Talk percuma bukan sia-sia July 12, 2010
Posted by Muhd Suhaily in Analisis dan Kajian, Bengkel/Workshop, Coaching, MINI SEMINAR, Motivasi, Perniagaan, Public Speaking, Tip Bebas Tajuk.13 comments
Hari ini saya akan kongsikan beberapa idea bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan dengan hanya bercakap dihadapan ramai. Apa jenis produk anda pun, ia sememangnya boleh buat duit yang penting ‘perlu mahir mengenai produk dan tahu kepentingan dan faedah yang perlu dimiliki oleh pelanggan tentang produk yang anda tawarkan, maknanya apa yang anda tawarkan adalah ’solution’ kepada mereka.
Pendapatan melalui ‘ free talk’ atau free seminar mengenai produk anda bukan sia-sia sekiranya anda tahu bagaimana strategi yang betul, tidak perlu saya cakap panjang lebar sebab sedar atau tidak kita sebenarnya sentiasa menjual setiap hari.
So listen carefully, Jika anda ingin mencuba atau beralih bidang kepada training,coaching,motivasi,ICT dan sebagainya, memang tepat anda membaca artikel ini. Bagaimana jika saya bermula dengan sebuah sekolah untuk memasarkan produk untuk pelajar? boleh ke? bagaimana caranya? sebenarnya banyak lagi organisasi yang boleh anda jadikan sebagai sasaran tetapi disiplin dan step by step sangat penting dalam apa juga projek yang anda jalankan. Jadi lebih baik bermula dengan angka satu(1) atau lebih jelas bagaimana menjadikan angka RM1 kepada RM1000 dengan no 1.

Apa yang perlu anda sediakan?
1. of course yang pertama adalah surat permohonan – mana boleh main masuk saja kan.. Ada dua pilihan anda -hantar surat rasmi kepada kaunselor dan cc kepada pengetua sekolah atau hantarkan profil serta proposal anda terus kepada pengetua sekolah dan pastikan apa yang ingin ditawarkan semestinya ‘FREE’.
2. Iklan/flyer – buatkan dua iklan satu untuk main produk for school dan satu lagi produk sampingan. sebab apa? kita tidak pernah terlepas apabila orang bertanya, ini saja ke? bila ditanya ini saja ke then baru keluarkan produk sampingan anda. Ini adalah antara anda dengan sekolah! bukannya sekolah datang ke organisasi anda seperti ‘open day’ dan membuatkan anda mengeluarkan setiap produk dari peti anda.
3. Sediakan slide presentation mengenai program yang ingin anda berikan pada pelajar ketika itu. Terpulang dengan tajuk program yang anda persembahkan. Saya bagi contoh: STRATEGI BELAJAR UNTUK LULUS DALAM PEPERIKSAAN. Saya perlu jelaskan walaupun produk anda berlainan dari saya tetapi konsep yang saya ketengahkan tetap sama, so jangan risau sekiranya produk anda dan saya berlainan.
Bila anda memberikan secara percuma dengan pihak sekolah mereka akan menyambutnya dengan tangan terbuka lebih-lebih lagi apa program yang anda tawarkan memberikan kebaikan antara pelajar serta guru dan ianya percuma. So, bukan kah ini menarik minat pihak sekolah? Anda boleh berikan satu program jangka pendek FREE kepada pihak guru, contohnya:
1. Training mengenai soft skills
2. Training mengenai ICT
3. Perniagaan dalam pendidikan
4. Perniagaan dalam latihan
5. Pendapatan tambahan melalui tuisyen
6. Perniagaan internet – kelebihan dan kekurangan
…berikan satu skill pada organisasi tersebut berpandukan kemahiran anda!
Apabila anda membentangkan persembahan kepada pelajar, elakkan menjual tetapi promosikan kelebihan, kredibiliti, kemahiran dan kemampuan serta berikan solution atau penyelesaian kepada setiap situasi yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Anda akan dilihat seorang yang mantap dan pakar dengan bidang yang anda cuba ketengahkan.
Jika sudah berjaya, bagaimana pendapatan boleh tercipta?
1. Bila saya dilihat seorang yang pakar, adakah pelajar mencari saya kembali bertanyakan soalan? ya sudah pasti! so saya telah mencadangkan pada pelajar agar menyertai khidmat kaunseling secara online dengan yuran ahli RM2.00 sebulan. Jika servis yang saya berikan memang terbaik, adakah pelajar ini akan menjadi ahli untuk bulan berikutnya?
Jika seorang RM2.00, jika satu sekolah menyertai program ini dari form 1 ke form 5 bagaimana? jika ianya percuma saya pasti pihak sekolah tidak akan melepaskan peluang seperti ini untuk semua pelajar. Bagaimana jika satu sekolah mempunyai 3000 pelajar dan seribu pelajar telah menyertai sesi kaunseling saya. RM2.00 X 1000 pelajar = RM2000 sebulan. Adakah talk free saya sia-sia?
2. Selepas tamat persembahan saya telah keluarkan ebook mengenai teknik belajar cara berkesan dan telah menawarkan dengan harga promosi RM5.00. Satu talk yang saya jalankan seramai 100 orang, 40 – 60 orang telah membelinya. Jadi.. RM5.00 x 60 orang = RM300. Jadi saya datang ke sekolah bawa idea, saya balik bawa RM300 duit poket. Adakah talk free saya sia-sia?
3. Ada yang kata saya tidak ada ebook, jangan risau. Cari ebook free dari internet yang mempunyai hak jualan semula. Buat kemaskini dengan lebih kemas dan jual harga promosi. So..adakah talk free anda sia-sia?
4. Masih ada yang kata, saya tak dapat cari ebook lesen PLR atau MRR, apa yang perlu anda buat? Deal dengan IM yang mempunyai produk sama dengan kemahiran anda, anda jadilah offline affiliates. Berapa komisyen yang anda dapat sekiranya dapat menjual satu ebook, paling kurang pun RM10 kan…so kalau ada pelajar membelinya paling kurang pun 20 orang dari seratus, berapa yang anda dapat? RM10 x 20 orang = RM200. So..adakah talk free anda sia-sia?
Semua apa yang saya perolehi belum termasuk pendapatan dari guru yang saya berikan talk free…so adakah talk free saya sia-sia? oklah nanti kita sambung lagi…ye
Wanita sebagai Blogger November 30, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.7 comments
Saya beranggapan ramai wanita di luar sana sama hebat dengan lelaki yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang blogger. Seperti yang kita lihat, kini ramai blogger dikalangan wanita yang mempunyai kemampuan untuk menjadi seorang blogger yang hebat, hebat dengan perkongsian informasi, hebat sebagai perunding dan hebat sebagai penyampai maklumat secara live. Bukan sahaja kemampuan untuk berinteraksi tetapi sangat bagus sebagai seorang yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada penyelesaian masalah. Memang tidak dinafikan kebanyakannya wanita berblog menjurus kepada perkongsian diari kehidupan tetapi kini telah ramai yang berjinak-jinak kepada perniagaan secara maya.
Mereka ini terdiri daripada golongan pelbagai kelompok samada seorang guru, motivator, penceramah, peniaga, suri rumah, wanita berkerjaya dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui laman blog adalah satu laman untuk berinteraksi secara online, meluahkan pendapat, beramal jariah dan banyak lagi yang boleh dikongsikan bersama wanita-wanita hari ini. Dengan menulis secara online, wanita kini telah membentuk satu komuniti yang besar di alam maya, bermula dari titik-titik kecil sehingga menjadi satu empayar yang besar dan kuat dengan sokongan rakan komuniti setempat.
Walaupun ada diantara mereka yang kurang dari segi teknikal tetapi semangat dan kemampuan mereka jelas dilihat hasil dari penulisan yang berkualiti dan mampu berdaya saing dengan laman blog yang dimiliki oleh kaum lelaki. Kekurangan kemahiran dari segi teknikal bukan penghalang untuk mereka menjadi seorang blogger yang berkaliber, jelas kelihatan penghasilan rupabentuk, saiz dan warna pada blog wanita hari ini amat memberansangkan.
Sememangnya apabila wanita menceburi bidang blogging, dengan mudah sekali bertukar-tukar pendapat, berkongsi idea, berkomunikasi, menambah rangkaian penggunjung di serata tempat bukan sahaja di malaysia tetapi luar negara. Jadi memang wajib mereka ini digelar sebagai seorang blogger yang berkualiti dan bukti yang kita sendiri nampak dan rasai ialah peningkatan dari segi pengunjung yang melebihi dari laman blog kaum lelaki ditambah lagi kebanyakan mereka yang melawat blog wanita hari ini adalah kaum lelaki. Itulah uniknya blog wanita hari ini….
Sepasang Kasut October 9, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.2 comments

Tidak ramai yang akan berkata kaki anda dengan orang lain adalah sama, tetapi ramai akan terpegun apabila melihat sepasang kasut yang anda beli dan memakainya dihari pertama. Kaki yang sentiasa bersama anda tetapi ianya seakan tidak dipeduli bahkan orang lain atau teman rapat anda juga tidak pernah mempersoalkan samada kaki anda bersaiz kecil,besar,lawa dan sebagainya. Tetapi ia hanya akan dipersoalkan apabila kaki anda berbau busuk atau tidak memakai stokin apabila berkasut. Sesungguhnya kaki anda adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya dan ini belum termasuk dengan angota badan yang lain. Selalu yang kekal bersama badan anda sering tidak dipedulikan tetapi yang bersifat sementara akan diagung-agungkan malahan akan dijaga dengan baik dan ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk mengantikannya dengan yang baru.
