Kunci Keyakinan Diri


Kunci kepada Keyakinan diri!

Setiap kali bila saya memberikan taklimat,seminar dan kelas salah satu kunci kejayaan dalam diri kita adalah ‘self-confidence’ (keyakinan diri). Bagaimana saya dan anda sebagai seorang individu yang takut dengan kelemahan diri menjadikan pergerakan minda,pengetahuan dan kekuatan dalaman terbatas disebabkan oleh ketidakyakinan yang begitu menebal dalam diri masing-masing. Saya akan kongsikan bagaimana saya dan anda boleh mengatasi kelemahan diri dengan cara meningkatkan keyakinan menggunakan teknik membaca,mengharungi dan menyelami perasaan dalam situasi yang tidak menentu. Bagaimana saya membina keyakinan peserta yang mengikuti latihan atau apa saja bentuk penyampaian maklumat samada secara bersemuka atau kumpulan. Apakah yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan keyakinan? Secara tidak sedar mereka yang mempunyai kelemahan seperti tidak yakin akan mempunyai keyakinan tinggi dan secara tidak langsung aura kepulan sentiasa membakar tanpa mereka sedari.

Ikutilah tip langkah demi langkah dan berikan ‘point penting’ anda dalam ulasan/komen supaya kita sama-sama boleh mengaplikasikan menjadi satu tahap keyakinan dalam diri anda kelak. Sedar atau tidak untuk menjadi diri anda sendiri keyakinan memberikan kita satu kuasa luar biasa untuk membina kehendak dan mencapai impian serta cita-cita anda! Tranformasi ini akan membantu anda mencapai tahap keyakinan yang tinggi dengan cara sepontan.

1. KEYAKINAN seperti anda mempunyai kuasa luar biasa.
2. KEYAKINAN membuka ruang minda anda tanpa ganguan.
3. KEYAKINAN membuatkan kita sentiasa diperhatikan.
4. KEYAKINAN mewujudkan daya tarikan seperti magnet.
5. KEYAKINAN mengubah gaya hidup anda.
6. KEYAKINAN bukan satu lakonan separa sedar.
7. KEYAKINAN bukan bertujuan menimbulkan satu presepsi yang kita adalah hebat dari orang lain.
8. KEYAKINAN menghindarkan anda dari rasa bersalah.
9. KEYAKINAN bukan bertujuan mengambil kesempatan dalam kesempitan.
10. KEYAKINAN bukan bertujuan menimbulkan ‘EGO’ dalam diri anda.

“KEYAKINAN adalah satu hadiah yang perlu dicungkil,diasah dan diolah. Kita harus selami ketakutan dan perlu menghadapi realiti bahawa ianya adalah satu kebiasaan dalam kehidupan.

Langkah pertama:

1. Senaraikan 10 perkara yang perlu anda kecapi, pastikan perkara tersebut adalah sesuatu yang paling anda sukai dan minati. Ia bukan sesuatu yang dipaksa oleh sesiapa tetapi mengikut kerelaan hati anda. Senaraikan sekarang! Setelah anda senaraikan 10 perkara tadi jangan lupa kembali ke blog saya,letakkan komen anda di ruang ulasan, saya akan memberikan anda langkah seterusnya bagaimana meningkatkan keyakinan diri. INSYALLAH
Jika berminat untuk mengikuti mini coach yang ditawarkan, anda boleh layari:
Perniagaan Internet
Perniagaan Guru Tuisyen

9 responses to “Kunci Keyakinan Diri

  1. Saya pernah going thru beberapa interview. And dalam banyak2 interview tu, satu je interview yang saya gagal. Sume tu sebab saya tak yakin dengan diri saya masa. So, mungkin kunci kepada kejayaan sesuatu interview adalah keyakinan. Apa yang interviewee nak tgk is keyakinan. Mungkin.

  2. Salam Fatin,

    Terimakasih menjadi yang pertama dalam topik ini. Melangkah ke sesi interview memang menyeronokkan sebenarnya. Cuma yang membataskan antara kita dan si penemuduga adalah bahang ‘keyakinan’ & ‘tidak yakin’. Sebelum interview dijalankan, sure kita semua akan bersedia, bersedia untuk menjawab dan bersedia utk disoal.

