Apa kata isteri? Bila suami ada hati nak…. November 21, 2009
Posted by Muhd Suhaily in Membebel & Merapu sekejap.9 comments
…kring kring (panggilan telefon) hello yangggg…, ni abang nak cakap sesuatu, memandangkan dalam syarikat ini masih ada empat jawatan kosong, satu telah diisi tinggal lagi tiga. Agak-agak bila tiga jawatan lagi itu boleh diisi ya?
Sejak akhir-akhir ini abang agak sibuk sedikit menguruskan hal-hal syarikat dan macam-macam lagi lah…hummm… begini, hari tu abang sudah interview seorang calon yang boleh abang katakan mempunyai ciri-ciri seorang pekerja yang baik dan mempunyai kredibiliti yang tinggi cuma belum confirm lagi sebab abang nak meminta persetujuan dari ayangg selaku Bos besar nombor satu dalam syarikat ini.
Abang…bukan apa, apa yang abang lihat prestasinya semasa berkerja di syarikat lama dahulu amat memberansangkan, so elok juga jika abang nak ambil dia berkerja di syarikat kita, lagi pun mungkin suatu hari nanti dia boleh menjadi Bos nombor dua atau tiga dalam syarikat ini, tengolah nanti bila dah betul-betul confirm nanti abang war-warkan ye…ah satu lagi mungkin ada lagi bakal-bakal pekerja syarikat yang akan berkerja tidak lama lagi, tengolah kalau-kalau syarikat dah maju setapak lagi, kalau ikutkan bukan tak boleh ambil mereka sekarang ini cuma biarlah one by one agar lebih sistematik..
Antara sebab abang mengambil perkerja tersebut, selain dari prestasi berkerja di syarikat sebelum ini, dia memang seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi, bertanggungjawab dan setiap kali bila datang kerja sentiasa awal dan yang bagusnya dia sentiasa balik lambat, inilah contoh seorang perkerja yang abang inginkan…lagipun syarikat abang sudah banyak projek dalam dan luar negara dan apa yang abang nampak pengalamannya sukar dicari dan dialah calon yang paling sesuai dalam syarikat kita buat masa sekarang…berbanding dengan perkerja sekarang ini yang kadang-kadang datang lewat, malas, makan je lebih sampai badan debab dan ada yang dah besor macam gajah tapi otak cetek…apa pendapat ayanggg? rasanya boleh ke????
Ah satu lagi…mungkin abang boleh berikan dia gaji yang setimpal mengikut pengalamannya beberapa tahun di syarikat sebelum ini dan yang lain sama seperti perkerja yang lain akhir tahun bonus pun dapat. Memandangkan ayangg Bos besar dalam syarikat kita tentu ayangg pun setuju kan? Nanti kalau rasa-rasa ayangg nak berjumpa denganya atau nak interview sekali lagi, nanti abang tetapkan satu temujanji baru. Yelah..bagi abang..abang dah setuju dan boleh panggil dia bila-bila masa cuma memandangkan ayangg pun mempunyai saham tertinggi dalam syarikat ini eloklah jika kita bincangkan dahulu…
p/s: si suami takut takut berani ke nak tambah kuota? jangan kena penampor sudah!! macam-macam…..