Persoalannya, Apa akan terjadi sekiranya yang diidamkan tidak menjadi kenyataan? DAN apa pula akan terjadi sekiranya apa yang anda pelajari hanya menuju jalan yang buntu? Menjalani kehidupan dengan membina watak dan mengubah otak kemudian memfokuskan perkara yang paling hampir yang sentiasa menemani anda disetiap masa, ketika dan waktu membolehkan anda menggunakan sepenuhnya kuasa minda dengan mendengar, menyelami, melihat dan mengikuti kemana arah naluri dalaman, dan ini sudah pasti akan membimbing anda kejalan kemenangan.
Bayangkan disaat anda mengecapi kemenangan, anda akan mengetahui betapa pentingnya sepasang kaki termasuk anggota badan yang lain bagi membantu dan mengenali siapa diri anda yang sebenar, bukan itu sahaja malahan anda juga akan menikmati kelebihan dan akan sentiasa menghargai setiap perkara yang ada didepan mata, sudah pasti anda berusaha untuk memilikinya berbekalkan kelebihan dalaman, luaran dan keperibadian yang tinggi agar segala impian akan dapat dikecapi. Anda kini lebih mengetahui bahawa, anda sebenarnya boleh memiliki dan mampu berusaha seperti yang dilakukan oleh orang lain agar orang akan melihat bukan sahaja kaki anda malahan kasut anda yang sungguh memukau kepada sipemerhati.
Hebat di dalam hebat di luar, cantik di dalam cantik di luar. Kebolehan anda akan memperlihatkan kaki anda dan kasut sungguh hebat,anda bukan sahaja genius, malah seorang yang mempunyai keterampilan dari pelbagai sudut. Ia semua bermula dari diri sendiri. Ayuh, bongkarlah resipi anda dengan mengenali diri, mempercayai diri, menjadi inspirasi kepada diri sendiri dan belajar mencintai diri. Kenapa? Setiap tag yang anda lihat ini mempunyai elemen yang tersendiri dan kekuatan untuk membantu anda melayari perjalanan hidup dan mencapai impian walaupun ianya penuh dengan persaingan. Berjaya dengan mengambil contoh yang paling hampir dengan anda, berjaya dengan kehebatan diri sendiri, berjaya dengan membongkar kekuatan dalaman. Akhirnya kejayaan sebenarnya berada didepan mata anda.
Ucapan untuk sahabat baru October 3, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.4 comments
Salam sejatera,
Selamat datang ke laman blog yang menekankan tentang pendidikan ICT, perkongsian maklumat tentang perniagaan internet dan belajar mengenali potensi diri. Laman ini menitikberatkan tentang kredibiliti saya untuk membantu, mencari satu keperluan yang anda kehendaki dan memberikan pendapat tentang keinginan anda untuk mencari sesuatu yang boleh memberikan anda satu kepuasan dalam diri.
Ini adalah untuk anda,
1. Kepada yang baru melawati laman ini, saya ucapkan Selamat datang dan Salam berkenalan.
2. Kepada sesiapa yang beranggapan Laman ini banyak kekurangan, Saya minta maaf dan cuba memberikan yang terbaik dimasa akan datang.
3. Kepada yang menjadi subscriber saya, namun lewat untuk saya memberikan maklumbalas, sekali saya mohon maaf atas kesibukan perkara lain.
4. Kepada anda memberi salam kepada saya walaupun dalam cyber maya, saya sambut dengan penuh kemesraan dan salam yang tidak terhingga.
5. Kepada anda yang mempunyai idea, isilah ruang ulasan(komen) yang saya sediakan.
6. Kepada anda yang baru bersama saya dalam laman ini, Jadilah rakan saya dalam Google Friend Connect.
7. Kepada anda yang pernah mengenali saya sewaktu zaman persekolahan atau anda pernah menjadi anak murid saya sewaktu dulu, jangan lupa hubungi saya.
8. Kepada anda yang memberi 3R kepada saya, saya membalas kembali 3R khas untuk anda. Apa 3R? Anda masih ingat rancangan 3R di TV? Tak pe, cuba imbas kembali memory anda.
9. Kepada anda yang mungkin tidak serasi dalam laman ini, tak pe. Anda mungkin betul sebab masih banyak laman berinformasi seperti ini.
10. Kepada anda yang diam dan fikiran jauh, saya anggap anda seorang yang berkaliber. Diam-diam ubi berisi.
11. Kepada anda yang memasuki laman ini dan tersenyum, saya anggap anda seorang yang romantis.
12. Kepada anda yang tidak banyak bercakap, saya anggap anda seorang pencetus idea bernas.
13. Kepada anda yang banyak cakap, kontrol sikit ye.
14. Kepada anda yang memerlukan khidmat saya, saya akan memberikan yang terbaik dengan 110%. Kepada anda yang pernah mendapatkan khidmat saya, Saya harus meningkatkan prestasi dan kelemahan dalam diri.
15. Kepada yang memahami saya, saya faham.
16. Kepada anda yang ingin tinggalkan laman ini, saya ucapkan semoga kita berjumpa lagi dan jangan lupa datang kembali ke laman ini. Walaupun kita tidak pernah bersua, saya amat gembira walaupun hanya sesaat…
Salam Lebaran 1430 Hijriyyah September 19, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.8 comments

Sebulan berpuasa, syawal menjelma, seribu keampunan dari saya sekiranya ada terkasar bahasa yang menyentuh jiwa dan perasaan tanpa disedari setiap kali mengemaskini laman blog ini. Apa pun saya mengharapkan anda semua sentiasa ceria menyambut hari lebaran yang penuh bermakna. Isilah diri kita dengan pelbagai ilmu pendidikan dan keimanan agar ianya boleh membantu diri kita menjadi orang yang berguna dalam kehidupan seharian dan sebagai bekalan apabila jasad dimamah bumi.
Keluar dan balik kampung, harta keperluan dan rumah selamat. Pemanduan sentiasa diambil berat, ingatlah mereka yang sentiasa menanti kepulangan kita. Bentuklah diri dan anak-anak kearah kecemerlangan ilmu, membina watak dan otak sebagai pemangkin generasi akan datang. Salam hari lebaran dari saya untuk anda dimana jua anda berada….Maaf Zahir & Batin 1430 Hijriyyah 2009
Benci sebenci bencinya… August 7, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Motivasi
10 comments
Setiap orang pernah mengalaminya, iaitu apabila melihat mukanya dia akan terus membenci sehingga darahnya seakan mendidih…diikutkan hati ingin sahaja menghentam mukanya dengan apa sahaja supaya hati berasa puas! Mungkin setengah orang membencinya oleh sikapnya atau karena yang sukar diterima sehingga timbul rasa kebencian yang teramat sangat. Rasanya semakin dekat kita pada orang itu semakin benci apabila melihat mukanya. Apa tindakan anda dalam situasi seperti ini? Perlukah kita membiarkan hati kita yang bersih menjadi kotor dan busuk? Apakah sebabnya sifat ini ada dalam diri kita? Apakah benteng pertahanan anda?
Keluarga kucar kacir – adakah ia menghalang kejayaan anda? July 24, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Motivasi
6 comments
Samada kita dari keluarga yang besar atau sederhana pasti tidak akan terlepas menghadapi situasi seperti ini. Adakah kita akan menyalahkan perbuatan mereka atau menyalahkan takdir semata-mata?Mengapa? kenapa? Argh… saya geram,tidak suka dan menyampah! Bagi yang pernah mengalami keadaan seperti ini, emosi anda sangat hampir dengan perasaan yang saya alami namun jika anda tidak mampu untuk menanganinya ini bukanlah kuasa anda untuk memperbetulkan apa yang sedang terjadi.
Daya ketahanan minda perlu dipertingkatkan supaya kita tidak tenggelam dengan arus persekitaran yang sedang menghancurkan kita lalu hanyut dan tenggelam dimakan lautan dan ombak yang ganas. Harus diingat, sebagai manusia biasa kita tidak akan lari dari kelalaian,kesilapan yang mungkin berkaitan dengan masa masa lampau sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan keluarga yang sedang mencari kesederhanaan dalam liku-liku hidup. Dalam keadaan seperti ini, garisan kritikal sering tidak dipeduli dan hanya bertindak mengikut perasaan semata-mata mengakibatkan kita akan terperangkap ditengah-tengah menjadikan diri sendiri akan merasa panik dan akan menjurus kepada situasi untuk melepaskan diri dari kepungan peperangan tersebut. Kuatkan kuasa minda anda dan jangan sekali-kali menyimbah api dengan minyak tanah.
Apabila situasi ini sering berlaku, maka ada segelintir kita atau remaja akan bertindak diluar batasan iaitu ‘keluar dari situasi sebegini’ dengan cara meninggalkan keluarga mengikut hati dan perasaan yang kotor. Lari dari masalah tidak akan meyelesaikan masalah ini dan adalah lebih baik jika anda keluar untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yang boleh membantu dan memberikan nasihat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jangan membenci mereka,jangan menghina mereka. Mungkin ada kekurangan cara didikan namun anda sebagai generasi akan datang perlulah belajar dan jangan sampai apa yang anda lihat sekarang dijadikan sebagai azimat untuk anak-anak anda sebagai bekalan didikan suatu hari nanti. Ingatlah mereka tetap ibubapa yang melahirkan anda dan yang menjadikan siapa diri kita sekarang.
