Elak Pesaing anda!


Saya mungkin perlu banyak belajar apabila bercakap tentang ilmu perniagaan internet,perlu mengetahui banyak teknik samada yang berkaitan tentang trafik,jualbeli dan aspek permintaan pelanggan. Kalau ikutkan blog yang saya bangunkan ini pada penghujung bulan mei 2009, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dikemaskini kandungannya. Jika dalam perniagaan internet, mungkin untuk berjaya perlu hasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Pengalaman dalam bidang pendidikan dan ceramah saya gabungkan dalam dunia perniagaan internet dan rasanya keyakinan tetap teguh untuk terus maju kehadapan. My point is, Bagaimana anda ingin menjadi hebat? hebat dari pesaing anda,hebat dari pandangan pelawat anda sehingga menjadikan pelawat menjadi pembeli.

Jika dalam pendidikan, setiap kali saya melakukan taklimat atau ceramah, saya sentiasa ingin menjadi hebat!! ya..hebat seperti anda akan melihat aura bahang panas 100 darjah celcius! dan itu yang saya akan lakukan…itu adalah sasaran utama yang menjadikan saya lain dari yang lain walaupun tak pena masuk TV…hehehe. Bila meyampaikan maklumat kepada sesiapa sahaja, saya tahu mereka akan tumpuhkan perhatian sepenuhnya,tiada orang lain selain diri saya yang berdiri didepan,mereka semua akan pandang kedepan,saya tidak benarkan mereka lelap dalam sesaat pun,saya akan buka minda mereka dengan kelantangan suara dan idea-idea yang berapi…wahh….ini bukan ‘camera! action’ seperti berlakon dalam anak wayang! tetapi ini adalah realiti!

Dalam perniagaan internet sure kita mesti inginkan sesuatu yang hebat! ye ke? Bila saya berdepan dengan peserta untuk sesi taklimat dan ceramah, saya akan pastikan supaya penyampaian saya lebih hebat! saya akan pastikan supaya peserta sentiasa mengingati saya,supaya peserta akan kembali kepada saya,supaya peserta akan war-warkan kepada kawan yang lain,supaya peserta tidak boring,supaya peserta bebuih mulot ketawa sampai muka tembam menjadi merah dan setelah selesai sahaja ceramah mereka akan keluar dengan satu testimoni yang luar biasa.

Mudah saja! untuk elakkan pesaing anda,saya akan sasarkan kepada ‘happy customer’ untuk mencari customer seterusnya. Saya jadikan diri saya hebat dan pakar dalam topik yang mereka hadiri serta sentiasa memberi gambaran terbaik menjadikan peserta tidak tahu dimana ilmu yang harus dicari melainkan dari saya dan yang pasti mereka akan kembali kepada saya untuk menuntut ilmu. Ah itu kalau bidang kepakaran saya, kalau dalam perniagaan internet bagaimana? Apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan pesaing terdekat? atau guna konsep yang saya lakukan tetapi teknik yang berbeza? Ah itulah dia…semuanya tentang isu kepercayaan! Kita berikan yang terbaik dan berkualiti, baru timbul kepercayaan…..dan tiada alasan untuk mereka pergi kepada orang lain.

3 responses to “Elak Pesaing anda!

  1. Dalam menjadikan diri kita hebat berbanding pesaing yang lain, dan menukarkan seorang pelawat kepada pembeli, kita mesti menawarkan suatu tawaran lain daripada yang lain. Lain dari pesaing kita. Dan bekalkan sesuatu yang dirasakan dapat membantu pelawat kita (yang sudah bertukar menjadi pelanggan), sesuatu yang dapat membantu mereka untuk menjadi lebih maju dalam servis atau produk yang kita tawarkan atau jual.

  2. Salam,

    Fatin, Ya, lain dari yang lain, itu saya suka heheh…create lain dari pesaing walaupun kita menjual produk yang sama. Baru nampak unik! Walaupun orang kata, jangan ajar itik berenang, tapi kita bantu si itik dimana ada kolam berisi air untuk mandi.

    etomyam, nama ni special ni,ada maksud yang tersirat? boleh terangkan sikit..heheh…oklah, yang baru melawan yang lama agak susah gak tu(mula-mula),cuma yang baru harus belajar dari yang lama secara diam-diam…mana tahu one day org baru lagi hebat dari si org lama. Apa pun terimakasih manjadi rakan dlm blog ini….TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s