Kerja sendiri dan Makan Gaji


Semenjak berhenti dari kolej, kini masa untuk keluarga dan anak lebih banyak saya luangkan. Berbanding dengan kerja sendiri dan makan gaji kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kebaikan cuma jika kita mengambil peluang untuk berkerja sendiri pastikan diri kita betul-betul bersedia untuk menghadap sebarang risiko terutama dari segi kewangan. Jika baru dalam bidang biz ini besar kemungkinan pendapatan bulaan ataupun harian tidak stabil lebih-lebih lagi jika kita baru dalam perniagaan yang masih terlalu mentah dan perlu banyak belajar samada dari orang lain atau mana-mana sumber yang boleh membantu meningkatkan kredibiliti,semangat,kesabaran,pengetahuan dalam bidang yang kita ambil.

Berhenti dari perkerjaan tetap dan menceburi perniagaan sendiri dari rumah memang mempunyai risiko yang tinggi namun apa yang saya lakukan adalah: Saya telah mulakan dengan IMPIAN – TEKAD -BELAJAR – SEMANGAT – SABAR – dan kena sentiasa KONSISTEN. Jika kunci ini tidak ada dalam diri anda maka, kejayaan susah untuk dikecapi walaupun hanya berbekalkan semangat dan ingin cuba! Ingat! semangat tidak akan cukup untuk menrealisasikan impian anda. Banyak cara untuk berniaga, banyak cara untuk untung,banyak cara untuk menjual, banyak produk untuk dijual! Gunakan kemahiran! gunakan kebolehan!selidik diri anda! tanya diri anda!apa yang anda boleh buat? apa yang anda suka?apa yang disukai oleh orang lain tentang diri anda? semuanya berada dalam lubuk hati anda! Percaya atau tidak, lakukan sekarang…If you say just try! you won’t be success! Do it and see for yourself! anda tidak akan menyesal..

Anda kini sudah tentu mempunyai semangat yang membara bukan? Namun secara tiba-tiba keinginan dan semangat tersentak, berhenti sejenak! KENAPA? sudah tentu terbatas apabila anda terfikirkan tentang kewangan bukan! Selalu bila ingin memulakan perniagaan, mentaliti yang ada dalam fikiran kita adalah DUIT! DUIT! DUIT! nak beli itu, nak beli ini, nak sewa ini dan sebagainya. Memang perlukan wang! TETAPI fikirkan wang yang kecil dahulu dari memikirkan wang BESAR sebab sudah tentu ini akan membebankan anda. Biar bermula dari bawah sekecil semut pun itu adalah yang terbaik sebab sengatannya boleh mengakibatkan Gajah dalam kesakitan.

Dulu bila nak mulakan perniagaan, saya sering bertanya dalam diri, apa yang boleh saya buat dalam perniagaan? hmmm…Apa-apa jelah…ADA APA yang saya maksudkan disini adalah tentang sesuatu perkara samada yang digunakan untuk benda,orang,jenama,maklumat dan pengetahuan. Jika soalan diajukan kepada anda, Ada apa pada nama? Orang mati meninggalkan nama! Harimau mati meninggalkan belang!dan jika benda lupus meninggalkan apa? Adakah ianya akan meninggalkan kesinambungan kepada yang baru? Sudah tentu!Setiap yang lama akan berganti kepada yang baru biarpun yang lama tidak seperti yang sebelumnya namun adanya perkara baru disitulah idea baru akan menjelma dan lahirlah satu era baru yang dinamik, runtuhnya satu kerajaan sebab tidak mempunyai asas, bangunnya sebuah kerajaan sebab adanya asas yang menyokong supaya ianya dapat berdiri teguh sehingga ke hari ini. Lahirnya satu nama sebab adanya asas dan wujudnya satu produk sebab lahirnya kehendak dan permintaan individu yang melahirkan satu jenama yang tidak boleh disangkal dan menjadikan populariti zaman berzaman. Kesimpulannya pentingnya ASAS untuk melahirkan individu,produk,jenama dan pengetahuan yang berkualiti serta boleh diguna pakai sehingga kehari ini.

7 responses to “Kerja sendiri dan Makan Gaji

  1. Ramai orang, terburu2 nak wat bisnes sndiri, dan terus berhenti kerja. Sedangkan mereka tak de asal kukuh lagi dalam bisnes. BIle bisnes tak menjadi, mula putus asa, cakap nak wat bisnes susah. Sedangkan, mereka buat tak kena cara. Kebanyakkan mentaliti mcm ni, buat bisnes sebab ikut orang.

  2. Salam,

    Terimakasih Fatin, saya setuju..dalam bisnes mesti ada cara dan teknik yang mana merangkumi:
    A. Cara: Bagaimana memulakan bisnes kita,apa yg perlu dilakukan,apakah sumber terbaik untuk membantu diri dalam perniagaan dan adakah kita sudah bersedia menjalankan perniagaan tersebut.

    B. Teknik: Secara peribadi, kalau produk yg kita keluarkan biarpun kecil tetapi jika ada permintaan INSYALLAH, produk ini boleh dijual tetapi kenalah menggunakan teknik yang betul untuk memasarkan produk tersebut terutama dari segi promosi. Tahu siapa pasaran produk tersebut.
    Sekali lagi, TQ dgn sumbangan anda dlm ruang ini.

  3. Salam,
    Betul tu, sebelum lakukan sesuatu, kena ada asasnya. Dunia sekarang ni semua perlukan duit. Takde duit boleh hidup tu dah tidak boleh dipakai lagi. Taraf hidup kita pun semakin tinggi. Harga barang pun semakin naik. Kalau dah naik, susah nak turun. Mengenai bisnes, memang ada banyak bisnes yg kita boleh buat tetapi kita perlu arif mengenainya.🙂

  4. Betul, berniaga biarlah kita mahir tentang produk tersebut, anak? ohh..heheh..satu je..hmmm tak silap, saya ada nampak gambar sekali dgn anak dalam blog dulu..yeh..?🙂

  5. Sesiapa yang ingin kerja sendiri hanya dari rumah, pergi ke muka hadapan dan klik butang FREE, Join my home business strategy..saya akan berikan salah satu teknik untuk anda. Tetapi pastikan anda harus mengambil tindakan susulan untuk melakukannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s