Kejayaan anda adalah dari ibubapa, kemenangan anda adalah didikan mereka. Ampunilah dan belajarlah untuk memaafkan diri serta orang lain. Mungkin suasana sekarang amat sukar namun kita sebagai anak dari zuriat ibubapa jangan sekali-kali menyimpan dendam dan durhaka kepada kedua ibubapa anda. Biarpun banyak kelemahan namun kita sebagai anak harus sentiasa berterimakasih sehingga kita boleh melihat dunia yang mungkin tidak pernah terfikir betapa indahnya dunia ini walaupun ianya hanya sementara. Mungkin setiap apa yang berlaku mempunyai sebabnya, cubalah anda selidik dan analisis satu persatu. Cuba fahami erti kehidupan anda,tanya dan luahkan segala apa yang ada dalam lubuk hati anda. Sebenarnya apabila anda berbuat demikian, anda akan lebih bijak berfikir dan menjadi matang serta mempunyai nilai moral yang tinggi biarpun dengan usia muda tetapi sudah mampu membawa dan mengharungi ombak yang sering menganas di tepian pantai. Jadilah kuat,jadilah benteng umpama batu ditepian pantai yang menghalang ombak dari menghanyutkan tebing-tebing kecil.
Sebagai anak, sentiasa fikirkan masa depan anda, apakah dengan situasi sebegini akan menghancurkan kejayaan anda? atau anda harus biarkan situasi tersebut melenyapkan segala impian sedangkan anda mampu untuk mengharunginya. Apa yang berlaku pasti ada hikmanya dan pengajaran yang perlu anda cungkil dan olahkan sebagai kekuatan dalaman anda. Mungkin dengan apa yang berlaku ianya telah membentuk siapa diri anda yang sebenar dan ingatlah ALLAH tidak akan memberi kita percubaan sekiranya kita tidak mampu untuk mengharunginya. Pengalaman mematangkan pemikiran anda. Sekian.
Duduk, berdiri lalu bercakap July 19, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Motivasi
6 comments
Jika duduk mungkin itu lebih baik, jika disuruh berdiri dan bercakap? Adakah itu lebih baik dari duduk? Jika telefon berdering, Bos meminta anda supaya berucap atau menyediakan laporan lalu membentangkan dihadapan pegawai berpangkat lebih tinggi? Sekarang apa yang anda fikirkan? benak hati anda tentu berkata ‘tidak’ tetapi minda anda berkata ‘Ya,ok saya boleh lakukan tapi…..’
1. Siapa mereka yang menanti kehadiran anda sepagai speaker? buat kajian..
2. Tanya soalan pada diri anda. Mengapa saya? Kenapa? tentu anda mempunyai kelebihan…buat kajian
3. Kebenaran realiti. Apakah situasi semasa yang berkaitan dengan pembentangan anda…buat kajian
4. Tulis apa yang ingin diperkatakan tetapi jangan membacanya…pemahaman dan kefahaman itu yang penting…
5. Berceritalah apabila berhujah,emosi mereka akan dapat menyelaminya…
6. Ketahui apabila bercakap dan berhenti..ada masanya berehat lebih baik dari teruskan perjalanan yang kita sendiri tahu masih jauh…
p/s: Anda akan lebih dikenali dengan kelebihan dalam diri. Bercakaplah seperti anda tahu segala-galanya..Jangan ketingalan seminar terkini: Jangan terkejut!
Adakah anda gementar/gemuruh? July 18, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Mari Belajar, Motivasi
5 comments
Bagaimana rasanya bila berhadapan dengan orang ramai?Apakah reaksi anda bila diminta untuk memberikan ucapan dihadapan puluhan manusia yang mengharapkan anda boleh memberikan yang terbaik dengan isi kandungan,pengetahuan,buah fikiran dan perkongsian yang mampu diterima oleh penonton anda. Sudah tentu anda sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka bukan? namun jika sebaliknya…tentu banyak persoalan yang akan menyusul dalam minda anda.
Bagaimana agaknya untuk menghilangkan rasa gemuruh?Saya pun sama seperti anda waktu mula-mula menjejakkan kaki dalam dunia yang sering berhadapan dengan pelbagai golongan dan kelompok manusia yang mempunyai pelbagai karena dan kemahuan.
Sudah tentu ramai diluar sana yang mempunyai pengalaman dan pernah menghadapi situasi seperti ini. Apa yang perlu anda lakukan? bagaimana memulakan komunikasi dengan penonton anda? Tidak kira samada anda sedang berhadapan secara individu,bilik seminar bersaiz sederhana,secara kumpulan atau dengan penonton yang tidak terkira ramainya tentu perasan gementar akan menyelubungi diri anda menyebabkan kelemahan dalaman anda akan sentiasa terpancar. Tentu sebelum memulakan talk,perkara pertama yang bermain dalam minda ialah ‘ tarikh nafas panjang panjang lepas tu lepas….relak, tenang arghh…lepas itu hembus nafas anda…tetapi adakah dengan cara seperti itu boleh menenangkan jiwa dan perasaan anda? Jika anda baru dalam bidang ini,tentu cara ini kurang berkesan bukan? Apa sahaja yang anda ingin lakukan, be prepare….
Untuk menjadi hebat bila berucap dihadapan pelbagai golongan masyarakat, tiga perkara harus diambil perhatian. Latih – Berlatih – Melatih. Lakukan sehingga anda benar benar yakin. Anda mungkin sentiasa gemuruh sekiranya tidak diwujudkan keyakinan diri terlebih dahulu. Kesempurnaan adalah lebih baik dari mengharap, maknanya kebanyakan manusia gagal disebabkan kita sendiri tidak berani untuk gagal! (The brain has an inherent ability to store any emotions, be it negative or positive)
Jangan ketingalan seminar terkini: Klik-Jangan terkejut!
Anda puashati ke bila… July 12, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.4 comments
Jika anda ditanya soalan seperti ini, Apakah kelemahan anda? or mungkin dalam sesi interview ‘What is your weakness? Bagaimana anda mengolahkan jawapan supaya tidak terperangkap dengan soalan seperti ini?
Elak Pesaing anda! June 26, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Motivasi
3 comments
Saya mungkin perlu banyak belajar apabila bercakap tentang ilmu perniagaan internet,perlu mengetahui banyak teknik samada yang berkaitan tentang trafik,jualbeli dan aspek permintaan pelanggan. Kalau ikutkan blog yang saya bangunkan ini pada penghujung bulan mei 2009, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dikemaskini kandungannya. Jika dalam perniagaan internet, mungkin untuk berjaya perlu hasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Pengalaman dalam bidang pendidikan dan ceramah saya gabungkan dalam dunia perniagaan internet dan rasanya keyakinan tetap teguh untuk terus maju kehadapan. My point is, Bagaimana anda ingin menjadi hebat? hebat dari pesaing anda,hebat dari pandangan pelawat anda sehingga menjadikan pelawat menjadi pembeli.
Jika dalam pendidikan, setiap kali saya melakukan taklimat atau ceramah, saya sentiasa ingin menjadi hebat!! ya..hebat seperti anda akan melihat aura bahang panas 100 darjah celcius! dan itu yang saya akan lakukan…itu adalah sasaran utama yang menjadikan saya lain dari yang lain walaupun tak pena masuk TV…hehehe. Bila meyampaikan maklumat kepada sesiapa sahaja, saya tahu mereka akan tumpuhkan perhatian sepenuhnya,tiada orang lain selain diri saya yang berdiri didepan,mereka semua akan pandang kedepan,saya tidak benarkan mereka lelap dalam sesaat pun,saya akan buka minda mereka dengan kelantangan suara dan idea-idea yang berapi…wahh….ini bukan ‘camera! action’ seperti berlakon dalam anak wayang! tetapi ini adalah realiti!
Dalam perniagaan internet sure kita mesti inginkan sesuatu yang hebat! ye ke? Bila saya berdepan dengan peserta untuk sesi taklimat dan ceramah, saya akan pastikan supaya penyampaian saya lebih hebat! saya akan pastikan supaya peserta sentiasa mengingati saya,supaya peserta akan kembali kepada saya,supaya peserta akan war-warkan kepada kawan yang lain,supaya peserta tidak boring,supaya peserta bebuih mulot ketawa sampai muka tembam menjadi merah dan setelah selesai sahaja ceramah mereka akan keluar dengan satu testimoni yang luar biasa.
Mudah saja! untuk elakkan pesaing anda,saya akan sasarkan kepada ‘happy customer’ untuk mencari customer seterusnya. Saya jadikan diri saya hebat dan pakar dalam topik yang mereka hadiri serta sentiasa memberi gambaran terbaik menjadikan peserta tidak tahu dimana ilmu yang harus dicari melainkan dari saya dan yang pasti mereka akan kembali kepada saya untuk menuntut ilmu. Ah itu kalau bidang kepakaran saya, kalau dalam perniagaan internet bagaimana? Apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan pesaing terdekat? atau guna konsep yang saya lakukan tetapi teknik yang berbeza? Ah itulah dia…semuanya tentang isu kepercayaan! Kita berikan yang terbaik dan berkualiti, baru timbul kepercayaan…..dan tiada alasan untuk mereka pergi kepada orang lain.
5 Perkara June 25, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.2 comments
Post ini taklah panjang sangat, sekadar ingin meminta pendapat dari anda semua:
1. Adakah blog yang anda bina boleh menyampaikan maklumat kepada pelawat anda? atau memaksa pelawat anda memahami sesuatu yang mustahil untuk mereka memahaminya?
2. Adakah anda memberikan penjelasan apa itu RSS apabila anda meminta supaya pelawat menjadi subscriber anda? atau beranggapan pelawat sedia maklum apa itu RSS
3. Bagaimana anda memberikan kepercayaan kepada pelawat anda, supaya email dan nama mereka tidak akan terlepas kepada tangan orang lain?
