Pendidikan Kanak-Kanak dari ‘Tom Tom Bak’


Segmen pendidikan ‘EJA’ yang diselitkan dalam rancangan ‘Tom Tom Bak’ saya rasa adalah satu idea yang amat baik yang telah diketengahkan oleh Paknil dan Astro amnya. Wah!…selain dari segmen Jom borak,ada bakat ke dan lain-lain segmen tidak lupa juga dalam rancangan Macam-macam Aznil yang secara tidak langsung ini telah menunjukan kredibiliti dan kekuatan Paknil mendidik anak-anak malaysia yang memerlukan bimbingan, tunjuk ajar serta telah mewujudkan suasana kerharmonian dan kekeluargaan bersama puluhan ibubapa di malaysia lebih-lebih lagi apabila kewujudan ‘Anmun Essential Eja’ yang akan menguji minda dan daya pemikiran yang pantas dalam dunia pendidikan khasnya untuk kanak-kanak.

Wujudnya Tom-Tom Bak dalam siaran 611 Astro Ceria sebenarnya telah mengabungkan dunia pendidikan dan hiburan khasnya untuk kanak-kanak seiring dengan konsep yang diketengahkan oleh Astro namun setiap perkara yang diketengahkan pasti ada kekurangan dan kelebihannya.

Setiap kekurangan sudah pasti pihak yang berwajib akan terus mencari penyelesaian, manakala kelebihan akan terus diketengahkan bagi memperkuatkan lagi jati diri,pemahaman,kecekapan dan kecergasan minda untuk anak-anak malaysia. Konsep baru yang diketengahkan ini rasanya boleh saya katakan sebagai ‘teras hiburan kearah pendidikan sivik’. Semuanya harus dimulakan, semuanya harus dipupuk dan disemai dari asas. Berpandukan kebolehan dan kekuatan Paknil kepada anak-anak malaysia, rasanya dia(Paknil) boleh pergi jauh lagi sebagai pendidik diluar sana yang mengantikan ibubapa dan guru yang sedia ada.(pendidik orang ketiga). Dalam mendidik kalau tidak diselitkan unsur hiburan dengan tujuan menghiburkan minda rasanya perjalanan minda kearah pendidikan akan terbatas. Belajar jangan ada boring! berhibur ada tahapnya, biarlah seiring dan sejalan bagi memudahkan pemikiran kanak-kanak sentiasa boleh berfikir. So Paknil, teruskan usaha anda, yang baik selalunya menjadi ikutan….INSYALLAH. Apa pendapat anda??
Mulakan sumbangan anda dari sekarang! Terimakasih.

8 responses to “Pendidikan Kanak-Kanak dari ‘Tom Tom Bak’

  1. apa kata kalau kurangkn skit hiburan dalam tom tom bak ni..pelbagaikan lagi pendidkikan termasuk yang melibatkan agama bangsa dan budaya..melentur buluh biarlah dar rebungnya.

  2. Salam,

    Saya pun setuju juga pendapat anda, saya rasa beberapa segmen dlm Tom Tom ini telah pun digantikan dan dikurangkan disebabkan ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan gaya persembahan kanak-kanak seperti cara pemakaian yang mungkin tidak sesuai untuk budaya malaysia. Apa pun segmen ini telah pun digantikan dan kemunculan segmen EJA bagi menguji kecekapan kanak-kanak dalam bidang pendidikan. Lagu-lagu yang yang berkonsepkan rock atau gaya artis rasanya telah juga digantikan dgn lagu yang berkonsepkan adat ketimuran melayu cuma yang tak nampak lagi pelajaran tentang agama. Maaflah kalau tersilap pandang. Terimakasih..

  3. salam.. tom-tom bak kali ni bagus sebab ada segmen eja ni. kelakar gak tgk gelagat adik2 nak mengeja.hahaha.. tapi apa2 pun dieorang akan lebih cekap utk membuat otak berfikir & berfungsi ngan pantas🙂 nanti tambahkanlah segmen utk spelling lak(in english) cari simple2 jer.., math ke ok gak bagi adik2 ni minat math..
    hiburan pun ok, tapi try kawal sikit.. takde hiburan busan plak adik2 kita ni..

  4. Ah betul tu,ramai kanak-kanak yang diuji minda untuk membaca dan memahami maksud perkataan yang diberikan. Pelbagaikan segmen pendidikan dlm tom tom bak ini kan bagus…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s