangunanKemahiran_02

JabatanPembangunanKemahiran_03

JabatanPembangunanKemahiran_04