Diri dan Kehidupan


Bagaimana anda menentukan perjalanan hidup seharian anda? Adakah kita menggunakan segala kemahiran yang diterima semasa mula-mula mengenali kedua orang tua kita? atau segala senjata hasil dari didikan seorang guru yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik diri sehingga apa yang dilihat hari ini adalah hasil dari mereka dan kedua ibubapa kita. Siapa kita jika bukan ibubapa, kita tidak akan mengenal ABC jika bukan dari seorang guru, tidak dinafikan ibubapa terlebih dahulu memperlihatkan kesungguhan untuk membina otak namun tanggungjawab seorang guru membentuk kita sehingga kita boleh merasai kejayaan duduk dalam aircond, bertali leher, berkasut kilat, bergelang emas dan mengenali bilangan dan banyaknya wang ringgit. Sedar atau tidak itu semua adalah hasil dari didikan seorang guru yang telah membentuk kita supaya dapat mengenali apa yang tidak diajar oleh kedua ibubapa anda. Bukan menidakkan ibubapa yang dahulunya berkerja hanya sebagai petani, di ladang getah, kolam ikan dan sebagainya namun sebagai anak yang memberi kesinambungan kehidupan mereka kita harus membina keyakinan mereka dan memberikan apa saja yang sebaiknya bagi membalas jasa yang tidak ternilai harganya.

Jika ditanya, apa senjata yang kita guna membentuk watak hasil dari didikan orang tua dan apa pula peluru yang digunakan hasil dari seorang guru? Pergi berperang kena tahu musuh anda, kelemahan dan kelebihan mereka. Taktik amat penting, masakan ratusan tentera kita hanya menggunakan getah lastik?atau hanya berbekalkan semangat? Kita harus mengkaji dan menyeledik tindakan kita seterusnya bagi memperkukuhkan benteng pertahanan dari diancam. Sekali lagi, sedar atau tidak senjata utama kita adalah dari didikan ibubapa dan taktik anda adalah dari guru anda sendiri yang membimbing anda apabila sampai ke satu simpang empat dan strategi apabila anda berjalan seorang diri.

Cuba imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak iaitu sebelum bertemu dengan seorang yang bergelar guru. Adakah kata nasihat senjatanya? atau pembayang dan perumpamaan yang sering digunakan agar kita mengenali setiap batas kehidupan? Apa pendapat anda…? Jika ingin lakukan sesuatu, mak kata..jangan buat nak, nanti….bla bla bla…Abah pula, dah kata jangan buat tapi……ah ikut sukalah…tetapi tidak semua ayah bersifat demikian ya. Ibunya pula berkata ‘Wahai anakku, jadilah seorang yang berguna dan berilmu sebagai penganti diri mak dan ayah apabila sudah tiada….apa rahsia disebalik kata-kata tersebut? Boleh ke kata-kata tadi membentuk diri kita menjadi seorang yang bijak mengkaji dan berfikir?

Apa pula penyulu hidup anda hasil dari seorang guru yang telah membina otak dengan minda yang cergas setiap masa? Sekali lagi..sedar atau tidak perkara utama yang perlu dipegang adalah perkara asas! iaitu semasa guru mengajar anda untuk mengenali bentuk dan pengunaan huruf mengikut pemahaman dan kefahaman mereka sebagai seorang yang telah diamanahkan mendidik anak-anak bangsa tidak kira apa jua jenis kulit dan mata anda samada sepet atau bulat ataupun kenyit sebelah. Penting sangat ke huruf sehingga kita perlu kembali kepadanya. Penting sangat ke pemahaman dan kefahaman kita tentang huruf dengan istila tanda-tanda seperti nokta, koma, seruan, soalan dan macam-macam lagi. Penting sangat ke? aikk..dah berapa kalilah…disebut!. Saya tahu anda mempunyai jawapannya, anda tahu kebenaranya dan anda tahu keberkesanaannya. Carilah kekuatannya, carilah kelebihannya, ada pun yang kurang bersamalah kita mencari agar dapat dikongsi bersama selamanya.
Tidak semua kata orang itu betul tetapi tetap ada yang betul namun tidak semua pendapat itu salah. Kebarangkalian dan kemungkinan ada disana…