    Ini bermakna, persediaan dalam apa juga bentuk.
    Selalunya bila kita dalam sesi temuduga, mata point akan dikira dari tajuk seperti berikut.

    1. Introduce yourself (tajuk yang boleh memberikan kita mata yang tinggi.) Bila kita hendak huraikan siapa diri anda. Huraian yang kita boleh buat ialah seperti yang telah saya jelaskan di
    http://www.e-webniaga.com/bengkelppt/?p=716 Huraikan secara terperinci.

    Apa pun apabila ‘ketidakyakinan tiba-tiba menjelma dalam diri, segala persediaan akan menjadi pudar dalam memory kita dan ini menjadikan apa sahaja point yang kita simpan sebelum melangkah keluar dari rumah akan bertaburan. Tindakan pantas harus dilakukan, iaitu SCAN dan DEFRAG memory.

  3. saya mengalami masalah di dalam berkomunikasi..dan 1 lg sy tidak dapat fokus di dalam pergaulan.apabila ini terjadi saya sering
    diabaikan atau tidak di ambil kisah oleh rakan rakan..so bagaimanakah dapat sy menyelesaikan masalah ini??

  4. Salam, Azhar…

    Terimakasih kerana mengemukakan soalan yang saya rasa cukup baik bukan sahaja untuk saya tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai masalah seperti yang dialami oleh Azhar. Ok, Selalunya masalah komunikasi ini berkait rapat dengan sifat malu seseorang yang jarang sekali bergaul dengan orang ramai atau sesiapa saja.

    Orang kata apabila ingin meningkatkan prestasi anda dalam pergaulan, kena selalu bercakap dengan diri sendiri dengan menggunakan cermin tetapi tidak semua orang dapat melakukannya. Hari ini saya akan berikan Azhar satu tips yang mungkin lain dari yang lain. Kita akan selesaikan masalah ini satu persatu secara berperingkat.

    Saya huraikan dahulu sedikit tentang masalah anda.
    Kes pertama: saya mengalami masalah di dalam berkomunikasi.

    Azhar perlu tahu masalah komunikasi ini adalah normal,tidak semua yang dilahirkan adalah hebat! Masalah ini timbul apabila kita tidak yakin apabila bercakap dihadapan orang ramai malahan apabila berhadapan dengan cermin pun anda tidak yakin untuk mengeluarkan suara dalaman anda,perlu diingat anda sebenarnya seorang yang hebat!! cuma perlu mengetahui bagaimana mencungkil kehebatan dalaman anda dan secara tidak langsung jika dalaman kita lemah maka orang akan sentiasa dapat melihat kelemahan dari segi luaran diri kita,Ingat tu.

    Saya tahu, bila Azhar bercakap seorang diri yang mana saya boleh kategorikan bercakap secara monolog. Anda boleh bercakap dengan ayat yang tersusun apabila bercakap dalam hati tetapi bila cuba untuk mengeluarkan kata-kata tersebut secara tiba-tiba percakapan anda tersekat seperti kehilangan idea,topik dan timbul kata kata seperti ah…ah…hmm…masalah ini akan terbawa-bawa apabila anda berhadapan dengan orang. Anda pasti tidak akan fokus sambil mata kekiri kekanan dan kemudian lontaran pandangan anda akan lari sebab anda tidak yakin dengan diri sendiri apabila bertentang mata dengan seseorang. Maka timbullah masalah komunikasi seperti tidak yakin,tidak tahu apa tajuk yang perlu anda mulakan,tidak berani untuk memulakan perbualan, anda seperti sebatang kaya yang reput hanya menunggu rebah dimakan anai-anai. Maaf jika terkasar bahasa ya, Ok Azhar, anda kena berani mencari satu topik yang sesuai dengan diri anda, belajar berbicara secara monolog(dalam hati) terlebih dahulu.

