Persediaan menerima undangan sebagai speaker


Tidak susah yang disangka jika anda mengikuti langkah yang mudah untuk dilakukan. Untuk menerima undangan sebagai speaker atau trainer, anda perlukan beberapa persediaan bagi melakukan analisis terlebih dahulu mengenai diri anda. Penonton atau peserta sentiasa mencari dan menunggu sesuatu yang memberi motivasi diri supaya lebih bersemangat untuk mengikuti program anda. Preparation sangat penting untuk menjadikan program anda berjalan dengan lancar.
1. Melakukan checklist/inventori
Pengalaman anda, kemahiran, kekuatan, pengetahuan, teknik, niche, objektif, matlamat, kejayaan yang menjadikan anda luar biasa, kejayaan yang menjadikan siapa anda pada hari ini.
2. Program yang ingin ditawarkan + offer
Anda perlu mengenalpasti bagaimana idea killer + opening + pengalaman + ice breaker membantu peserta untuk mencari jalan keluar kepada situasi yang mereka alami. Memmbantu mencapai matlamat, mencapai kepuasan dan mengubah kehidupan mereka semasa dan selepas program anda.
3. Memilih Niche (tajuk yang mempunyai permintaan tinggi)
Dari pengalaman, sasarkan satu tajuk khas seperti ‘Self-development’ atau ‘Public Speaking’. Ini memudahkan mereka atau sesiapa sahaja mensasarkan diri anda sebagai seorang yang expert/pakar dalam bidang yang ditawarkan.
4. Sasaran anda
Anda perlu tahu siapa sasaran anda, ianya terpulang dengan niche yang anda tawarkan. Sebagai contoh, jika anda sasarkan ‘public speaking’, program seperti ini boleh disasarkan kepada organisasi pendidikan seperti sekolah, awam dan swasta atau sesiapa yang ingin memperkasakan diri agar lebih yakin dengan diri sendiri apabila bercakap dihadapan khalayak ramai atau secara face to face di bilik meeting.
5. Tuliskan pembentangan anda
Sediakan/draft pembentangan anda terlebih dahulu tetapi jangan sesekali mengingatinya, anda hanya perlu memahami apa yang ingin anda sampaikan, biarkan segala yang ingin disampaikan sampai ke hati anda.
6. Tajamkan kemahiran anda
Berlatih mempertajamkan minda, percakapan, perbualan, monolog dalam hati tanpa melihat tulisan anda. Berdiri tegak, kuatkan suara anda, latih bahasa tubuh supaya sentiasa bergerak, elak memasukkan tangan dalam poket atau memegang benda lain ataupun bersandar ditepi dinding. Jangan menampakkan anda sebagai speaker berasa gugup atau gemuruh semasa sesi pembentangan. Situasi seperti ini adalah perkara biasa ‘normal’ untuk seorang presenter yang baru ataupun yang lama cuma bezanya yang lama mampu mengawalnya dengan beberapa teknik.
7. Peralatan/dokumen berkaitan
Masa untuk menjalankan promosi, jualan selepas sesi program tamat dan peralatan sebelum menjalankan program anda. Sediakan proposal anda, profil killer yang menjadikan anda seperti tarikan magnet kemudian mendapat undangan sebagai speaker atau trainer. Sediakan juga beberapa back end produk untuk menjadikan anda memperolehi pulangan yang sangat mengujakan. Anda akan lihat sendiri nanti apa yang saya maksudkan. Sedia dan fokuskan kamera dibelakang peserta yang tepat kepada anda bagi merakam segala pembentangan dan aktiviti yang anda jalankan, ini semua boleh dijadikan produk berkualiti yang perlu dimiliki oleh peserta yang berminat tetapi tidak dapat menyertai program anda.
8. Tarik minat peserta untuk sertai program berikutnya
First impression yang berkualiti akan menjadikan adanya ‘repeat customer’ bukan mudah mencari pelanggan baru tetapi sangat mudah mendapatkan peserta sedia ada sekiranya anda tahu strateginya. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan agar anda dan peserta tidak putus hubungan samada melalui email, no telefon, syarikat dan sebagainya.
9. Bina kredibiliti seperti magnet – syarikat akan menghubungi anda.
Mudah dan senang, rajin-rajinlah menghubungi setiap peserta, buat lawatan ke syarikat mereka, berikan informasi yang berkualiti kepada mereka, menulis buletin di laman web mereka secara percuma, quota of the day kepada syarikat bagi tujuan meningkatkan prestasi diri. Lakukan secara percuma.
10. Profil ke syarikat latihan
Sediakan profil killer anda, masukkan personaliti yang menarik perhatian mereka kemudian hantar kesetiap organisasi latihan yang berkaitan dengan niche anda. Insyallah, anda akan dipanggil sebagai speaker, trainer dan konsultan.

Ikutilah beberapa teknik ringkas yang saya sediakan untuk anda, jika anda mengambil tindakan pasti semuanya berbaloi dan pendapatan anda semakin meningkat. Ini adalah beberapa teknik yang saya lakukan, jika saya boleh anda tentu boleh seperti saya. Untuk kejayaan anda sebagai speaker/trainer/motivator dll.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s