4. Jangan lakukan SPAM!! Betul ke pelawat anda tahu apa yang dimaksudkan dengan SPAM?
5. Boleh ke anda menyelami perasaan pelawat anda apabila pertama kali melayari blog anda?
Apa pendapat anda? Ini bukannya soalan SPM ye, cuma inginkan pendapat bernas dari anda…fikirlah sendiri….
Program Belia June 17, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Khidmat Pelanggan
7 comments
Hari ini baru ada kesempatan untuk mengemaskini blog disebabkan agak sibuk sedikit dengan persediaan taklimat untuk program pembangunan belia. Saya telah dijemput saya untuk memberikan taklimat tentang program tersebut yang menekankan kepada pembangunan jati diri,komunikasi dan keterampilan dalam perkerjaan. Dalam program tersebut debat menjadi perbualan panas! hujah antara peserta semakin hebat kerana ingin mempertahankan kredibiliti masing-masing. Oh…okla dengan semua peserta,semuanya open minded ditambah lagi dengan lawak-lawak king mereka…ada yang bersahaja,sempoi dan secara sepontan.


Peserta sedang menerangkan ciri-ciri yang ada pada seorang ‘Khidmat Pelanggan’ dengan gaya sempoi mereka…


Peserta sibuk dengan tugasan masing-masing untuk persediaan ‘slide presentation’
Kepada semua peserta, saya harap anda semua boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang 2(hari) sesi taklimat tersebut, ada sesiapa yang tak sempat nak soal pada hari tersebut? Saya sentiasa bersama dengan anda semua, anda bebas memberikan apa sahaja bentuk komen dekat bawah tu..kay. Oklah, semoga kita berjumpa lagi…..
Scammer masih berleluasa June 15, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Jenayah Siber
2 comments
Jangan jadi mangsa kepada penjenayah e-mail yang dipanggil ‘SCAMMERS”. Rasanya sudah banyak antara kita yang telah menerima email tanpa diundangkan? Bagi yang belum tahu apa itu SCAM, ianya sebenarnya satu organisasi jenayah siber yang akan mencipta beberapa dokumen penting terutama yang berkaitan tentang pemindahan wang melalui interbank dan lain-lain teknik mereka gunakan. Motif utama mereka adalah supaya sesiapa sahaja yang menjadi mangsa(tertipu,mudah percaya)boleh menyalurkan wang kepada organisasi yang mereka tubuhkan. Mereka amat bijak dan tahu kelemahan manusia iaitu ‘WANG’ niche yang mereka guna pun adalah wang dan sesiapa sahaja yang boleh terperangkap apabila melihat dan mendengar ‘wang’.
Walaupun topik ini telah banyak kali dibincangkan di internet dan telah banyak amaran yang dikeluarkan oleh pihak berwajib (kerajaan dan institusi bank malaysia)namun ianya masih berleluasa sampai sekarang. Dulu kita selalu memperbincangkan tentang topik ini namun kurang maklumat yang kita perolehi bagaimana untuk menyelesaikan selain dari ‘Jangan Percaya’ itu semua palsu dan tipu semata-mata, rasanya sudah ramai yang tertipu dengan kaedah yang mereka gunakan untuk memerangkap hati pelanggan.
Selalunya taktik yang mereka gunakan adalah:
1. Mengisi borang survey(segelintir yg menyalahguna)
2. Direct Marketing
3. Iklan dalam surat khabar
4. Majalah
Selalunya kita akan jadi mangsa apabila memberikan ‘reponded’ setiap kali mereka menghantar email sebagai pemberitahun yang kita telah memenangi wang dengan jumlah sekian-sekian. Setiap kali kita memeberikan respon, kita telah pun menjadi sasaran utama mereka. Segala maklumat yang kita berikan akan dimasukkan dalam ‘database’ yang dipanggil ‘SUCKERS LIST’ yang mana dalam database tersebut semuanya maklumat mereka yang terpedaya dengan janji-janji manis. Jadi tidak hairanlah apabila kita banyak kali menerima email seperti ini sebabnya kita pernah tertipu suatu waktu dahulu dengan menghantar maklumat peribadi kepada mereka.
Cuba ingat kembali….masa anda perlukan duit FREE…selain daripada itu mereka juga akan menjual list kepada penjenayah email dalam kumpulan yang lain. So next time be careful. Ingat, apabila mereka telah mendapatkan maklumat peribadi anda, disitulah bermulanya taktik mereka iaitu ‘promosi promosi dan promosi dan mereka tidak berhenti selagi belum berjaya. Cuma ada satu kemuskilan, pernah tak kita terfikir, mengapa majoriti yang kita terima adalah mengemaskini akaun Maybank atau segala pembayaran hanya melalui Maybank?(sasaran untuk malaysia) Ada sesiapa diantara anda yang berkerja di institusi Maybank? Mengapa Maybank jadi sasaran? dan kini sudah mula CIMB dijadikan sasaran berikutnya. Jika anda diminta mengemaskini akaun atau anda diberitahu telah memenangi wang besar! Itu adalah SCAM!!!
Pendidikan Kanak-Kanak dari ‘Tom Tom Bak’ June 12, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Mari Belajar
8 comments

Segmen pendidikan ‘EJA’ yang diselitkan dalam rancangan ‘Tom Tom Bak’ saya rasa adalah satu idea yang amat baik yang telah diketengahkan oleh Paknil dan Astro amnya. Wah!…selain dari segmen Jom borak,ada bakat ke dan lain-lain segmen tidak lupa juga dalam rancangan Macam-macam Aznil yang secara tidak langsung ini telah menunjukan kredibiliti dan kekuatan Paknil mendidik anak-anak malaysia yang memerlukan bimbingan, tunjuk ajar serta telah mewujudkan suasana kerharmonian dan kekeluargaan bersama puluhan ibubapa di malaysia lebih-lebih lagi apabila kewujudan ‘Anmun Essential Eja’ yang akan menguji minda dan daya pemikiran yang pantas dalam dunia pendidikan khasnya untuk kanak-kanak.
Wujudnya Tom-Tom Bak dalam siaran 611 Astro Ceria sebenarnya telah mengabungkan dunia pendidikan dan hiburan khasnya untuk kanak-kanak seiring dengan konsep yang diketengahkan oleh Astro namun setiap perkara yang diketengahkan pasti ada kekurangan dan kelebihannya.

Setiap kekurangan sudah pasti pihak yang berwajib akan terus mencari penyelesaian, manakala kelebihan akan terus diketengahkan bagi memperkuatkan lagi jati diri,pemahaman,kecekapan dan kecergasan minda untuk anak-anak malaysia. Konsep baru yang diketengahkan ini rasanya boleh saya katakan sebagai ‘teras hiburan kearah pendidikan sivik’. Semuanya harus dimulakan, semuanya harus dipupuk dan disemai dari asas. Berpandukan kebolehan dan kekuatan Paknil kepada anak-anak malaysia, rasanya dia(Paknil) boleh pergi jauh lagi sebagai pendidik diluar sana yang mengantikan ibubapa dan guru yang sedia ada.(pendidik orang ketiga). Dalam mendidik kalau tidak diselitkan unsur hiburan dengan tujuan menghiburkan minda rasanya perjalanan minda kearah pendidikan akan terbatas. Belajar jangan ada boring! berhibur ada tahapnya, biarlah seiring dan sejalan bagi memudahkan pemikiran kanak-kanak sentiasa boleh berfikir. So Paknil, teruskan usaha anda, yang baik selalunya menjadi ikutan….INSYALLAH. Apa pendapat anda??
Mulakan sumbangan anda dari sekarang! Terimakasih.
Siapa diri Anda? June 11, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Motivasi
3 comments
Jam menunjukan 10.50 mlm, selain daripada post tentang pendidikan ICT dan internet perniagaan, saya juga akan selitkan topik pembangunan diri. Siapa tahu suatu hari nanti anda bercita-cita menjadi seorang yang begitu disanjungi,diingati dan mungkin diminati (siapa tahu!). Menjadi diri yang sebenar bukannya mudah, terlalu banyak halangan dan rintangan yang perlu kita tempuhi. Saya bagi contoh mudah, setiap kali apabila anda mengikuti bengkel,seminar atau small discussion group selalunya ‘speaker’ akan memperkenalkan diri terlebih dahulu baru giliran anda untuk ‘Introduce yourself’. Saya selalunya apabila mengadakan bengkel ‘Train the Trainer’ soalan senang dan mudah yang saya kemukakan namun jarang-jarang orang boleh menjawabnya dengan tepat. Kenapa? Jika soalan saya berbunyi, Sila perkenalkan diri anda/Siapa diri anda. Apakah yang bermain dalam fikiran anda sekarang? Sudah tentu jawapan yang sering kita dengar adalah. Nama saya blah blah, umur blah blah, pekerjaan blah blah, bidang blah blah…sebenarnya jawapan yang anda berikan tidak jelas dan tidak memberitahu siapa diri anda yang sebenar.
Mulai saat ini,apabila anda diajukan soalan seperti ini, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan.
A. Siapa diri anda(Who you are)? Beri ulasan sebaik mungkin tentang perkara berikut.
1. Kepercayaan
2. Nilai moral/jati diri
3. Prinsip diri
Selitkan juga tentang bidang atau pengalaman yang ada dalam diri anda dan ianya merangkumi ‘skills,strength,knowledge and weaknesses
B. Who do you want to be?
1. Inilah wawasan anda sebenarnya, kenali diri anda, siapa anda sebenarnya,dimana anda berada 5 tahun akan datang. Berikan ulasan tentang tiga perkara ini.
