Kreatif itu penting, Soal harga no 2


Soalan bercampur aduk membawa kepada berfikir secara kreatif dan minda yang berinovatif. Apakah yang menjadikan sesebuah negara itu hebat dan siapa pula yang mendorong diri kita menjadi seorang yang hebat dan kreatif?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Mungkin pandangan mata negara luar melihat dari adat sopan, budi bahasa budaya kita? senyum seindah suria? serumpun bangsa indah dan menawan? Bagaimana pula dengan dengan perkembangan ICT yang kini semakin kreatif dan canggih? Bolehkah kita melevelkan negara malaysia amnya sebuah negara yang hebat dan mempunyai penduduk yang kreatif, hebat yang mampu mencipta nama besar dan menjadikan kemahiran satu kreativiti untuk mencipta sesuatu yang dikagumi dan digeruni oleh negara yang lebih besar dan mantap.

“Jika benar Hand phone berdering dan diprogramkan memanggil nama anda untuk menjawabnya, adakah anda sanggup membelinya? Soal kecanggihan tiada bandingan, pasti membelinya walaupun harga tidak pernah runtuh! Semakin kreatif manusia berfikir, semakin canggih desain mobile terbaru, yang lama ditinggalkan yang baru jadi idaman. 3 bulan ada yang baru, yang lama harga jatuh mendadak, ah rugi betul beli awal dulu…tapi adakah yang lama jadi pilihan? Lama atau baru ‘Unik dan Kiut’ jadi rebutan! Bukankah itu cara mereka buat untung”?

Sekali lagi…benarkah kreativiti itu penting berbanding dengan harga? Jika ongkosnya tidak mencukupi mereka tetap berusaha untuk mencari wangnya, namun realitinya wang tidak akan tercipta jika wang tidak ada dalam tangan. Setuju? Wang dalam tangan itulah menjadikan kita memiliki wang iaitu dengan melabur untuk mempelajari sesuatu yang baru. Kreativiti memainkan peranan yang penting untuk menjadikan kita lebih berinovatif dan positif thinking. Latihlah diri untuk menjadi lebih kreatif dengan menggunakan teknik:-
• Brainstroming
• Analogi Paksaan (Forced Analogy)
• Do it
• Peta Minda (Mind Mapping)
• Kumpulan Nominal (Nominal Group)
So adakah anda kreatif????

11 responses to “Kreatif itu penting, Soal harga no 2

  1. Hidup merupakan suatu ramalan yang menjadi kenyataan sendiri; kita selalu dapat apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini; akan tetapi dalam jangka panjang biasanya kita akan memperoleh apa yang kita harapkan; dan semua itu merupakan proses perjalanan doa kita yang selalu kita panjatkan kepada-Nya. Takdir bukan menjadi ketetapan yang baku dari Tuhan, bila kita mau merubahnya. Asalkan kita tidak melakukan suatu pengkhianatan terhadap doa kita sendiri.

    Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
    Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
    Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi
    Karyamu tetap dinanti…….

    Nice post !

  2. Assalaamu’alaikum sahabat yang dimuliakan.

    Apa khabar Muhd. Suhaily ? Senang membaca tulisan yang memotivasikan ini. Kreatif dan inovatif merupakan kebijakan manusia dalam menghargai bakat dan kebolehan diri dengan satu kehebatan yang dipercayai dan diyakini oleh diri sendiri. Potensi inilah yang membezakan mereka yang hebat dan biasa sahaja.

    Berbicara tentang harga dan kreativiti, saya bersetuju bahawa kreatif sangat penting berbanding harga walau harga mempunyai peranan dalam memasarkan idea kreatif. Untuk menjadi kreatif dan inovatif, harga tidak menjadi persoalan. Yang penting adalah penghargaan bagi yang mahu membelinya kerana hasil idea yang kreatif di samping dapat memberi kepuasan kepada penggunanya, mampu mengalih perhatian pengguna untuk memilikinya walau dengan nilai harga yang tinggi.

    Oleh itu, menjadi kreatif dan optimis dengan kebolehan diri akan menunjang kecemrlangan yang tak terperi dan terjangkau pencapaiannya oleh kita sendiri. Untuk menjadi insan yang kreatif dan inovatif, tidak memerlukan sebarang belanja dapat awal penerokaannya. Hanya dimulakan di cangkir otak yang hebat sebelum diproses di kilang minda yang canggih untuk diterjemahkan ke dunia nyata yang mencabar.

    Semoga ceria di hujung minggu dengan aktiviti yang bermanfaat. Salam mesra dari sahabat di Sarikei, Sarawak.

  3. Assalamualaikum saudara.
    Satu tulisan yang mencabar diri dan minda untuk berubah ke arah yang lebih positif. Tahniah.

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa kreatif dan kreativiti amat penting untuk menghasilkan harga yang tinggi. kalau diperhatikan kepada sesuatu produk itu, setiap yang terbaharu pasti memiliki suatu inovasi hasil kreativiti pencipta produk, dan sudah pasti selagi ia tidak dapat ditandingi, harganya akan tetap tinggi.

    kalau produk di pasaran dinilai dengan tingginya nilai atau harga, demikian juga dengan nilai diri manusia, perlu lebih kreatif dan berinovasi untuk dipandang tinggi dan menjadi tinggi.

    Cuma pandangan seorang kerdil yang semakin meningkat keyakinan hasil dorongan para sahabat. Terima kasih.

  4. saya amat suka pada kreativiti… kerana kreativiti banyak cabang untuk pelbagai industri…seperti bungkusan, bentuk produk, kalau makanan pada rasa jadi harga boleh diletak berdasarkan nilai sesuatu kreativiti itu tadi… sekadar pendapat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s