10 responses to “Diri dan Kehidupan

  1. ASSALAAMU’ALAIKUM..

    KEPADA SAHABATKU… SAMBUTLAH UCAPAN DARIKU. SERANGKAI KATA PENGGANTI DIRI. UNTUK MENYAMBUT HARI PERTEMUAN YANG BESAR. JARI SEPULUH KU SUSUN JUGA. AGAR KESALAHAN DIAMPUN SEMUA. TANDA IKHLAS PERSAHABATAN KITA.

    SALAM DUNIA, SALAM SEMUA, SALAM HARI RAYA EIDUL ADHA DAN SALAM PERPISAHAN “BERJARAK” DARI SAYA DI BANGI, MALAYSIA.

    -SITI FATIMAH AHMAD-

  2. Walaikumsalam,

    Mohon ampun juga jika ada terkasar bahasa, tersasul tersengaja atau tidak tanpa sedar atau terlepas tanpa nokta.

    Salam satu sahabat dan selama hari raya eidul adha. Semoga ceria dalam mengharungi kehidupan harian, biar jauh tetapi dekattt dihati untuk semua sahabat…

    Terimakasih, SG

  3. salam suhaily,

    terima kasih atas n3 peringatan yg sangat baik ini..rasa2nya masih banyak kekurangan diri yg perlu diperbaiki dari masa ke semasa..sentiasa suka terlalai dan terleka dan sering pula melakukan kesilapan..dan paling malang andainya kita tidak mengetahui ada insan yg terluka atas perbuatan kita…Thank you so much for sharing n caring..

  4. Salam Suhaily,

    Terima kasih dengan motivasi yang bernas ini. Memang kita perlu sentiasa ingat akan jasa kedua ibu bapa kita dan juga guru kita yang tidak pernah penat untuk terus mendidik kita sehinggalah kita berjaya. Tanpa mereka siapalah kita agaknya di dunia ini.

    Hidup juga perlu berusaha. Mereka hanya memberi panduan dan jalan kepada kita.Atas diri kita untuk menentukan sama ada ingin mengikuti apa yang diajarkan ataupun sebaliknya. Namun, masih ada lagi yang tidak mengerti apakah tujuan mereka. Masih leka dan masih alpa dengan keseronokan yang belum tentu berkekalan. Hidup perlu sentiasa berfikir.Fikir dan lihat apakah kesannya.Bukan hanya mengikut segala macam arus di depan mata.

  5. Salam Zai,

    Semua orang masing-masing melakukan kesilapan dan tidak lari dari melakukannya setiap hari tanpa disedari. Ada pun yang terluka ruang untuk kita sana saya sendiri masih ada untuk memohon ampun secara bersemuka ataupun secara lisan. Orang akan tetap menerimanya walaupun hanya melalui penulisan sebab ianya lahir dari hati kita.

    Terimakasih,

    MSG

  6. Salam Nozi,

    Terimakasih juga kerana melawat ya..jasa kedua ibubapa tidak ternilai harganya, didikan guru telah membentuk kita pada hari ini. Tidak kira dia(guru) dalam apa juga bidang, bertauliah atau tidak bertauliah, dikenali atau tidak tetapi sesiapa sahaja yg mampu membimbing kita kepada kebenaran dia boleh dianggap sebagai seorang guru. Betul, hidup kita sentiasa kena berfikir, itulah sebab saya gunakan kelebihan huruf yang mana ada diantara kita menyedarinya bahawa huruf dan istilah spt kome, nokta sebagai pembimbing. Itulah guna seorang guru yang telah menunjukan kita erti sebenar istilah tersebut.

    Apabila seseorang itu sesat, tentu dia akan gunakan istilah tanda tersebut samada terus berjalan atau berhenti(nokta)apabila sampai simpang, dia akan berfikir mana jalan yang terbaik untuk diikuti tanda (soalan dan seruan)dengar nasihat lalu berhenti sebentar iaitu (koma)dan teruskan perjalanan apabila tahu kebenarannya.

