Benci sebenci bencinya…


Setiap orang pernah mengalaminya, iaitu apabila melihat mukanya dia akan terus membenci sehingga darahnya seakan mendidih…diikutkan hati ingin sahaja menghentam mukanya dengan apa sahaja supaya hati berasa puas! Mungkin setengah orang membencinya oleh sikapnya atau karena yang sukar diterima sehingga timbul rasa kebencian yang teramat sangat. Rasanya semakin dekat kita pada orang itu semakin benci apabila melihat mukanya. Apa tindakan anda dalam situasi seperti ini? Perlukah kita membiarkan hati kita yang bersih menjadi kotor dan busuk? Apakah sebabnya sifat ini ada dalam diri kita? Apakah benteng pertahanan anda?

10 responses to “Benci sebenci bencinya…

  1. Terimakasih kpd yang mengunjungi post ini, setiap yg berlaku semua tahu mesti ada sebabnya. Adakah perkara tersebut sedang menduga kesabaran anda? Adakah perkara tersebut sebagai balasan terhadap apa yang kita lakukan dimasa lampau? yang pasti situasi begini ada penyebabnya.

  2. Assalaamu’alaikum

    Membenci seseorang merupakan sifat semua jadi manusia. Ia menjadi satu fitrah yang membuahkan permusuhan atau kerinduan. Kalau kita membenci seseorang dengan benci sebenci-bencinya… kemungkinan kebencian akan bertukar kasih sayang. Siapa tahu kan. tapi itulah yang selalu kita dengar atau mungkin dialami.

    Semua itu adalah kehendak Tuhan Yang Maha Kuasa bagi meleraikan kebencian lalu ditimbulkan kerinduan dan saling mencintai. Tapi tidak mustahi kebencian akan berbalas dendam kerana tiada kawalan diri dan tidak melihat baik atau buruk risiko yang bakal diambil. Hasilnya… semua menurut nafsu dan amarah yang pastinya dipimpin oleh syaitan.

    Oleh itu, berpadalah membenci dan menyayangi seseorang.
    Cintakan bunga… bunga akan layu.
    Cintakan si dia.. si dia akan pergi.
    Cintakan Allah… Allah sentiasa bersama kita.

    Saudara Muhd. Suhaily, posting terkini saya juga berhubung dengan benci. Sila nikmati juadah ilmunya dengan tenang dan senang. Mudahan mendapat manfaat. Senyum seindah suria. Dengan senyuman dunia akan berseri. Salam mesra dari UKM, Bangi.😀

  3. Walaikumsalam, Siti..
    Memang benar kebencian adalah satu fitra dan inilah membezakan antara insan beriman, kurang beriman dan tidak beriman. Selalunya apabila kebencian timbul semuanya mengikut hawa nafsu syaitan dan didorong oleh kemarahan dalam hati seseorang. Sesuatu yang terjadi ada sebab disebaliknya, kita kena memahami dan harus mengetahui perkara tersebut. Jika dahulu hanya nafsu kemarahan dan kebencian kini tidak lagi sebab yang dibenci telah pergi selama-lamanya. Bersamalah melawan hasutan syaitan, bersamalah membina keimanan agar tidak rapuh dihujung dahan.

  4. Salam Motivasi kerja,

    Itulah persediaan seseorang agar tidak terlalu menerima kehilangan dan kewujudan samada yang disukai ataupun yang dibenci. Ianya membantu agar seseorang itu boleh bertahan dengan dugaan dan tahu mencari jalan penyelesaian untuk sebarang kemungkinan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s