1a. Sikap
1b. Tabiat
1c. Pendapat (point of view)
Ingat, destinasi anda merangkumi dalam pelbagai aspek seperti fizikal, emosi, intelektual dan rohani.
C. Misi (Mission). Misi anda bergantung kepada ‘wawasan’ anda. Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya, anda perlu tahu titik destinasi anda iaitu usahawan dalam bidang yang dipilih.
D. Beg rahsia
Apa yang saya maksudkan dengan beg rahsia? Jawapannya, apa yang perlu ada dalam diri anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ianya berkait rapat tentang ‘skills,sikap dan pengetahuan. Tanpa rahsia ini sudah tentu anda tidak boleh menjadi apa yang diimpikan.
E. Panduan dan perjalanan menuju kejayaan. (landmarks)
Panduan ini akan menentukan anda telah memilih jalan yang tepat manakala perjalanan memberikan anda gambaran tentang masa yang diperuntukan(masa itu emas) samada anda melakukan mengikut jadual yang betul. Dengan erti kata yang sebenar panduan dan perjalana ini bermula dari impian sehinggalah impian tersebut tercapai. Namun perlu diingat, mencapai impian tersebut memerlukan banyak pengorbanan.
Ok, berbalik kepada mula tadi, sekiranya anda disoal seperti yang saya sebut dari awal tadi, berilah ulasan sebaik mungkin tentang apa yang telah dihuraikan diatas. INSYALLAH anda akan lebih memahami,lebih jelas tentang misi dalam kehidupan anda. Sekian.
Kerja sendiri dan Makan Gaji June 11, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Motivasi, Newbie, Perniagaan
7 comments
Semenjak berhenti dari kolej, kini masa untuk keluarga dan anak lebih banyak saya luangkan. Berbanding dengan kerja sendiri dan makan gaji kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kebaikan cuma jika kita mengambil peluang untuk berkerja sendiri pastikan diri kita betul-betul bersedia untuk menghadap sebarang risiko terutama dari segi kewangan. Jika baru dalam bidang biz ini besar kemungkinan pendapatan bulaan ataupun harian tidak stabil lebih-lebih lagi jika kita baru dalam perniagaan yang masih terlalu mentah dan perlu banyak belajar samada dari orang lain atau mana-mana sumber yang boleh membantu meningkatkan kredibiliti,semangat,kesabaran,pengetahuan dalam bidang yang kita ambil.
Berhenti dari perkerjaan tetap dan menceburi perniagaan sendiri dari rumah memang mempunyai risiko yang tinggi namun apa yang saya lakukan adalah: Saya telah mulakan dengan IMPIAN – TEKAD -BELAJAR – SEMANGAT – SABAR – dan kena sentiasa KONSISTEN. Jika kunci ini tidak ada dalam diri anda maka, kejayaan susah untuk dikecapi walaupun hanya berbekalkan semangat dan ingin cuba! Ingat! semangat tidak akan cukup untuk menrealisasikan impian anda. Banyak cara untuk berniaga, banyak cara untuk untung,banyak cara untuk menjual, banyak produk untuk dijual! Gunakan kemahiran! gunakan kebolehan!selidik diri anda! tanya diri anda!apa yang anda boleh buat? apa yang anda suka?apa yang disukai oleh orang lain tentang diri anda? semuanya berada dalam lubuk hati anda! Percaya atau tidak, lakukan sekarang…If you say just try! you won’t be success! Do it and see for yourself! anda tidak akan menyesal..

Anda kini sudah tentu mempunyai semangat yang membara bukan? Namun secara tiba-tiba keinginan dan semangat tersentak, berhenti sejenak! KENAPA? sudah tentu terbatas apabila anda terfikirkan tentang kewangan bukan! Selalu bila ingin memulakan perniagaan, mentaliti yang ada dalam fikiran kita adalah DUIT! DUIT! DUIT! nak beli itu, nak beli ini, nak sewa ini dan sebagainya. Memang perlukan wang! TETAPI fikirkan wang yang kecil dahulu dari memikirkan wang BESAR sebab sudah tentu ini akan membebankan anda. Biar bermula dari bawah sekecil semut pun itu adalah yang terbaik sebab sengatannya boleh mengakibatkan Gajah dalam kesakitan.

Dulu bila nak mulakan perniagaan, saya sering bertanya dalam diri, apa yang boleh saya buat dalam perniagaan? hmmm…Apa-apa jelah…ADA APA yang saya maksudkan disini adalah tentang sesuatu perkara samada yang digunakan untuk benda,orang,jenama,maklumat dan pengetahuan. Jika soalan diajukan kepada anda, Ada apa pada nama? Orang mati meninggalkan nama! Harimau mati meninggalkan belang!dan jika benda lupus meninggalkan apa? Adakah ianya akan meninggalkan kesinambungan kepada yang baru? Sudah tentu!Setiap yang lama akan berganti kepada yang baru biarpun yang lama tidak seperti yang sebelumnya namun adanya perkara baru disitulah idea baru akan menjelma dan lahirlah satu era baru yang dinamik, runtuhnya satu kerajaan sebab tidak mempunyai asas, bangunnya sebuah kerajaan sebab adanya asas yang menyokong supaya ianya dapat berdiri teguh sehingga ke hari ini. Lahirnya satu nama sebab adanya asas dan wujudnya satu produk sebab lahirnya kehendak dan permintaan individu yang melahirkan satu jenama yang tidak boleh disangkal dan menjadikan populariti zaman berzaman. Kesimpulannya pentingnya ASAS untuk melahirkan individu,produk,jenama dan pengetahuan yang berkualiti serta boleh diguna pakai sehingga kehari ini.
Betulkan jika saya salah..tunjukkan saya cara yang betul June 7, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.5 comments
Salam,
Saya ingin bertanya kepada saudara islam yang lebih arif tentang wuduk. Apapun terlebih dahulu saya mohon maaf jika saya salah tapi sekadar ingin meminta pandangan dan perbetulkan jika saya melakukan kesilapan. Apabila mengambil wuduk untuk mengerjakan solat, seperti apa yang saya pelajari, mulakan dari kanan dahulu dan basuh setiap bahagian sebanyak tiga kali dan itu yang saya akan lakukan setiap kali mengambil wuduk. Namun apabila sampai bahagian telinga ianya akan dibasuh sekali gus tangan kiri dan kanan dan itu yang saya lihat apabila saudara islam yang lain mengambil wuduk. Namun apa yang saya lakukan ialah basuh bahagian telinga kanan dahulu(3x)diikuti dengan telinga kiri. Adakah cara saya salah atau…Anda akan tahu apabila saya bertanyakan soalan seperti ini berpandukan nama saya, Muhammad Suhaily George Bin Abdullah.
Terimakasih atas pertolongan anda.
Bengkel Power Point 2007 bersama Agensi Nuklear Malaysia June 2, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: E-Book, Mari Belajar, Perniagaan, Seminar & Bengkel
2 comments
Follow me on Twitter: Click Here

Assalammualaikum/Salam sejatera,
Baru-baru ini, program/bengkel Power Point untuk tahun 2009 telah dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia Bangi. Terimakasih dengan semua yang telah menjayakan program ini. Terimakasih juga kepada semua yang terlibat dalam program ini serta semua peserta Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang telah memberikan perhatian sepenuhnya sewaktu bengkel ini dijalankan walaupun program ini dijalankan selama 3(tiga) hari.
Syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan disiplin yang tinggi. Saya berharap kepada semua peserta supaya mengaplikasikan apa yang telah anda belajar dan pastikan anda terus belajar dan terus belajar sehingga ianya menjadi satu keterampilah yang sahih dalam diri anda semua. Jadikan kemahiran anda sebagai PITCH dan TALENT dalam menangani apa sahaja tugasan yang berkaitan dalam kehidupan seharian anda. Sekali lagi terimkasih dan semoga kita akan berjumpa lagi…dilain tempat dilain masa atau secara tidak di sangka…wassalam
Nota:
Jika anda memerlukan khidmat saya untuk menjalankan program ‘Bengkel Powerpoint 2010 & 2007 dab Teknik Persembahan’, boleh hubungi saya.
Muhd Suhaily George Bin Abdullah
Freelance Coaching Trainer
Copyright © 2009 http://effectivepresenter.wordpress.com/
Develop your skills – Jadikan kredibiliti anda sebagai PITCH & TALENT
Corporate Training Session 1 June 2, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Khidmat Pelanggan, Seminar & Bengkel
add a comment
Follow me on Twitter: Click Here
Post kali ini adalah tentang latihan bengkel yang akan diadakan 16 – 17hb Jun 2009. Bengkel kali ini adalah mengenai tugas sebagai khidmat pelanggan atau Customer Service yang mana peserta akan diajar apakah tugas sebagai seorang khidmat pelanggan serta Do’s dan Don’t. Program ini dijalankan selama dua hari yang mana ianya akan tertumpu dari segi teori dan praktikal. Selain daripada itu, teknik persembahan akan diajar kepada peserta secara berkumpulan dan yang penting peserta akan melakukan setiap tugasan yang diberikan seperti dalam situasi yang sebenar dalam erti kata lain, tugasan dalam suasana perkerjaan yang sebenar (roleplay).
Rasanya dengan setiap tugasan yang diberikan peserta akan teruja dengan setiap teknik yang akan dipelajari nanti. Semoga apabila peserta berjaya menamatkan sesi bengkel ini, harap mereka semua akan dapat mengaplikasikan segala pengalaman semasa sesi menjalani bengkel tersebut.
