Dunia Baru


Hari ini baru kesempatan untuk menulis laman ini disebabkan agak sibuk sedikit tentang tugasan harian dan program terkini. Apa pun untuk post kali ini ianya berkisar tentang kehidupan seorang bayi yang kini melihat dunia baru setelah 9 bulan sentiasa bersama ibunya selama mana ia dalam kandungan. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih menandakan bermulanya tanggungjawab kita membina watak dan apabila besar kelak bermula peranan guru sebagai pendidik untuk membina otak kanak-kanak tersebut.
Anak-anak adalah amanah Allah dan seharusnya kita wajib untuk mendidik mereka sejak dari azali lagi agar menjadi seorang yang berguna sebagai pemimpin yang memimpin generasi manusia segajat. Apabila kelahiran mereka ke dunia ini maka jadikan diri kita sebagai penghibur untuk mereka, memberikan belaian dan sokongan untuk mereka. Mereka beranggapan dunia baru ini satu keajaiban yang penuh dengan keseronokan untuk memberikan mereka satu kepuasan dalam menjalani siang dan malam yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.
Anak-anak ibarat kain putih, mempunyai hati yang bersih dan belum pernah digores walau setajam pisau cukur. Hubungan kita dengan anak-anak tidak ada penghalangnya malah ia terus merasainya tanpa halangan, apa yang diterimanya itulah yang dialaminya hingga keintiman naluri amat terasa seolah-olah satu tarikan magnet yang begitu mempersonakan. Mendidik anak-anak apabila meningkat dewasa adalah satu pahala kesejateraan di dunia dan akhirat, berilah kasih sayang dan berkawanlah dengan kanak-kanak kita selagi mampu sebab mereka jugalah yang akan menjadi tunjang kepada kepimpinan masa depan generasi zaman berzaman.
Bersamalah membina impian untuk mereka, jauhilah mereka dari api neraka, didiklah mereka dengan iman sejati, latihlah mereka dengan akhlak yang mulia dan jauhilah mereka dari kesibukan hiburan yang tentunya merosakkan jiwa dan minda. Amalkan pemakanan yang sihat kerana dari pemakanan pembentukan minda dan watak sentiasa seiring dan sejalan. Bukan mudah mendidik minda, bukan senang mengubah otak inikan pula membina watak. Amalan dan corak kehidupan kita amat memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak dari mula mengenali dunia hinggalah semua yang mereka rasai lenyap dari pandangan.
“Mendahulukan dunia dan melenyapkan Syurga, maka jatuhlah mereka ke dunia yang penuh dengan pembalasan, jagalah mereka dan jaga tingkah laku agar tidak disimbah kepahitan,jagalah mereka dengan akal yang tinggi agar keegoaan tidak menjelma. Jaga diri jaga perwatakan, ilmu ditambah iman dipupuk semoga hati bersih sentiasa bersama. Amin..

4 responses to “Dunia Baru

  1. Salam Suhaily,

    dah lama jadi follower blog nie rasanya tapi dah lama gak tak ke sini….. kalau acuanya elok insyaallah eloklah kuihnya…. ha..ha… acuan kena jaga jangan jatuh takut kemek… kalau acuan kemek maka kemek jugalah kuihnya… falsafah org dapur……

  2. Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah, bersua kembali dalam ruang sihat minda ini untuk berkongsi hikmah dan pesan yang bermanfaat. Apa-apapun, hidup ini memang selalu membuat kita sibuk dengan pelbagai hal. Rutinnya begitulah dari bangun pagi hingga tidur lewat malamnya.

    Berbicara tentang artikel saudara Muhd Suhaily di atas… sungguh mengesankan. setiap anak berhak untuk mendapat makanan yang baik dan pendidikan yang baik agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan harmoni, damai dan bahagia.

    Dalam memperolehi pendidikan yang berkesan, dua golongan yang mampu mengubah watak dan membentuk otak anak-anak adalah ibu bapa dan guru. Melalui pendidikan yang berkesan di rumah, juga pengajaran dan pembelajaran berkesan di sekolah, anak-anak ini mampu membina jati diri yang utuh bagi mewarisi pembangunan model insan dan mengisi jawatan kepimpinan negara akan datang datang.

    Jika ibu bapa dan guru lalai dengan tugas sebagai pencorak kain putih, pelukis kanvas atau buku kosong yang perlu ditulis sesuatu di dalamnya, maka awan hitam berarak pekat akan menyelubungi ruang angkasa sesebuah negara untuk memuntahkan beban hitam yang dikandungnya. Akhirnya negara akan hancur, musnah dek gejala-gejala kurang sihat dan budaya kuning yang mempengaruhi kehidupan mereka.

    Anak-anak adalah sumber alam yang paling berharga. Merekalah pewaris kepimpinan akan datang. Mereka perlu dibentuk dengan ilmu pengetahuan agar menjadi generasi yang dipanggil “ulul Albab”, golongan yang berilmu dan mampu membenarkan kebenaran dan menyanggahi kebatilan tanpa ada keraguan apabila berhadapan dengan cabaran globalisasi yang semakin berkembang yang menjadikan ruang dunia semakin dekat, masa semakin singkat dan dunia sudah tidak punya sempadan lagi.

    Terima kasih hadir menjenguk dan nampaknya perjalanan pertama sering mengiringi saya untuk membuka salam persahabatan. Malangnya, saudara pula selalu tertinggal kereta api walau ada komuter atau LRT untuk sampai ke laman saya yang menjadi jiran sebelah.. he..he.. gurau sahaja. maklumlah dah larut malam ni. Salam mesra selalu.😀

  3. Salam sahabat utk atie,

    Hehe..buat elok-elok, kacau elok-elok, hembus elok-elok, letaklah diacuan yang betul, jika memasak kek nakkan bentuk yang cantik biarlah letak acauan berbentuk manusia kelak manis dipandang orang, sedap pula mata memandang, cubit sikit terasa geramnya menjadi bualan jiran tetangga.

    Wah, manisnya anak ini, sopannya anak ini. Bila besar, wah! baiknya watak orang itu pandai pula berkata-kata, sopannya dijaga anugerah hanya kepada yang wajib. Ibunya pandai menjaga hati, ayahnya pandai menjaga mulut, jika dari mula kepimpinan dibentuk kelak pasti menjadi orang berguna.

    Salam bertukar pendapat, kekurangan dikongsi bersama..

  4. Walaikumsalam…S

    Menuju LRT berjalan kaki, Masjid Jamek bertukar Train, nak sampai laman gaya sendiri kena naik KTM dulu. Tunggu punya tunggu setengah jam KTM lalu, sampai stesen, alamak Q nya panjang..akhirnya sayalah yang terkebelakang…heheh juadah dihari sabtu yang sesak mengalahkan hari senin.

    Betul, mendidik dari mula membina dipertengahan kemudian berkawan dipengakhiran. Moga kita semua boleh membentuk anak-anak sendiri dimasa akan datang. Kita sendiri tahu anak-anaklah menjadi penganti disaat hayat akhir, merekalah menjadi pelindung yang telah diamanahkan. Baik disaat lahir, baik juga disaat akhir. Insyallah…sama-sama kita berdoa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s