Siapa diri Anda?


Jam menunjukan 10.50 mlm, selain daripada post tentang pendidikan ICT dan internet perniagaan, saya juga akan selitkan topik pembangunan diri. Siapa tahu suatu hari nanti anda bercita-cita menjadi seorang yang begitu disanjungi,diingati dan mungkin diminati (siapa tahu!). Menjadi diri yang sebenar bukannya mudah, terlalu banyak halangan dan rintangan yang perlu kita tempuhi. Saya bagi contoh mudah, setiap kali apabila anda mengikuti bengkel,seminar atau small discussion group selalunya ‘speaker’ akan memperkenalkan diri terlebih dahulu baru giliran anda untuk ‘Introduce yourself’. Saya selalunya apabila mengadakan bengkel ‘Train the Trainer’ soalan senang dan mudah yang saya kemukakan namun jarang-jarang orang boleh menjawabnya dengan tepat. Kenapa? Jika soalan saya berbunyi, Sila perkenalkan diri anda/Siapa diri anda. Apakah yang bermain dalam fikiran anda sekarang? Sudah tentu jawapan yang sering kita dengar adalah. Nama saya blah blah, umur blah blah, pekerjaan blah blah, bidang blah blah…sebenarnya jawapan yang anda berikan tidak jelas dan tidak memberitahu siapa diri anda yang sebenar.

Mulai saat ini,apabila anda diajukan soalan seperti ini, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan.
A. Siapa diri anda(Who you are)? Beri ulasan sebaik mungkin tentang perkara berikut.
1. Kepercayaan
2. Nilai moral/jati diri
3. Prinsip diri
Selitkan juga tentang bidang atau pengalaman yang ada dalam diri anda dan ianya merangkumi ‘skills,strength,knowledge and weaknesses

B. Who do you want to be?
1. Inilah wawasan anda sebenarnya, kenali diri anda, siapa anda sebenarnya,dimana anda berada 5 tahun akan datang. Berikan ulasan tentang tiga perkara ini.
1a. Sikap
1b. Tabiat
1c. Pendapat (point of view)
Ingat, destinasi anda merangkumi dalam pelbagai aspek seperti fizikal, emosi, intelektual dan rohani.

C. Misi (Mission). Misi anda bergantung kepada ‘wawasan’ anda. Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya, anda perlu tahu titik destinasi anda iaitu usahawan dalam bidang yang dipilih.

D. Beg rahsia

Apa yang saya maksudkan dengan beg rahsia? Jawapannya, apa yang perlu ada dalam diri anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ianya berkait rapat tentang ‘skills,sikap dan pengetahuan. Tanpa rahsia ini sudah tentu anda tidak boleh menjadi apa yang diimpikan.

E. Panduan dan perjalanan menuju kejayaan. (landmarks)
Panduan ini akan menentukan anda telah memilih jalan yang tepat manakala perjalanan memberikan anda gambaran tentang masa yang diperuntukan(masa itu emas) samada anda melakukan mengikut jadual yang betul. Dengan erti kata yang sebenar panduan dan perjalana ini bermula dari impian sehinggalah impian tersebut tercapai. Namun perlu diingat, mencapai impian tersebut memerlukan banyak pengorbanan.

Ok, berbalik kepada mula tadi, sekiranya anda disoal seperti yang saya sebut dari awal tadi, berilah ulasan sebaik mungkin tentang apa yang telah dihuraikan diatas. INSYALLAH anda akan lebih memahami,lebih jelas tentang misi dalam kehidupan anda. Sekian.

3 responses to “Siapa diri Anda?

  1. Salam,
    Memang betul.Kita kena menetili dengan dekat apakah misi kita ataupun matlamat hidup kita dan kita berusaha untuk mencapai matlamat itu.Mencari identiti kita yang sebenar adalah satu kepastian supaya hidup kita lebih terarah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s