Insyallah, jika tidak ada halangan saya akan postkan gambar-gambar aktiviti apabila selesai bengkel itu dijalankan. Jangan lupa layari blog lagi ini nanti bagi mengikuti perkembangan artikel dan aktiviti harian.
Kisah Di Kuala Lumpur – Bhg 1 May 31, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Kuala Lumpur
2 comments
Follow me on Twitter: Click Here
Kisah ini sememangnya banyak kenangan semasa mula-mula menjejakkan kaki di bandar besar yang sesak iaitu bandar Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ni nak cerita sikit tentang pengalaman mencari ilmu dan rezeki di negeri orang. Tepat jam 6 petang kami sekumpulan budak-budak mentah menaiki pesawat Boeing 747 dari Kota Kinabalu sabah (ah memang asal dari sabah, lahir di kuala lumpur 1793) sampai Airport Kuala lumpur lebih kurang 8 malam, terus menuju ke tempat kerja di ulu kelang, ah..masa itu kerja kilang dan itulah perkerjaan pertama semasa sampai di kuala lumpur pada tahun 1995.
Kami ditempatkan di sebuah rumah yang terletak dibandar baru ampang, masa tu rasanya bandar baru ampang baru dibuka dan mengikut cerita kawasan tersebut adalah bekas kawasan tapak lombong. Kedai semuanya belum dibuka, kebanyakan penduduk terdiri dari orang indonesia (pekerja kilang macam kami) cuma syarikat lain. Kedai makan sukar dicari, cuma satu saja gerai burger yang dibuka waktu malam tak silap saya…itulah alas perut sampai ke pagi. Dipendekkan cerita, begitulah rutin harian sewaktu bergelar pekerja kilang lebih kurang 13 tahun yang lalu, macam-macam pengalaman yang kami semua tempuhi, suka duka, pahit, menangis seperti nak terjun longkang pun ada (kira tensionlah tu..). Saya masih ingat, apabila mula-mula mengenali komputer dengan membeli komputer versi 3.1 dari seorang rakan, dan masih segar dalam ingatan apabila komputer yang saya beli dengan versi tersebut mengakibatkan senyum sinis dari rakan yang lain sebab telah ketinggalan zaman. Masa tu, orang sudah menggunakan Window 95 sebagai perisian popular. Namun saya mengucapkan terimakasih kepada rakan yang telah menjualkan komputer versi 3.1 pada saya, sebab dengan komputer itulah telah menjadikan siapa saya sehingga ke hari ini.
Apa yang saya lakukan dengan komputer tersebut? Dengan harga RM 1,200 (beli tunai lagi) Saya mula menjadikan komputer tersebut sebagai tempat mencari,menambah,mengkaji dan menyeledik apa itu komputer dan apa yang boleh dilakukan oleh komputer tersebut. Habis luar dalam kena godek seperti tikus membaiki labu, buka pasang, operate, install dan mencari permasalahaan (troubleshootinglah..).
Dengan bantuan komputer yang dibeli, saya cuba mempelajari dan memperbanyakkan ilmu dalam bidang komputer, belajar sendiri tanpa bantuan dari rakan-rakan cuma masa itu teknik yang saya gunakan ialah apabila pergi ke kedai komputer, perkara pertama yang saya lakukan ialah banyakkan bertanya tentang komputer dan satu lagi yang saya lakukan ialah melihat bagaimana juruteknik/perkerja di kedai tersebut melakukan baikpulih,memprogramkan kembali perisian yang baru ke dalam komputer, semuanya saya lihat dan rakamkan dalam otak, sekembalinya ke rumah saya akan lakukan seperti yang dilakukan oleh pekerja tersebut, belajar dan programkan perisian baru ke dalam komputer. Biar pun banyak kali gagal, namun jika ingin berjaya kegagalan itu sebagai tanda anda akan terus berjaya.
Saya harap apabila anda membaca mesej ini, anda boleh memahami apa mesej yang disampaikan. Ya, bila melakukan sesuatu perkara, jangan putus asa, pedulikan apa orang lain kata,pedulikan cabaran yang cuba menghalang anda. Tanamkan impian dalam diri, sabar dan sentiasa konsistan melakukan tugasan anda jika tidak, anda susah untuk pergi jauh kehadapan. Sentiasalah belajar dan terus belajar. Belajarlah dari orang lain dan kongsilah pengalaman anda selalu…Anda hanya akan gagal sekiranya berhenti mencuba, anda akan terus berjaya sekiranya berani menghadapi pelbagai jenis kegagalan. Oklah nanti kita sambung bahagian kedua…
Siapa Hebat?? Hebat vs Hebat May 31, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: IM Malaysia
add a comment
Salam,
Saya bukannya otai blog dan bukannya IM? mungkin hanya layak dipanggil IP! Tahu apa yang dimaksudkan IP? Internet Promoter… bagi yang baru bermula untuk menjadi usahawan internet seperti saya yang tidak ada pengalaman dalam berblog mahupun sebagai usahawan internet yang telah menghasikan pendapatan mungkin boleh dipanggil sebagai promoter sahaja. Ok,
strait to the point…
Dahulu saya hanya berhadapan dengan karena pelajar, membentuk mereka menjadi orang yang berwawasan sehingga mereka berjaya untuk mencapai impian masing-masing. Kini saya terjun ke bidang internet promoter yang hanya bermula dengan menjual produk orang lain yang dipanggil Affiliate marketing. Rasanya ok juga jika bermula sebagai affiliate memandangkan belum
ada produk yang ingin dijual apatah lagi mencipta produk sendiri! jawabnya memang jauh lagi dengan berbekalkan pengalaman yang, nak kata setahun jagung pun tak boleh lagi…perjalanan masih jauh dan banyak lagi perlu dipelajari. Rasanya untuk menjadi seseorang yang hebat dalam perniagaan internet kena banyak belajar dari orang lain membaca buku-buku ilmu perniagaan internet,mengikuti seminar perniagaan internet dan paling penting impian tu kena ada dalam diri dan sentiasa konsistan serta sabar dalam membuat perubahan dalam diri untuk menjadi seorang usahawan berjaya.
Apa yang saya buat untuk mengubah diri untuk menjadi IP? Belajar dan mengkaji…siapa IM expert yang telah menempah nama dalam persada cyber perniagaan internet. Semuanya hebat-hebat belaka dan siapa yang tidak kenal akan Irfan Khairi mestilah semua orang kenal bukan? Siapa yang tidak kenal akan diri saya? memang semua orang tak kenal….dan mereka yang sentiasa panas dalam perniagaan internet seperti:
1. Mohd Suhaimy a.k.a Shut. Bila saya lawati laman web beliau, perkataan pertama yang saya lihat adalah milionaire in the making, maknanya ‘Kemunculan The next milionaire sebagai usahawan internet’ siapa tahukan? setiap orang ada impian dan masing-masing memperkasakan diri dalam meningkatkan kredibiliti sebagai usahawan walaupun berkerja sebagai satu
kumpulan namun motif dan wawasan utama adalah menjadi seorang jutawan secara individu. Semoga anda berjaya…
2. Berenang sambil minum air sambil melayari internet, terjumpa rahsia 10k oleh Labanon. Oh kira hebat juga bila diusia 17 tahun sudah menghasikan pendapatan 10k biarpun mengelarkan dirinya sebagai budak hingusan, namun bagi saya, saya tabik apabila seseorang yang berusia belasan tahun sudah boleh menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan. hooo..memang
hebat!!
3. Siapa pula yang tidak kenal dengan Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul, beliau yang terkenal dengan SmartUsaha seorang blogger yang banyak memberikan tip-tip untuk menjadi seorang blogger. Memang banyak manfaat yang boleh diperolehi dari laman web beliau dan tidak rugi jika belajar dari mula sebab mereka semuanya belajar dari mula termasuk jutawan internet Irfan
Khairi. Dalam masa yang sama kata-kata semangat banyak diselitkan termasuk otai-otai IM yang lain.
4. Seorang lagi IM diusia muda dan masih bergelar pelajar yang kini panas dengan produk ‘Duit Mania’ ini pun kira hebat juga sebab sudah boleh menghasilkan pendapatan berangka-angka setiap bulan sampai dia kata bank pun cari dia untuk disoal siasat. Manakah tidak jika wang masuk dalam akaun seperti air hooo..hebat–hebat…dia dengan kehebataan dengan produk digitalnya telah berjaya menghasilkan pendapatan ribuan ringgit setiap bulan serta sokongan seumur hidup selagi diperlukan. Op!..hampir terlupa, siapa lagi kalau bukan Ammar Zahar.
5. Satu lagi IM dengan kredibiliti yang seringkali membantu pelawat dan pembeli mencari sesuatu yang boleh menjadikan pelawatnya puashati saya rasa. Teknik yang dilakukan adalah ‘Help, Find and Suggestion’. Siapa lagi kalau bukan Zamry Nanyan.
6. Tidak lupa juga pada IM yang lain, yang saya lihat sedang meningkat naik seperti Amirol Zulkifli, Mazlie Nadzri dan ramai lagi otai lain yang saya ada buat kajian dan membaca tentang diri mereka dalam kelompok IM malaysia.
Secara peribadinya anda semuanya hebat-hebat dan mampu menaikkan nama malaysia suatu hari nanti dan rasanya sekarang nama anda semua telah pun dikenali ramai. Apa pun maklumat yang anda semua sampaikan kepada yang baru bermula dalam perniagaan internet amat-amat berbaloi…namun dalam yang tersurat dan tersirat, siapa lagi hebat???? Sorrylah bukan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti anda semua,tetapi bagi saya dalam banyak-banyak mesti ada yang terhebat!!