    Terimakasih,

    MSG

  7. salam, lame gak tak singgah ke sini.terhilang link..
    em, didikan mak abah sangat bri kesan pada saya hinggakan macam mana saya nak tiru mak abah didik saya kelak untuk generasi akan datang i.allah..tapi saya tahu juga kalau cara didikannnya mungin tak sesuai untuk masa akan dtang..
    guru sbgai penunjuk cara juga sangat hebat perananya..dua2 pihak ni memang sangat bermakna dalam hidup stiap manusia.mak ayah guru di rumah,di sekolah yang mana, rmai orang akan luangkan lebih banyak masa, maa, cikgu2 ni lah yang brtanggungjawab..

  8. Salam Ann, terimakasih melawat…ya laman juga tidak dtg ya..bersyukur sgt atas didikan yang mereka berikan biarpun ada sedikit kekurangan mungkin tetapi siapalah kita jika bukan mereka yang melahirkan dan menjaga kita sehingga hari ini, Biarpun meningkat dewasa dan boleh bertapak dikaki sendiri tetapi ada kalanya kita tetap akan mencari mereka sebagai jalan penyelesaian masalah yang memerlukan pendapat dari mereka.

    Bersyukur juga kepada yg masih mempunyai ibubapa…bersyukur tidak terhingga kepada guru-guru yang tidak pernah mengenal erti kepayahan untuk medidik kita semua, siapalah kita yg boleh mengira dan membaca jika bukan merekakan…

    Terimakasih,

    MSG

  9. Assalaamu’alaikum

    Apa khabar ? Maaf, baru sampai dini pagi yang dingin…tertinggal keretapi siang dan malam, maka pakai yang tengah malam..yang lagi mencuak hati, keretapi ni pulak tiba-tiba tersangkut kat Bukit Bendera…he..he..he. Gurau je ni.. sebenarnya baru ada masa nak baca dan memahami apa yang disampaikan. Al-maklumlah…pagi subuh ni kan.. baru nak ke halaman indah Muhd. Suhaily (untuk wajah laman kali ini, ia nampak kemas, eksekutif serta disinari dengan cahaya “EMAS dan PERAK” nya.)

    Tahniah… Watak putih selalu melahirkan kesucian (kebersihan) dan kebaikan. Hal ini jelas disebut dalam hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i dan al-Hakim daripada Samurah r.a di mana Rasulullah saw bersabda: “Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik…”

    Baiklah…

    “Senjata utama kita adalah dari didikan ibubapa dan taktik anda adalah dari guru anda sendiri yang membimbing anda apabila sampai ke satu simpang empat dan strategi apabila anda berjalan seorang diri.”

    Alhamdulillah, secara jujurnya tulisan Muhd Suhaily ini telah meraih air mata saya kerana tulisan itu adalah nukilan hati seorang insan yang mencintai ibu bapanya dan mencintai gurunya, tentu sekali kerana Allah swt. Ahhh… ternyata naluri ini begitu tersentuh jika pengkisahan hidup melibatkan dua insan (ibu bapa dan guru) yang berjasa dalam hidup ini. Tanpa mereka sudah pasti ketidaktentuan akan ditempuh dengan sukar sekali kerana mereka tidak pernah mengajar kita untuk melakukan hal-hal yang buruk dalam kehidupan kita (tidak dinafikan ada yang berlaku tetapi itu hanya kes-kes terpencil. malah selalu menunjuk jalan yang sesuai walau ada ketikanya tersasar juga masuk dalam longkang (al-maklumlah manusia)

    Dengan cinta dan kasih sayang mereka, siapalah kita hari ini.. manusia yang dulunya hanya sehelai kain putih, hanya sekeping kanvas juga hanya sebuah nota kosong. Melalui cat “dulux” dan sejenis dengannya yang boleh tahan lama, dengan goresan cat minyak, cat air, crayon, pensil warna dan seumpamanya atau pen mata bulat, pen dakwat, pensil dan apa jenis kalam yang berwarna warni dan menceriakan…. kita menjadi manusia yang dilakar, dilukis dan ditulis dengan penuh kasih sayang .. di dalamnya ada matlamat dan tujuan yang digambarkan dari hati dan minda mereka. Banyak perkara yang difikirkan ketika mencari “idea” untuk membina watak dan otak kita.

