Power Presentation – Simple but Effective


Salam ceria untuk pembaca budiman, jika anda sering menggunakan visual powerpoint sebagai platform berinteraktif, berberapa perkara perlu dititikberatkan. Jika anda baru ataupun telah lama dan sering membuat persembahan melalui powerpoint, masanya telah tiba untuk anda mengetahuinya. Biarpun sedikit yang dipaparkan tetapi sangat efektif jika dilakukan dengan betul. Ini berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai seorang presenter untuk mana-mana program yang membabitkan ‘public speaking’

Perlu diingat , dalam mempersembahkan slide presentation tiga perkara dititikberatkan yang mana saya namakan 3P iaitu PERMULAAN, PERTENGAHAN DAN PENGAKHIRAN.

Dengan 3P tadi, anda mampu membuatkan penonton/pendengar/peserta berkata WOW! Teknik penceritaan sangat memainkan peranan penting bagi memulakan persembahan anda, ceritalah apa yang anda tahu, beritahu perkara yang perlu peserta anda tahu dan sampaikan sehingga kehati apa yang harus mereka tahu dan olahkan apa hasilnya bagi setiap program yang anda anjurkan dan pecahkan potensi diri peserta sehingga mereka tahu apa kemahiran dan bantulah sehingga bakat setiap peserta dapat digilap semasa sesi program anda.

Apa juga jenis program yang anda jalankan, jangan sesekali lupa melakukan aktiviti ‘ICE BREAKING’ Ingat ye, ICE BREAKER bukan dibuat saja-saja, ia adalah teknik permulaan untuk mengurangkan perasaan gemuruh peserta dan teknik untuk mengenali peserta anda supaya lebih mesra dan ceria dalam komunikasi one to many. ICE BREAKER menjadikan peserta anda mengenali antara satu sama lain yang mana walaupun ada diantara peserta yang telah lama mengenali tetapi dengan adanya ICE BREAKER ini ia menjadikan rakan lain lebih mengenali, memahami dan tidak segan antara sama lain.

Simple but Effective ini akan membantu anda dari segi:
1. Audience’s attention
2. Lebih yakin dalam persembahan
3. Anda menjadikan diri seperti ‘remote control’

3 perkara perlu diambil berat, iaitu personaliti, slide dan penceritaan. Bagaimana 1st impression anda menarik minat peserta untuk memberikan tumpuan, slide yang tidak terlalu crowd dan penceritaan yang kronologi. Anda juga boleh menggunakan audio dan video sebagai pengantara antara anda dengan penonton. Audio dan video mampu memberi makna atau menyampaikan message mengenai sesuatu perkara yang ingin disampaikan manakala pembayang secara visual juga akan sampai ke minda dan terbenam terus kelubuk hati pendengar atau penonton dengan penggunaan ilustrasi yang lebih kreatif dan berinovatif.

Gunakan grafik seperti chart dan autoshape bagi menerangkan objektif dan pengisian anda. Animasi sederhana juga membantu peserta kembali segar selepas beberapa ketika anda mempersembahkan tugasan. Tetapi ingat, elakkan terlalu banyak menggunakan bunyi bunyian dan animasi yang berbeza-beza bagi setiap slide anda. Anda bukan sahaja mampu menyampaikan maklumat dengan slide yang tidak menyakitkan mata tetapi slide yang cantik sangat memainkan peranan untuk menyampaikan message jika tidak terlalu semak, banyak benda merapu dan text yang tidak tersusun atau berterabu.

2 responses to “Power Presentation – Simple but Effective

  1. jangan terlalu banyak guna perkataan just ambik isi2 penting.. slide yang ringkas, penerangan yang mantap memang mudah untuk di fahami… sekadar pandapat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s