5 Perkara


Post ini taklah panjang sangat, sekadar ingin meminta pendapat dari anda semua:

1. Adakah blog yang anda bina boleh menyampaikan maklumat kepada pelawat anda? atau memaksa pelawat anda memahami sesuatu yang mustahil untuk mereka memahaminya?

2. Adakah anda memberikan penjelasan apa itu RSS apabila anda meminta supaya pelawat menjadi subscriber anda? atau beranggapan pelawat sedia maklum apa itu RSS

3. Bagaimana anda memberikan kepercayaan kepada pelawat anda, supaya email dan nama mereka tidak akan terlepas kepada tangan orang lain?

4. Jangan lakukan SPAM!! Betul ke pelawat anda tahu apa yang dimaksudkan dengan SPAM?

5. Boleh ke anda menyelami perasaan pelawat anda apabila pertama kali melayari blog anda?

Apa pendapat anda? Ini bukannya soalan SPM ye, cuma inginkan pendapat bernas dari anda…fikirlah sendiri….

2 responses to “5 Perkara

  1. Saya ada banyak blog. hehe. Tapi, biar saya jawab berdasarkan blog personal saya seperti link di nama saya ni.😛

    1) Blog yang saya bina khas untuk para pembaca supaya para pembaca percaya dengan kemampuan rakyat Malaysia sekarang untuk menjana wang melalui online. Dalam blog ini saya story jurnal hidup saya bagaimana saya wat2 keje online dan menjana pendapatan darinya. Mungkin boleh bagi idea untuk para pembaca dan dalam masa yang sama, menolong mereka.

    2) Saya tidak pernah memberi penjelasan kepada pembaca apa itu RSS. Tetapi, saya menggantikan istilah RSS dengan perkataan lain yang lebih mudah difahami oleh pembaca. Jadi, mereka akan tahu tujuan saya meletakkan widget RSS untuk kemudahan mereka.

    3) Walaupun bukan daripada pembaca blog kita, email kita juga boleh ‘disedut’ oleh satu software yang berupayah ‘menyedut’ mana2 email yang terdapat di dalam laman web ini. Kebanyakan spam berlaku dengan cara tersebut dan kita harus percaya, kita dan pembaca mempunyai suatu perhubungan dan dengan perhubungan yang terhasil inilah, mustahil dan agak tipis untuk mereka melakukan sedemikian. Lagipun, pembaca tidak akan menghubungi kita sekiranya mereka tiada niat untuk belajar dari kita. So, semestinya mereka menghormati hak privasi kita.

    4) Mungkin ada yang tahu, dan mungkin ada yang tidak tahu. Tetapi, sudah tentu kebanyakan pengguna internet yang mempunyai email mengetahui apa yang dimaksudkan dengan spam. Tetapi, maksud spam lebih baik ditakrifkan.

    5) Melalui komen2 dan pertanyaan dari borang hubungi, mungkin kita akan faham. Berdasarkan niat kita yang ingin memberi maklumat kepada mereka, sudah tentu lebih mudah untuk kita memahami apa yang mereka inginkan. Dan kita juga takkan bercakap mengenai perkara yang kita tidak pakar. Jadi, seorang pakar semestinya tahu dan faham apa yang pembaca mereka inginkan.

    Abih 5 jawapan kepada 5 soalan😛

  2. okei…jawapan yg bernas!

    1. Jawapan No 1: Saya setuju,seorang usahawan yang berjaya bukan sahaja berjaya untuk diri sendiri tetapi mampu membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Ramai yang diluar sana mungkin hebat dari kita tetapi dlm masa yang sama,ada perkara baru yang kita boleh ketengahkan untuk mereka.Bukan mengajar itik berenang tetapi kita bantu dan bawa di mana adanya air untuk itik tadi merasakan kepuasan apabila menjumpai kolam yg dipenuhi air hujan. Org malaysia juga mampu berjaya dalam internet online, lebih-lebih lagi jika usahawan itu seorang wanita.

    2. Jawapan No 2: Ini pun saya setuju,umpama dalam petak kecil jika ruang tak cukup untuk penulisan, boleh digantikan objek sebagai pembayang atau sesuatu benda yang boleh menerangkan maksudnya.

    3. Jawapan No 3: Isu kepercayaan memang memainkan peranan yang penting bagi si pelawat, mereka tidak akan berhubungi dengan kita jika tidak menginginkan sesuatu ilmu yang lain dari yang lain. Cuma ada setengah pelawat dan pemilik laman ini sendiri akan menjadi mangsa keadaan kerakusan kumpulan SPAM dan SCAMMERS.

    4. Jawapan No 4: Adalah lebih baik jika huraikan sedikit tentang apa itu SPAM, jika kita sendiri memberikan amaran ‘jangan lakukan SPAM! Apa akibatnya dan kemudaratan sampingan.

    5. Jawapan No 5: Jangan menilai orang dari luarannya, tetapi dari luaran ini juga boleh menyampaikan maklumat siapa mereka dan adakah mereka ini berkualiti. Samalah seperti jika kita ingin membeli produk e-book. E-Cover yang cantik pasti akan memukau hati si pembeli. Satuju?? Dari luaran jika kita berikan satu kualiti yang tinggi maka disitu juga mereka akan tahu setakat mana kepakaran kita.

    Abih 5 jawapan anda sudah saya bidas! utk 5 soalan.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s