Mungkin setiap orang berlainan cara untuk menilai seseorang yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Mungkin kita boleh menilai dari segi:
a. Jangkamasa sejak memulakan perniagaan internet.
b. Adakah mereka bermula dengan pelaburan? atau melabur?
c. Jumlah laman yang telah dibangunkan dan testimoni dari pelanggan.
d. Adakah mereka fulltime/parttime?masa diambil untuk melayari internet dalam sehari?
e. Pendapatan yang diperolehi dalam sebulan.
f. Income tetap?
g. Jumlah RSS.
h. Teknik yang digunakan?.
i. Niche yang digunakan.
Asas menghasilkan pendapatan May 17, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Asas Berniaga Online
add a comment
Pelbagai cara dan teknik untuk menghasilkan pendapatan secara online, bagi yang baru dalam perniagaan internet online anda boleh bermula dengan:
1. Adverts.
2. Sistem Affiliate.
3. Mencipta produk sendiri – perlukan laman web.
Teknik no 3, anda boleh mencipta produk samada e-book, video ataupun coaching program yang anda sendiri menciptanya (original produk dari anda)
Ini adalah 3 teknik asas bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan secara online. Pendapat anda, mana satu pilihan anda untuk menghasilkan pendapatan? Adakah anda ingin bermula dengan teknik yang amat mudah dan senang?
Secara asasnya, mari kita mulakan satu persatu:
1. ADVERTS – Anda boleh memperolehi pendapatan sekiranya anda mempunyai laman web dan salah satu teknik yang boleh anda gunakan dalam teknik ini ialah melalui Google Adsense. Anda boleh melakukan konfigurasi melalui laman ini www.google.com/adsense namun harus diingat, jangan terlalu ghairah sehingga web anda di banned oleh Google. Untuk menghasilkan pendapatan melalui adsense, anda sememangnya memerlukan isi kandungan web anda yang banyak,kandungan yang berkaitan dengan web anda dan external link yang berkaitan. Anda boleh meletakkan iklan google dalam laman web dan sekiranya pelawat melihat iklan anda yang berkaitan dengan apa yang mereka cari dan bila klik dilakukan pada iklan tersebut anda akan dibayar oleh pihak google. Formula: Kandungan = Klik = CASH!
2. AFFILIATE – Salah satu teknik yang mudah boleh anda gunakan ialah melalui Affiliate pemasaran. Produk dari orang A boleh anda promosikan tanpa menggunakan laman web atau dengan cara mempromosikan hanya melalui email dan ini semuanya terletak dalam tangan anda. Selain daripada itu anda juga boleh mempromosikan produk mengikut siapa pasaran anda melalui sistem ‘ClickBank’. Ini adalah sistem yang boleh dianggap terbaik untuk mempromosikan produk dari orang A disamping mencari apakah produk yang popular serta mempunyai pasaran dan permintaan yang tinggi dari pengguna internet. Anda boleh mendaftar di www.clickbank.com. Jika anda ingin mempromosikan produk dari orang A menggunakan laman web sendiri, saya cadangkan anda boleh membina laman web yang tidak perlukan isi kandungan yang terlalu banyak, cukuplah dengan maklumat tentang produk yang ingin dijual,borang tempahan dan pertanyaan. Web yang saya maksudkan adalah ‘Laman Web Jualan/Minisite’. Anda boleh lihat contoh web jualan disini: Link 1, Link 2, Link 3
3. Mencipta produk atau membeli ready made produk (RESALE RIGHT)
Sekiranya anda berminat untuk mencipta produk sendiri tetapi tidak mempunyai idea bagaimana memulakannya, anda boleh mengikuti seminar seperti teknik mencipta produk sendiri dan seminar bagaimana memulakan perniagaan online. Dalam malaysia sahaja banyak tempat yang boleh cari untuk menyertai seminar perniagaan internet seperti yang dijalankan oleh usahawan internet seperti Irfan khairi,Ammar Zahar,Team FlareBiz,Mohd Suhaimy atau melalui saya sendiri dengan membeli e-book bagaimana mencipta serta teknik menghasilkan produk sendiri. Anda juga boleh membeli ready made produk yang mempunyai lesen hak jualan semula (RESALE RIGHT).
Apa yang perlu anda lakukan? Apakah tindakan anda untuk menghasiklan pendapatan? YA! semestinya anda harus bertindak!!!.
1. Mencari hungry crowd – yang memerlukan bantuan anda, mencari produk yang sama seperti yang anda tawarkan-target pemasaran anda kenalah betul jika ingin menjual produk tersebut. Pelawat tadi tidak kisah untuk melabur dan membeli produk yang anda tawarkan yang penting produk tersebut boleh menghasilkan pendapatan secara online namun, berniaga haruslah jujur dan pastikan bantuan sepenuhnya diberikan pada sesiapa sahaja yang membeli produk tersebut dan secara tidak langsung ia akan membina longterm relationship anda dengan pembeli tersebut.
2. Add Value – seperti free bonus (produk berkaitan,e-book,bantuan sokongan dan lain-lain) Apa sahaja yang anda mulakan dalam perniagaan internet online, perlu diingat pelanggan anda adalah yang pertama! pastikan apa sahaja permasalahan,kemuskilan haruslah diselesaikan dengan secepat yang mungkin.
Asas Membina Mailing List May 17, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Perniagaan, Trafik Laman Web
add a comment
Video ini mungkin boleh membantu kepada mereka yang baru bermula dalam perniagaan internet online. Bagaimana anda membina list pelawat mengunakan beberapa teknik dan menjadikan pelawat anda kepada pembeli. Layari: Klik Sini…
Mangsa Terpedaya May 17, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Panas! Panas!
add a comment
Info dihantar oleh seorang sahabat….
Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri
Faedah membantu orang baru May 15, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Newbie
add a comment
1. Rasa puas dalam menaikan perniagaan internet promoter yang baru. Sekiranya mereka baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan internet, sekarang mereka berada pada tahap yang dipanggil sebagai internet promoter. Inilah peluang anda menaikkan nama dan produk anda kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
2. Anda mudah dikenali dan ada kemungkinan mereka akan menjadi teman rapat anda dalam perniagaan online dan boleh mejalankan JV dengan rakan baru anda.
3. Testimonial dari pembeli anda. Salah satu bukti yang diperlukan oleh semua IM dalam penjualan produk masing-masing dan secara tidak langsung ini akan meningkatkan kredibiliti penjualan produk anda.
4. Bantuan dari mereka untuk mempromosikan produk anda melalui sistem affiliate.
5. Pertukaran link dan Ad dengan rakan kongsi baru anda.
6. Peluang untuk mencipta produk baru hasil dari JV, idea akan timbul sekiranya sekiranya anda berkerjasama dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dalam perniagaan internet online.
7. Kemungkinan rakan anda adalah orang pertama yang akan membeli produk anda, siapa tahu kan?
Tingkatkan jualan anda May 15, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Tips Menjual Secara online
add a comment
1. Jualan jatuh merundum
Kita tahu ada hari-hari tertentu jualan anda jatuh dengan teruk kalau tidak pun ia akan merundum mengikut hari-hari tertentu. Apa yang boleh anda lakukan adalah, buat satu promosi hebat atau jualan murah pada hari tersebut dan war-warkan kepada pelawat harga yang ditawarkan akan meningkat pada hari berikutnya.
2. Jualan MEGA
Adakan satu hari untuk jualan MEGA besar-besaran dan pastikan pelawat membeli produk anda pada hari tersebut jika tidak mereka tidak akan dapat memperolehi harga seperti yang ditawarkan pada hari tersebut. Namun pasatikan anda mewar-warkan iklan promosi anda seminggu sebelum jualan MEGA dijalankan bagi memudahkan pelawat melakukan perancangan.
3. Produk dan Servis
Setiap hari inform tentang produk terbaru yang mempunyai harga terendah kepada sesiapa sahaja mailing list anda dan semua target pelawat anda. Ini akan meningkatkan trafik pelawat ke laman web anda dan secara tidak langsung akan meningkatkan jualan anda dari semasa ke semasa.
4. Niche untuk sasaran pasaran anda
Sasarkan produk yang mempunyai permintaan kepada kumpulan yang memerlukan produk anda seperti untuk surirumah,pelajar sekolah,individu yang ingin memulakan perniagaan online dan mereka yang ingin belajar bagaimana mencipta produk sendiri. War-warkan produk anda melalui email,e-zine dan forum perbincangan mengikut pasaran masing-masing.
5. Promosi untuk musim cuti
Promosi khas untuk musim cuti, anda boleh rekabentuk grafik baru sebagai tujuan promosi.
6. Promosi buy one get one free juga memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan produk jualan anda. Lakukan sekerap yang mungkin.
3 asas cara promosi produk online May 15, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Tips Promosi
1 comment so far
1. E-Katalog
Buatkan katalog tentang produk atau servis perkhidmatan melalui e-book atau sistem autoresponder. Berikan katalog anda secara percuma kepada sesiapa sahaja pelawat anda dan war-warkan produk dan servis anda kepada rakan perniagaan dengan meletakkan link mereka dalam katalog anda secara percuma dan adalah lebih baik jika kedua-dua rakan niaga bertukar link,banner serta artikel.
