Ucapan untuk sahabat baru


Salam sejatera,

Selamat datang ke laman blog yang menekankan tentang pendidikan ICT, perkongsian maklumat tentang perniagaan internet dan belajar mengenali potensi diri. Laman ini menitikberatkan tentang kredibiliti saya untuk membantu, mencari satu keperluan yang anda kehendaki dan memberikan pendapat tentang keinginan anda untuk mencari sesuatu yang boleh memberikan anda satu kepuasan dalam diri.

Ini adalah untuk anda,
1. Kepada yang baru melawati laman ini, saya ucapkan Selamat datang dan Salam berkenalan.
2. Kepada sesiapa yang beranggapan Laman ini banyak kekurangan, Saya minta maaf dan cuba memberikan yang terbaik dimasa akan datang.
3. Kepada yang menjadi subscriber saya, namun lewat untuk saya memberikan maklumbalas, sekali saya mohon maaf atas kesibukan perkara lain.
4. Kepada anda memberi salam kepada saya walaupun dalam cyber maya, saya sambut dengan penuh kemesraan dan salam yang tidak terhingga.
5. Kepada anda yang mempunyai idea, isilah ruang ulasan(komen) yang saya sediakan.
6. Kepada anda yang baru bersama saya dalam laman ini, Jadilah rakan saya dalam Google Friend Connect.
7. Kepada anda yang pernah mengenali saya sewaktu zaman persekolahan atau anda pernah menjadi anak murid saya sewaktu dulu, jangan lupa hubungi saya.
8. Kepada anda yang memberi 3R kepada saya, saya membalas kembali 3R khas untuk anda. Apa 3R? Anda masih ingat rancangan 3R di TV? Tak pe, cuba imbas kembali memory anda.
9. Kepada anda yang mungkin tidak serasi dalam laman ini, tak pe. Anda mungkin betul sebab masih banyak laman berinformasi seperti ini.
10. Kepada anda yang diam dan fikiran jauh, saya anggap anda seorang yang berkaliber. Diam-diam ubi berisi.
11. Kepada anda yang memasuki laman ini dan tersenyum, saya anggap anda seorang yang romantis.
12. Kepada anda yang tidak banyak bercakap, saya anggap anda seorang pencetus idea bernas.
13. Kepada anda yang banyak cakap, kontrol sikit ye.
14. Kepada anda yang memerlukan khidmat saya, saya akan memberikan yang terbaik dengan 110%. Kepada anda yang pernah mendapatkan khidmat saya, Saya harus meningkatkan prestasi dan kelemahan dalam diri.
15. Kepada yang memahami saya, saya faham.
16. Kepada anda yang ingin tinggalkan laman ini, saya ucapkan semoga kita berjumpa lagi dan jangan lupa datang kembali ke laman ini. Walaupun kita tidak pernah bersua, saya amat gembira walaupun hanya sesaat…

4 responses to “Ucapan untuk sahabat baru

  1. Assalaamu’alaikum

    Ucap selamat yang cukup bagus sebagai motivator yang berpengalaman. Dan cukup menggamit hati saya sebagai kenalan dan sahabat baru dalam ruang laman yang berinformasi ini. Terima kasih kerana mengalukan kehadiran saya dan teman-teman blogger lain di sini.

    Yang cukup menyentuh hati saya adalah ucapan ke 11, 12 dan 13…. aduuuhh… mengena sekali… he..he..he…

    11. Kepada anda yang memasuki laman ini dan tersenyum, saya anggap anda seorang yang romantis.

    Alhamdulillah, terima kasih… teryata saya sentiasa senyum memasuki dunia maya ini, wah.. romantik juga saya ini ya…. he…he… Sesiapa yang selalu senyum maka dunianya akan sentiasa romatis sekali…. saya sukakan stigma ini. Senyum sangat penting. teringat lagu iklan senyum suatu ketika dulu. “Senyum seindah suria, yang memancar cahaya, senyumlah dari hati dunia pun berseri. Senyum umpama titian dalam kehidupan, kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum…. ”

    12. Kepada anda yang tidak banyak bercakap, saya anggap anda seorang pencetus idea bernas.

    Ahamdulillah, ada ketika saya tidak banyak bercakap saat kesibukan dengan kerja dan memikirkan yang terbaik untuk disampaikan kepada sesiapa yang saya berurusan dengan mereka. Saat menulis adalah masa yang banyak menutup mulut saya dari bercakap kerana harus memberi tumpuan ke minda. terima kasih mengingatkan… rupanya saya juga seorang pendiam saat saya perlu diam… heh..

    13. Kepada anda yang banyak cakap, kontrol sikit ye.

    Ini tak boleh kontrol…… saya lebih banyak bercakap dari berdiam diri. maklumlah guru… asyik bercakap-bercakap dan bercakap…. memberi nasihat, menggomel dan macam-macam… kadang kala ia berlaku secara monolog, apatah lagi kalau berdialog… lagi banyak cakapnya…. he..he.. Astaghfirullahal ‘adzim.. Mudahan banyak cakap itu memberi manfaat dan ada kebaikannya di sisi Allah swt.

    Terima kasih mengingatkan semua di atas. Salam kenal kembali dan salam persahabatan untuk hari-hari seterusnya.😀

  2. Salam,

    Setiap orang ada kekurangan, saya pun masih belajar dan sentiasa mencari ilmu dari sesiapa sahaja. Terimakasih juga kerana sudi berkunjung dalam laman ini dan sudi menjadi sahabat.

    Sekadar ucapan untuk sesiapa yang pernah berkunjung namun tidak pernah bersua muka hanya melihat tulisan yg lahir dari hati, naluri dan pemikiran yang datang berkunjung.

    Laman terbuka, dipersilakan datang. Menjamu idea dalam perkongsian, hanya tulisan penghulur sembah, semoga ceria di alam maya. Moga tak jemu datang kembali…🙂

  3. Biasalah manusia pasti ada kekurangan. Tapi keikhlasan untuk berkonsi di blog ini sudah pasti pembaca juga akan ikhlas untuk memberikan respon dan komen yang membina. Terima kasih.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s