    Hargailah mereka, berdoalah untuk mereka. Jangan dihina mereka. Letakkan mereka SANGAT ISTIMEWA dihati kita. Mereka adalah DIRI dan KEHIDUPAN masa lalu kita yang telah berjasa menjadikan MASA DEPAN kita lebih bermakna. Jasa mereka amat besar.

    Tidak berharga seseorang itu jika tidak berjasa kepada orang lain. Ingatlah… bahawa orang yang baik, tidak bersedih hati apabila orang lain tidak mengakui jasa-jasanya. Satu-satunya yang difikirkan adalah menjaga…jangan sampai dirinya pula lalai bagi mengakui jasa-jasa orang lain.

    Salam Subuh yang indah dengan naungan azan berkumandang di segenap pelusuk alam, menyeru untuk hadir ke hadapan Yang Berhak atas kehidupan ini di dunia dan akhirat. Salam bahagia selalu untuk kemenjadian diri dan manusia yang bakal menerima ilmu dari saudara Muhd.Suhaily. Mudahan Allah memudahkan urusan saudara. Amiin.
    Salam mesra dari Bangi.

  10. Walaikumsalam, Saudari Siti Fatimah..
    Saya baik, semuanya dlm keadaan sihat walafiat..oh keretapi malam ye..tak pelah sebab ada masa nak rehat, tidur..tetapi kenapa tersangkut..ni mesti tambang tak cukup, itu sebab terpaksa diberhentikan ditengah-tengah perjalanan..he he he.. :))

    Terimakasih dengan kata-kata yg disampaikan, sungguh dalam maksudnya yang tersirat. Betul tu..putih itu indah…biru pula menawan ye tak?🙂 Ya, setelah mendapat bimbingan dari kedua ibubapa dan guru maka tiba masanya dilepaskan untuk membawa diri masing-masing, belajar berdiri dikaki sendiri dengan ilmu yang mereka telah curahkan pada sekian lamanya. Dari segala ilmu yang diperolehi terpulang diri kita untuk menentukan mana yang baik dan buruknya…sebab semuanya sudah tersedia dgn cara, berfikir,kemampuan dan sebagainya. Semuanya telah diperolehi dan rasanya tidak ada kekurangannya kerana setiap manusia mampu menerima ilmu yg dicurahkan kepada kita cuma yang menjadikan manusia tidak mampu melakukan adalah kerana penerimaannya mengenai apa yang diterima.

    Oh ye ke, mengalir air mata? apakan daya, tisu tak ada, sapu tangan pun tidak ada ingin juga dikirimkan melalui pos express…hehehe..Ya, betul tu, memang yg diajar amat kurang sekali tentang keburukan cuma kadang-kadang mungkin ada kekurangannya, biasalah..tidak ada yg perfect 100% yang mampu mereka berikan tetapi jika boleh mereka akan berikan lebih dari itu. Itulah tugas mereka yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan bosan dan itulah juga yang menjadikan mereka insan yang sungguh bernilai dalam dunia ini.

    Siapalah juga seorang menteri kalau bukan dari ibubapa dan guru yang membentuk mereka walaupun ada setengah berpendapat menteri dan presiden jika dinilai dari segi akademik mereka teramatlah rendah dan merosot tetapi sebagai seorang ilmuan harus berfikir secara rasional yang mana segala ilmu itu bermula dan menjadi besar setelah pemberian dari kedua ibubapa dan seorang guru walaupun hanya setitik namun pulangannya tetap menggunung.

    Alaaa..banyak lagi yg ingin ditulis tetapi biarlah disimpan…🙂

    Terimakasih kerana berkongsi ilmu yang sukar diperolehi….

    MSG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s