Salam Lebaran 1430 Hijriyyah


Sebulan berpuasa, syawal menjelma, seribu keampunan dari saya sekiranya ada terkasar bahasa yang menyentuh jiwa dan perasaan tanpa disedari setiap kali mengemaskini laman blog ini. Apa pun saya mengharapkan anda semua sentiasa ceria menyambut hari lebaran yang penuh bermakna. Isilah diri kita dengan pelbagai ilmu pendidikan dan keimanan agar ianya boleh membantu diri kita menjadi orang yang berguna dalam kehidupan seharian dan sebagai bekalan apabila jasad dimamah bumi.

Keluar dan balik kampung, harta keperluan dan rumah selamat. Pemanduan sentiasa diambil berat, ingatlah mereka yang sentiasa menanti kepulangan kita. Bentuklah diri dan anak-anak kearah kecemerlangan ilmu, membina watak dan otak sebagai pemangkin generasi akan datang. Salam hari lebaran dari saya untuk anda dimana jua anda berada….Maaf Zahir & Batin 1430 Hijriyyah 2009

8 responses to “Salam Lebaran 1430 Hijriyyah

  1. ASSALAAMU’ALAIKUM..

    KEPADA SAHABAT… SAMBUTLAH UCAPAN DARI SAYA. SERANGKAI KATA PENGGANTI DIRI. UNTUK MENYAMBUT HARI BAHAGIA. JARI SEPULUH DI SUSUN JUGA. AGAR KESALAHAN DIAMPUN SEMUA. TANDA IKHLAS PERSAHABATAN KITA. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1430 H. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. SALAM KEMESRAAN DARI SARIKEI, SARAWAK.

    #maaf kerana baru kini dapat berziarah ke laman saudara kerana masalah line internet yang kurang elok. sebaik sampai ke rumah sendiri, alhamdulillah.. jalinan persahabatan dengan teman-teman blogger dapat diteruskan semula.

  2. Salam,

    Fatin, Salam Lebaran 1430H, Maaf Zahir & Batin. Segala usaha untuk memantapkan diri dalam bidang yang anda ceburi agar diberkati selalu. Mengejar impian tidak ada putusnya selagi nyawa dikandung badan. Teruskan impian anda untuk menjadi diri anda yang sebenar.

    Ros, Terimakasih, selagi usaha diteruskan, selagi itu impian semakin hampir. Biarkan diri kita mendekatinya, jangan takut untuk menghampirinya…

    Siti Fatimah, terimakasih kerana berkunjung, Salam lebaran saya hulurkan, mohon maaf jika bahasa tesasar, semoga ukhwah berpanjangan, semoga pengetahuan dikongsi bersama. Semoga ikatan terjalin biarpun hanya dialam maya…Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 09, 2009

  3. salam suhaily..

    Selamat Hari Raya n Maaf Zahir dan Batin..Terima kasih diatas tanda ingatan atas ucapan hari raya…Semoga Hari Raya tahun ini menambahkan lagi ikatan silaturrahim sesama kita…

  4. Salam,

    Zai, Terimakasih juga tanda ingatan, semoga lebaran tahun menjadikan kita lebih baik dari tahun lepas. Maaf Zahir & Batin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s