2. Berikan produk digital/fizikal secara PERCUMA
Lihat dahulu siapa target anda, paling mudah dan senang apabila anda memberikan produk anda samada dalam bentuk digital,artikel dan fizikal kepada pusat sumber sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari maklumat tentang perniagaan secara online. Contoh mudah adalah ‘perpustakaan’ setiap hari ramai yang akan mengunjungi pusat sumber ini untuk mencari sumber maklumat mengenai perkara yang mereka inginkan dan secara tidak langsung apa yang anda tawarkan boleh dikembangkan apabila ianya mendapat permintaan dan perhatian dari orang yang menginginkan maklumat lanjut dari artikel yang anda tawarkan. Anda akan mudah dikenali apabila berjaya menyelesaikan setiap masalah dari orang yang memerlukan topik-topik yang tertentu.
3. Bina online community (blog/forum)
Berikan hadiah setiap individu yang memberikan rumusan atau huraian tentang produk terbaru anda, mungkin anda boleh memberikan mereka mata point dan setelah setiap point yang diperlukan telah cukup anda boleh menghadiahkan pelawat anda satu produk dalam bentuk e-book atau servis VIP khas untuk mereka yang telah memberikan komen terbaik untuk produk anda. Jangan lupa, sekiranya anda memberikan maklumbalas kepada pelawat tadi pastikan Ad/BANNER sentiasa diselitkan.
Testimoni yang boleh dipercayai May 9, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Trafik Laman Web
add a comment
Jika anda ingin meletakkan testimoni dalam laman web dan ingin memastikan supaya ianya boleh dipercayai oleh setiap pelawat yang melayari laman anda, beberapa tips yang mungkin boleh anda gunakan disini.
1. Meletakkan gambar pelanggan yang pernah membeli produk anda.
2. T/Tangan pelanggan – scan dan masukkan dalam laman anda.
3. Rakaman suara pelanggan.
4. Video pelanggan anda.
5. Poskad dari pelanggan anda.
6. Sedikit maklumat tentang diri pelanggan – nama,telefon,URL,email dan perkerjaan.
7. Tulisan tangan – scan dan masukkan dalam web anda.
8. Maklumat yang dikirim oleh pelanggan melalui emai.
Terimakasih, Selamat mencuba..
Perlukan Blog FREE? May 9, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Internet Tools
2 comments
Selain dari menggunakan blog FREE yang popular seperti blogger.com, anda juga boleh membina blog dengan beberapa link yang boleh anda perolehi dari sini:
1. http://www.thoughts.com/
2. http://www.myblogsite.com/
3. http://wordpress.com/
4. http://clearblogs.com/
5. http://www.blogs4me.com/
6. http://www.bloggerteam.com/login.php
7. http://www.socialgo.com/for-blogs.htm
8. http://www.sosblog.com/
9. http://unicblog.com/
10. http://iblog.my/
Buat eCovers online-FREE May 9, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Internet Tools
add a comment
Desain e-book cover anda secara online, amat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran untuk rekabentuk ecover. Layari: http://www.nick-james.com/public/32.cfm
Status YM- Online & Offline May 9, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Internet Tools
add a comment
Untuk mengetahui samada rakan anda (online/offline) semasa menggunakan Yahoo Messenger. Anda boleh melayari laman ini: http://www.checkyahoostatus.com/ Masukkan ID dan tekan butang ENTER.
Bina Mailing List – FREE May 9, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Internet Tools
1 comment so far
Bina mailing list pelanggan anda secara percuma. Anda boleh layari untuk melakukan konfigurasi dalam web anda. Salin kod dan masukkan dalam laman anda. Layari: http://www.aardvarkmailinglist.net/
Terimakasih..
Tubuhkan syarikat perniagaan? May 8, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Perniagaan
1 comment so far
Anda ingin menubuhkan syarikat perniagaan? Cita-cita anda sejak dari dulu lagi namun sehingga hari ini masih tidak kesampaian disebabkan kekurangan maklumat tentang teknik dan cara membangunkan syarikat baru. Laman ini mungkin boleh membantu anda. Klik sini
Meletakkan ‘Masa, Tarikh & Hari dalam Web’ May 8, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Internet Tools
add a comment
Mungkin ramai yang tahu script yang digunakan untuk meletakkan masa,tarikh dan hari dalam laman web. Ini ada contoh script yang anda boleh masukan dalam web namun pastikan fail anda dalam bentuk .php (index.php)
| <?php $hourdiff = "8"; // hours diff btwn server and local time $melbdate = date("l, d F Y h:i a",time() + ($hourdiff * +0800)); print ("$melbdate"); ?> |
Salin kod php diatas dan masukkan dalam web anda. Selamat mencuba…
Kuasa e-book May 7, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: E-Book
add a comment
1. Pelawat amat menyukai produk informasi percuma – akan kembali ke laman web anda.
2. Teknik dapatkan testimoni, berikan satu produk e-book full version.
3. Free e-book secara percuma akan menaikkan nama anda sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi, sudah pasti pelanggan akan membeli produk yang lain.
4. Buat laman web anda dalam bentuk CD, hantarkan produk tersebut kepada pelanggan anda yang mempunyai kekurangan dari segi talian internet.
5. e-book sebagai free bonus, pelanggan akan membeli produk sekiranya ada bonus yang disertakan.
6. Pastikan e-book boleh dimuatturun melalui internet – meningkatkan list pelanggan anda.
7. Buatkan supaya e-book anda boleh diberikan secara percuma kepada orang lain.
8. Sebelum muatturun pastikan pelanggan memberikan maklumat untuk dihubungi – sebagai kajian anda untuk meningkatkan target market dan kemampuan produk anda.
9. Tambahkan list pelanggan dengan cara membenarkan pelanggan memasukkan maklumat dalam e-book anda, maknanya setiap kali e-book diedarkan kepada pelanggan lain mereka juga berpeluang memasukkan maklumat mereka dalam e-book anda.
10. Berikan e-book percuma kepada pelanggan sebagai tanda menghargai kerana mereka bersama anda sehingga kehari ini.
11. Buat duit melalui e-book dengan MRR
12. Buat satu pertandingan supaya pelanggan boleh memenangi e-book anda.
Rasanya itu sahaja…sekiranya ada lagi yang ingin anda tambah…tinggalkan pesanan anda..
Tarik pelanggan anda. May 7, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Trafik Laman Web
1 comment so far
1. Anda boleh berikan produk informasi secara percuma seperti e-book tetapi pastikan ianya berkaitan dengan permintaan mereka dan produk anda.
2. Free Consulting melalui email.
3. Free laman chat.
4. Free Join Club
5. Bonus percuma dan banyakkan produk percuma yang lain.
Mungkin anda mempunyai tambahan lain?
Meningkatkan servis perkhidmatan May 7, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Khidmat Pelanggan
add a comment
1. Sentiasa dekat dengan pelanggan anda.
Subscription percuma kepada pelanggan, sentiasa maklumkan kepada pelanggan sekiranya ada permbaharuan dalam laman web anda, follow up sekiranya mereka puashati dengan produk yang telah anda tawarkan kepada mereka.
2. Ambil peluang berjumpa dengan pelanggan anda. (jika boleh)
Jika tak boleh, aturkan perbincangan dengan mengadakan webinar atau dalam chatting dan minta pendapat regular customer bagaimana meningkatkan servis perkhidmatan anda. Balasannya mungkin anda boleh berikan mereka bonus percuma atau hadiah misteri.
3. Masukkan FAQ dalam web anda, jawab segala persoalan dan kemuskilan yang mungkin bermain dalam fikiran mereka.
4. Selesaikan semua komplain atau komen dari pelanggan anda dengan tenang,cepat dan mesra.
5. Berikan pelbagai cara bagi memudahkan pelanggan anda menghubungi anda.
6. Anda mungkin boleh berikan ‘Thank you gift’ pada hari-hari tertentu, seperti hari ibu,hari cuti malaysia,hari kelepasan am dan lain-lain. Beri kejutan kepada pelanggan yang membeli produk yang mempunyai nilai yang tinggi.
7. Sentiasa berikan adat sopan bila berhubung dengan pelanggan anda seperti ‘maaf,selamat datang,salam sejatera dan yang penting saya rasa adalah sentiasa mengaku sekiranya anda melakukan kesilapan.
8. Berikan mata ‘POINT’ supaya pelanggan anda layak untuk mendapatkan sesuatu produk yang berharga untuk kegunaan mereka.
9. Bina empayar dengan pelanggan anda dengan menjemput mereka datang untuk meeting,perjumpaan,seminar percuma dan lain-lain. Saya rasa ini membuatkan diri mereka akan dihargai.
Menjawab soalan = Tempahan May 7, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Khidmat Pelanggan
add a comment
Teknik asas yang mudah supaya pelawat membeli produk anda adalah:
1. Sertakan signature setiap kali membalas email dengan memasukkan no untuk dihubungi, nama perniagaan dan headline seperti PERHATIAN!.
2. Semasa menjawab soalan dari pelanggan melalui telefon, inform produk baru/hari pelancaran jika ada dan sekiranya mereka telah membeli produk anda berikan BONUS percuma untuk pelanggan anda.
3. Sekiranya anda meletakkan sistem FAQ, sertakan banner diatas heading FQA anda.
4. Apabila menjawab soalan dari snail mail, sertakan logo,solagan,iklan dan alamat web anda.
Jika anda mempunyai idea, kongsikan bersama…TQ
Track visitor anda May 7, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Tip Bebas Tajuk.Tags: Internet Tools
add a comment
Sekiranya anda mempunyai blog, web atau apa sahaja jenis laman web anda, gunalah tool ini untuk mengesan lokasi pelawat anda, ianya free selama setahun. Anda cuba dahulu dan lihat kelebihannya. Saya juga menggunakan tool ini. Klik URL ini: www.tracemyip.org Daftar dan letakkan kod HTML dalam laman web anda.
















