Sepasang Kasut


Tidak ramai yang akan berkata kaki anda dengan orang lain adalah sama, tetapi ramai akan terpegun apabila melihat sepasang kasut yang anda beli dan memakainya dihari pertama. Kaki yang sentiasa bersama anda tetapi ianya seakan tidak dipeduli bahkan orang lain atau teman rapat anda juga tidak pernah mempersoalkan samada kaki anda bersaiz kecil,besar,lawa dan sebagainya. Tetapi ia hanya akan dipersoalkan apabila kaki anda berbau busuk atau tidak memakai stokin apabila berkasut. Sesungguhnya kaki anda adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya dan ini belum termasuk dengan angota badan yang lain. Selalu yang kekal bersama badan anda sering tidak dipedulikan tetapi yang bersifat sementara akan diagung-agungkan malahan akan dijaga dengan baik dan ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk mengantikannya dengan yang baru.

Persoalannya, Apa akan terjadi sekiranya yang diidamkan tidak menjadi kenyataan? DAN apa pula akan terjadi sekiranya apa yang anda pelajari hanya menuju jalan yang buntu? Menjalani kehidupan dengan membina watak dan mengubah otak kemudian memfokuskan perkara yang paling hampir yang sentiasa menemani anda disetiap masa, ketika dan waktu membolehkan anda menggunakan sepenuhnya kuasa minda dengan mendengar, menyelami, melihat dan mengikuti kemana arah naluri dalaman, dan ini sudah pasti akan membimbing anda kejalan kemenangan.

Bayangkan disaat anda mengecapi kemenangan, anda akan mengetahui betapa pentingnya sepasang kaki termasuk anggota badan yang lain bagi membantu dan mengenali siapa diri anda yang sebenar, bukan itu sahaja malahan anda juga akan menikmati kelebihan dan akan sentiasa menghargai setiap perkara yang ada didepan mata, sudah pasti anda berusaha untuk memilikinya berbekalkan kelebihan dalaman, luaran dan keperibadian yang tinggi agar segala impian akan dapat dikecapi. Anda kini lebih mengetahui bahawa, anda sebenarnya boleh memiliki dan mampu berusaha seperti yang dilakukan oleh orang lain agar orang akan melihat bukan sahaja kaki anda malahan kasut anda yang sungguh memukau kepada sipemerhati.

Hebat di dalam hebat di luar, cantik di dalam cantik di luar. Kebolehan anda akan memperlihatkan kaki anda dan kasut sungguh hebat,anda bukan sahaja genius, malah seorang yang mempunyai keterampilan dari pelbagai sudut. Ia semua bermula dari diri sendiri. Ayuh, bongkarlah resipi anda dengan mengenali diri, mempercayai diri, menjadi inspirasi kepada diri sendiri dan belajar mencintai diri. Kenapa? Setiap tag yang anda lihat ini mempunyai elemen yang tersendiri dan kekuatan untuk membantu anda melayari perjalanan hidup dan mencapai impian walaupun ianya penuh dengan persaingan. Berjaya dengan mengambil contoh yang paling hampir dengan anda, berjaya dengan kehebatan diri sendiri, berjaya dengan membongkar kekuatan dalaman. Akhirnya kejayaan sebenarnya berada didepan mata anda.

2 responses to “Sepasang Kasut

  1. Assalaamu’alaikum

    Membaca artikel saudara Muhd. Suhaily di atas, membuat saya tersenyum sambil mengingatkan satu karangan saya di sekolah rendah dulu… “Aku Sepasang Kasut”… kesian kasut tu.. disukai saat awal dan dibuang akhirnya kerana sudah lusuh atau rosak. kakiku tetap kakiku jua… Ia amat dihargai dengan membelinya sepasang kasut yang cantik, selesa, menarik tampilannya dan ya… pasti kasut saya selalu dipuji kerana cita rasa pemiliknya yang cukup bagus untuk kesihatan kakinya…he..he.. Yang penting… kasut saya dapat menyelamatkan saya ketika saat tidak diduga …. dikejar anjing…he…he… salam mesra….πŸ˜€

  2. Walaikumsalam,

    Secara kebetulan tajuk sepasang kasut…πŸ™‚ memang betul juga ye, kadang-kadang yang bersifat sementara banyak kegunaannya. Jika pandai menggunakan segala kelebihan memang tidak rugi untuk memilikinya.

    Memang banyak juga kenangan tentang benda dan perkara yang digunakan dahulu lebih-lebih lagi perkara tersebut banyak mendatangkan manfaat serta kenangan manis.

    Harap antara kita tidak akan lupa jasa yang telah kita perolehi, tapi itulah yang pergi akan datang yg baru namun kadang-kadang yg lama tidak akan sama yg terdahulu biarpun yg baru banyak kelebihannya. Memory….

    Wah…saya pun pernah dikejar anjing…tapi sayang hari tu berkaki ayam…iss iss…πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s