    Apa yang saya nak Azhar lakukan adalah, bila bercakap dengan seseorang keluarkan 100% suara anda! Tidak perlu suara yang romantik ya..bercakap seperti anda yang sebenar benarnya. Mulakan bercakap seorang diri, suara anda kena lantang,berlatih dan terus berlatih. Lama kelamahan anda pasti akan merasakan satu aura keyakinan dalam diri anda biarpun ianya mengambil masa sedikit untuk membina keyakinan dalam diri. Untuk meningkatkan pergaulan/komunikasi anda,ambil gambar seseorang sebesar poster dan lekatkan pada dinding dan jika boleh biarlah gambar tersebut gambar perempuan! sebab apa? bukan nak siok ye…sifat malu ini lebih mendalam apabila anda berhadapan dengan seorang wanita/perempuan. Sediakan satu tajuk yang betul-betul anda minati, sebagai contoh berceritalah tentang diri anda,siapa anda sebenarnya. Ingat, suara kena lantang,pedulikan jiran sebelah.

    Sebelum memulakan komunikasi anda dengan gambar tersebut, pastikan diri anda fokus dan saya nak Azhar pandang gambar tersebut tetapi tumpuhkan hanya pada hidungnya okay…ingat! bercakap dengan yakin dengan pandangan fokus pada hidungnya sahaja. Berlatih,berlatih dan terus berlatih. Ada banyak lagi teknik yang perlu anda pelajari, buat dahulu teknik ini dan jika anda masih mempunyai masalah, jangan lupa lawati blog ini untuk meminta pandangan dari saya.

  5. Syawal, Terimakasih kerana mendaftar pra pendaftaran. Saya akan hantar maklumat ke email anda. Program akan dijalankan di Kuala Lumpur tidak jauh dari kawasan stesen puduraya. TQ

  6. saya juga mempunyai msalah dalam komunikasi dan pergaulan…saya mudah rapat dengan seseorang tetapi apabila terjadi sesuati konflik saya tidak menghadapinya dengan baik dan mudah mengalah dan akhirnya tertekan…saya juga sering merasa terpinggir apabila berada dalam kelompok yang ramai..kawan-kawan saya juga sering menyindir saya dan sering menyalahkan saya apabila berlakunya sesuatu masalah dan meningkatkanlagi perasaan rendah diri dalam diri saya…bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini?

  7. Assalaamu’alaikum

    Tulisan yang bagus dalam membina keyakinan diri. Mudahan Muhd. Suhaily sentiasa mantap dan berwatak lebih yakin untuk meyakinkan orang lain tentang keyakinan terhadap diri sendiri.

    Apabila kita mulai berpegang kepada keyakinan, maka hilanglah kesangsian.
    Apabila seseorang tidak mempunyai alasan supaya yakin pada dirinya sendiri, tentu sekali dia hanya akan percaya kepada nasib yang bakal menimpanya.

    Apabila kita yakin, contohnya… jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur hendaklah melalui lebuh raya itu dan ini walaupun sesat beberapa kali ( percubaan pertama) … hasil keyakinan kita mencari jalan ke destinasi itu…. kita sampai jua walaupun hari hampir tengah malam… padahal perginya sejak jam 3.00 petang… he..he…he… kerana yakinlah… aku sampai juga ke Kuala Lumpur dengan memandu kereta semata-mata nak makan Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru… he..he… cukuplah dengan sekali yakin…… pah ni naik komuter aje..

    Dengan keyakinan.. kita menghidupkan semangat dalaman untuk berani menghampiri semua rintangan yang bakal mendepani usaha kita. Salam mesra selalu.šŸ˜€

  8. salam…saya amat tertarik dengan motivasi2 yang telah diberikan kerana sye juga mempunyai masalh yg sma dgn viewer yg lain.
    sye ingin bertanya..apakah yg patut saye lakukan sekiranye saya di kutuk dihadapan kwn2 sekerja saya ketika meeting sdg dilakukan..saya rase agak keterlaluan sekiranya seorang bos mengutuk dan mengata anak buah nye dihadapan khalayak ramai.bukankah seorang bos yang baik akan memberitahu segala salah dan silap anak buah nye secara face to face..saya rase amat rendah diri pabila berada bersama kwn2 dan ini menyebabkan saya berasa hilang semangat utk bekerja dan ingin mencari kerja lain..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s